Connect with us

Keluarga

Balu Dedh Arwh Suami MufIis, “Apa Nak Dituntut Kalau Tiada Harta?”

Published

on

SUSULAN kenyataan pelawak AR Badul menuntut haknya sebagai bapa atas kem4tian Mejar Mohd Zahir Armaya, balu Allahyarham iaitu Nour Shafinar Harun menjelaskan suaminya tidak meninggalkan sebarang harta.

Shafinar, 31, berkata, dia tidak mahu membuka a1b mana-mana pihak namun terpaksa mend3dahkan perkara sebenar selepas bapa mentuanya mahu menVntut hak terutama isu berkaitan pembahagian harta.

Enggan berselindung, Shafinar mendedahkan arw4h suaminya tidak mempunyai sebarang harta dan diisytihar muflis ketika perkahwinan terdahulu dengan bek4s isteri pertama.

“Sebenarnya saya tak nak komen banyak dan kalau boleh saya tak nak buka a1b sesiapa pun termasuk arw4h suami saya tapi saya terpaksa jelaskan perkara ini sebab pihak sana yang berkongsi dahulu.

AR Badul luah rasa kec3wa apabila dia dinafikan hak atas harta peninggalan arw4h anaknya.

“Netizen pun dah mula buat spekulasi yang tidak baik mengenai isu ini. Sejujurnya, arw4h suami saya sudah diisytihar mufl1s sejak perkahwinan pertamanya.

“Masa saya berkahwin dengan arw4h waktu itu dia memang tidak ada apa-apa. Jadi, apa nak ditVntut kalau tak ada harta,” kata Shafinar ketika dihubungi mStar pada Isnin.

AR Badul meluahkan rasa kecewa kepada apabila dia dinafikan hak ke atas harta peninggalan anaknya, Allahyarh4m Mohd Zahir yang maut ketika melakukan demonstrasi keupayaan di Kem Kok Lawi, Sabah pada 4 September 2019.

Menerusi laporan mStar pada Isnin, Badul atau nama sebenarnya Armaya Aman Ramlie, 71, turut mempertikaikan mengenai insuran kelompok yang dikatakan dirinya tidak layak menerima.

Manakala duit anak-anak arw4h juga saya simpankan dahulu.

SHAFINAR

BALU MOHD ZAHIR

Dalam pada itu, Shafinar memberitahu dia sudah menerima insuran kelompak dan membuat pembahagian mengikut jumlah caruman yang difaraidkan iaitu lebih RM5,000 kepada ibu mentua yang berada di Sabah dan ibu angkat arw4h di Setapak.

Shafinar turut memberikan bahagian tersebut kepada anak-anak arw4h dengan menyimpan duit itu untuk masa depan mereka namun tidak mempunyai kesempatan waktu untuk diberikan kepada AR Badul.

“Memang saya sudah terima insvran kelompok tapi selepas saya merujuk pada mahkamah dan bertanyakan kepada peguam, pengiraan jumlah caruman yang perlu difaraidkan hanya dalam RM5,000 lebih.

“Atas dasar keperimanusiaan, saya beri lebih daripada sepatutnya. Memang saya ada beri kepada ibu mentua di Sabah dan ibu angkat arw4h suami saya yang menetap di Setapak. Manakala duit anak-anak arw4h juga saya simpankan dahulu.

“Cuma bahagian baba (AR Badul) saya masih belum ada kesempatan untuk beri memandangkan kami tidak lagi berhubung. Kali terakhir bertemu masa majlis perkebumian arw4h dan tak pernah bertemu lagi sehingga kini,” ujarnya.

Arwah Mohd Zahir men1nggal dunia pada September tahun lalu.

Bagaimanapun, Shafinar mengakui dia terpaksa menyekat nombor telefon AR Badul dan adik kepada arw4h suaminya kerana pihak mereka memberi tekanan kepadanya berhubung isu harta.

Sementara itu, berkenaan dengan pencen dan elaun, Shafinar menjelaskan pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah membuat agihan kepada penerima iaitu balu, anak-anak dan ibu kandung arw4h.

“ATM dah buat agihan pencen kepada saya, anak-anak dan ibu kandung arw4h. Pihak ATM juga yang menguruskan semua elaun arw4h yang difaraidkan kepada penerima pencen.

“Dalam dokumentasi mempunyai dua waris iaitu waris utama isteri dan waris kedua sama ada ibu atau bapa kandung. Tapi saya difahamkan pihak ATM memberikannya kepada ibu arw4h,” ujarnya.

Mohd Zahir, 36, pegawai komando daripada 11 Rejimen Gerak Khas, meninggal dunia akibat terkena tembakan ketika melakukan aksi demonstrasi sempena pelanc4ran Divisyen Kelima dan Briged Ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah.

Akibat kejadian itu, pihak Majlis Angkatan Tentera Ke-578 (MAT 578) yang bersidang pada 17 September 2019 bersetuju untuk menaikkan pangkat Allahy4rham kepada Leftenan Kolonel.

Allahy4rham meninggalkan seorang balu iaitu Nour Shafinar Harun, 32, dan lima orang anak termasuk dua daripada perkahwinan terdahulunya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Mstar

Keluarga

“Mula2 Memang Susah” Kahwin lelaki Nigeria, Wanita Ini Cerita Pengalamannya

Published

on

By

BERKAHWIN pasangan yang berlainan negara semestinya berdepan dengan pelbagai cabaran memandangkan suami dan isteri mempunyai latar belakang yang berbeza.

Pastinya aspek seperti budaya, adat resam dan bahasa pertuturan merupakan antara perkara yang menjadi cabaran utama dalam melayari bahtera perkahwinan.

Namun itulah keunikan hubungan cinta antara dua negara, sebagaimana pasangan Malaysia-Afrika ini yang mencuri perhatian ramai gara-gara video TikTok ‘cabaran’ berbahasa Melayu menjadi tular sejak dua hari lalu.

Gelagat Noor Habibah Hairi yang menguji suami dan anak sulungnya dengan beberapa perkataan serta ayat dalam bahasa Melayu begitu mengkagumkan netizen apabila kedua-duanya ‘lulus’ cabaran berkenaan.

Malah netizen juga memuji kedua-dua beranak berkenaan yang dilihat langsung tidak kekok apabila berbahasa kebangsaan.

Sejak dimuat naik pada Isnin, video berkenaan setakat ini meraih lebih 600,000 jumlah tontonan.

Klip video suami dan anak sulung Noor Habibah yang bertutur dalam bahasa Melayu mendapat perhatian netizen.

Ketika berkongsi cerita dengan mStar, Noor Habibah berkata video berkenaan dikongsikan di aplikasi berkenaan selepas mendapat satu pertanyaan daripada netizen yang bertanyakan sama ada dia mendapat halangan daripada keluarga apabila memilih untuk berkahwin dengan lelaki asing.

“Memandangkan sekarang ni pun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan ada banyak masa terluang, jadi saya pun suka-suka buat video TikTok. Tak sangka viral dan ini kali pertama video jadi begitu hit,” ujar wanita berusia 35 tahun ini yang mengahwini lelaki warga Nigeria, Adam Desmond.

Menurut Noor Habibah, dia sememangnya melatih keempat-empat anaknya bertutur bahasa Melayu dalam perbualan seharian.

Malah tiga anaknya dihantar bersekolah di sekolah kebangsaan biasa, bukan sekolah antarabangsa.

Noor Habibah dan suaminya sepakat untuk menghantar tiga anak mereka ke sekolah kebangsaan untuk lebih mendalami bahasa Melayu.

“Masa mula mendapat anak pertama, ramai yang cadangkan supaya kami hantar anak ke sekolah antarabangsa. Selepas berbincang dengan suami, kami putuskan untuk hantar anak ke sekolah kebangsaan. Lagipun kita di Malaysia kan.

“Anak kedua dan ketiga pun sama, kami hantar ke sekolah kebangsaan. Kami tak mahu ada jurang komunikasi antara mereka dengan orang kita.

“Anak sulung yang berusia 13 tahun malah beritahu adik-adiknya, kenapa nak kena bazirkan duit mama dan papa untuk ke sekolah antarabangsa? Dalam usia muda, dia sendiri sudah mengerti.

“Kalau bertemu dengan opah dan adik beradik di sebelah saya, saya sendiri menyuruh mereka bertutur dalam bahasa Melayu dengan anak-anak saya,” ujarnya yang menetap di Seri Kembangan, Selangor.

Anak sulung yang berusia 13 tahun malah beritahu adik-adiknya, kenapa nak kena bazirkan duit mama dan papa untuk ke sekolah antarabangsa?

NOOR HABIBAH HAIRI

PENIAGA

Begitu juga dengan makanan, Noor Habibah berkata anak-anaknya begitu menggemari hidangan Melayu malah tidak kekok untuk makan makanan berasaskan durian atau tempoyak.

“Jika hari Isnin hingga Jumaat saya masak makanan Melayu, pada hari minggu bapa mereka pula akan masak makanan Nigeria. Anak-anak suka dua-dua jenis makanan,” ujarnya yang baru menjalankan perniagaan berasaskan makanan ringan, Chin Chin.

Tidak menafikan pernah menerima kata-kata kurang enak lantaran memilih lelaki asing sebagai pasangan, Noor Habibah bagaimanapun berkata situasi itu semakin kurang dirasai pada ketika ini disebabkan ramai yang sudah berfikiran terbuka.

“Awal-awal tu biasa dah. Tapi sekarang ni mungkin dah ramai yang berfikiran terbuka. Contohnya apabila kami menerima komen-komen positif daripada netizen mengenai video yang viral baru-baru ni.

“Saya tunjukkan komen-komen tu kepada anak dan suami… mereka gembira sangat sampai siap ajak buat video lagi,” ujarnya.

Menurut Noor Habibah lagi, apa yang penting dalam sesebuah perkahwinan adalah sikap saling menghormati antara pasangan.

“Macam kami contohnya, saya belajar budaya suami dan suami juga belajar budaya saya. Sebenarnya suami tiada masalah nak suaikan diri kerana dia dah tinggal di Malaysia selama 17 tahun.

“Sebelum kami berkahwin lagi, suami dah terbiasa dengan budaya Malaysia. Malah dia juga ada ibu dan bapa angkat Melayu. Pokoknya, kita saling hormat menghormati,” katanya lagi.

VIDEO

SUMBER : twoekisah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Continue Reading

Keluarga

Suami aku “PENAT”. Mcm2 aku usahakan tetap suami tak endah. Buat penat mandi wajib je. Sehingga lah ini terjadi

Published

on

By

Foto sekadar hiasan.Salam Namaku Sarah, terima kasih admin kalau approve confession aku ni.

Aku tak tau nak mula dari mana cerita aku. Maafkan aku kalau ada yang tak suka dengan attitude aku tapi aku cukup tertekan sekarang ni.

Aku sebelum kahwin memang ada tanda tanda d3pr3ssion dan anxiety dan sekarang ni dah nak masuk 3 tahun.

Semua simptom ada cuma rasa nak bnuh diri je takda. Dan aku tak berani lagi nak dapatkan rawatan. Aku biasa baca vlog doktor doktor atau psik0logis je di youtube.

Bila aku kahwin macam biasalah banyak duduk rumah dan tunggu suami balik dari kerja.

Kalau ada family dia atau balik kg family dia barulah aku ada interaksi dengan orang atau jumpa jumpa sesiapa di tengah jalan ke.

Tapi bukan tu je masalah aku sekarang ni. Masalah aku sekarang ni, suami aku dari awal kahwin sampai 1 tahun lebih ni lemah tenaga batin.

Kami dah ada anak sorang alhamdulillah tapi yang aku stress aku tak rasa pun honeymoon atau nikmat malam pertama tu.

Orang lain kahwin naik seri, aku muka sedih dan murung yang bertambah murung.

Cuma masa awal kahwin tahulah 8 tahun bercinta mestilah sayang, aku boleh terima kekurangan suami aku tapi setiap kali bersama memang aku tertekan bila end upnya penat mandi wajib je.

Suami memang baik, soft spoken, lemah lembut, kind hearted dan memahami sakit aku, suami pun solat dan peramah bila bercakap dengan orang. Itu yang aku suka dengan suami.

Bila dah kahwin ni rajin sangat tolong aku di rumah. Aku memang rasa tak penat sebab dia tahu mana benda patut dia tolong.

Aku bersyukur dan selalu berterima kasih untuk itu dan mungkin disebabkan dia tahu kekurangan dialah kot dia rajin tolong mana yang patut, ambil hati mungkin.

Ikut hati aku supaya terus dengan dia. Dia akan tolong basuh pinggan lepas makan dan kami gilir gilir kadang kadang bila baby nangis dia akan cakap letak je nanti abang cuci.

So aku boleh cuci tangan lepastu gendong baby tak payah cuci piring. Dia akan tolong masak nasi, masak air, kemas rumah, kadang cuci pakaian kami bertiga.

Maksudnya dia tetap tolong cuci bajulah, bukan aku je. Dan memang hidup aku semua berlegar tentang dia. Sebab tu juga aku fikir banyak kali dan maafkan dia setiap kali perkara yang dia sengajakan itu berlaku.

Kami akan saling bermaafan dan sayang sayang manja manja balik. Aku sayang dan teramat cintakan dia.

Aku tak kisah gaji dia bawah 400, aku kahwin dengan dia memang 1 harta pun takda even kerja pun gaji takat tu ja. Masih mencari dan menunggu panggilan kerja. Doakan suami aku dan aku murah rezeki.

Kenapa aku cakap dia sengajakan. Yelah aku dah banyak kali nasihat dan tegur dia jangan sengaja game over.

Setiap kali bersama akhirnya jadi pergaduhan dan aku akan marah maki hamun sebab aku stress dia sengaja buat macam tu.

Aku sentiasa bagi peluang untuk dia perbaiki kelemahan dia, aku bagi masa, aku bagi sokongan moral sarankan dia jumpa doktor pakar tuan.

Tapi mulut ja bercakap, mengiya iyakan sahaja tapi sekejap je dan jadi balik perangai macam tu.

Pernah dulu dia marah dan dia suruh cari lelaki lain. Aku marah balik aku bukannya mau lelaki lain yang mahukan kepuasan dari dia dan dia sepatutnya berusaha bukan main passing bini pada lelaki lain.

Aku cakap aku akan sabar dan tunggu tapi entahlah memang suka ambil kesempatan.

Bersenam jarang, hanya bila aku marah dan konon keluar rumah pergi jumpa mak bapa dia sambil sambil joging kononnya entah berapa belas minit je. Selebihnya duduk bercerita dengan family dan ketawa sakan. Aku boleh agak.

Aku banyak kali marah sebab aku perhati dia jarang sangat ‘bersama’ bila malam. Dari awal kahwin dia bila malam banyak tidur, kadang kadang aku suarakan aku nak baru dia pandai cari.

Aku cakap dia bukan macam lelaki lain yang bila malam bersama isteri tapi dia malam lebih suka tidur. Melainkan bila dia bernfsu je dia datang tapi tulah sekadar jadikan aku tempat melepas nfsu.

Dia sejenis suami yang malas berlamaan lamaan dengan isteri, dia cakap dia penat dan tiba tiba berhabis tenaga dan game over.

Belum pun 10 minit, kalau tahan sikit 30 minit dan paling lama hanya sejam tu pun sebab aku suruh dia tahan dan banyak kali berhenti sebab dia nak tergame over.

Macam tu je cara kalau nak lama, biasakan untuk tahan. Tapi suami aku pantang rasa sedap terus dia balum kaw kaw dan game over. Aku benci dan menyampah. Belum pun pemanasan dan tiba tiba (rolling eye).

Aku kadang malas mau melayan nfsu dia tapi disebabkan aku tahu aku ni isteri dan itu tanggungjawabku. Dan aku pun tak nak dia ada kes curang sebab nfsu tak dipuaskan isteri aku layankan juga. Kalau period pun aku tolong juga, orang kahwin fahamlah tu cara dia camna. Happy dia.

Tapi aku belum sekali dua je itu pun dia cakap penat, habis aku tak penat??! Habis aku masak, cuci baju, jaga anak lepastu stress lagi takda jalan mana mana makan angin asyik di rumah masalah itu lagi tapi aku tolong, dia fikir aku tak penat?

Aku cakap jangan pentingkan diri, jangan jadikan aku tempat pelepas nfsu.

Aku hantar video ceramah tanggungjawab suami bab nafkah batin, hukumnya zalim dan berdosa besar tidak menunaikan hak seorang isteri. Dia bila dah puas dia tinggalkan aku lepas tu dia tidur, macam apetah.

Setiap hari, minggu bulan dan sudah setahun dia tetap macam tu. Aku sentiasa berharap pada setiap kali bersama dan beri dia peluang tetap dia jadi begitu, macam dah jadi kebiasaan.

Aku cakap jangan mentang mentang aku ni sabar dan terima kau terus biasa buat macam tu. Patutnya kau berusaha, kau tahu hukum, kau patutnya kesiankan aku,

Banyak lagi aku cakap, aku cakap pergi amalkan senaman tidak perlu keluar rumah even di rumah pun boleh pumping pon boleh tapi memang pemalas.

Ada ilmu ilmu untuk bagi tahan tidak dibaca, hantar video dr youtube nama nama Allah yang bagi kuat pun dia tidak tengok. Apa punca dan jenis kategori, dan rawatan pun siap ada tapi tidak pun ditengok.

Ada pdf kawan hantar “permata yang hilang” dia boleh boleh pergi padam. Sedangkan banyak jenis amalan, makanan dan adab adab dalam tu banyak sangat ilmu tapi dia tak rajin baca pun.

Aku pula yang kena baca dan sampaikan. Balik balik runningman dan naruto dia tu. Aku carikan bahan untuk dia tapi mana dia baca.

Kalau baca mesej dia dengan kawan bukan main temberang, konon tahan lama. Menyampah hakikatnya bini je tahu prestasi dia macam mana.

Aku pula sekarang tengah cari ilmu bab ini, memahami karektor pasangan bab ni dan aku belum putus asa pun.

Cuma bila benda macam ni berlaku walaupun sudah berbuih mulut dia masih buat, buatkan aku semakin d3press dan sakit.

Aku nangis sampai kuis kuiskan kaki aku di tilam dengan anak merengek lagi. Aduh sakit dada dan sesak nafas aku. Kadang aku takut je hilang kawalan.

Aku tak kisah jiran dengar, sapa suruh tak ambil pengajaran. Kalau tak nak malu performlah betul betul. Ini baru sentuh sentuh, tiba tiba balun sampai game over.

Langsung tak kesian tengok aku nangis, takda rasa tanggungjawab bagi isteri puas dulu. Lepastu mesej minta maaf, cakap teramat cinta dan sayang. Menyampah, konfem dia buat lagi lepas ni.

Akhirnya aku cakap lepas PKP ni habis, aku nak cari kerja dan hidup berdua je dengan anak aku.

Aku stress aku cakap aku nak hidup sendiri, aku dah tak nak kat dia. Aku cakap je sebab aku lepaskan tertekan aku ni. Orang time PKP bestlah duduk rumah, aku entahlah stress.

Sebelum PKP jarang makan angin, jarang jalan jalan even nak ikut beli barang pun suami tak bagi sebab tambang mahal suami naik moto je.

Aku ingat segala kebaikan dia, dia memang sangat baik hati dan caring dengan aku. Terutamanya bila pregnant dan berpantang dia jaga aku sangat baik.

Tak culas pun bab nafkah zahir dan ikut kemampuan dia. Memang dia terima sakit aku dan sakit ni memang buat aku jadi pemarah.

Bukan saja saja tapi aku stress. Dia macam orang lelaki kalau tak dapat boleh jadi marah tak tentu pasal, sama juga macam orang perempuan.

Aku terima duduk rumah tak siap dan tak dibaiki, atap bocor hampir semua basah bila hujan. Aku terima. Aku terima gaji takat camtu tapi cukup je makan.

Kadang balik ada juga suami belikan kek, kfc, time pregnant macam macam juga. Aku bersyukur sebab bila ingat kata kata dia, dia cakap kalau dia banyak duit memang dia mewahkan aku.

Bagi semua apa aku mau dari A-Z tapi camna dia tak mampu. Aku tak paksa aku faham tapi takkan bab nafkah batin pun macam ni. Aku perlukan itu, itu tanggungjawab utama dia. Entahlah rasa macam akan diketawakan je oleh pembaca semua.

Akhir kata, bagi aku solution nak buat apa pasa suami macam ni. Kalau ada amalan bubuh kat komen, janganlah gelak nanti kau yang kahwin jadi macam tu atau kena pada family adik beradik perempuan korang. Korang sure ke yang senyum senyum tu memang bahagia??

Sampai sekarang aku masih sakit dada. Suami pujuk tadi belikan aku burger. Aku cakap nak coklat dan kami gelak gelak balik.

Aku cakap aku sakit dada, dia tanya apa ubat yang boleh dia beli. Aku tau ubat sakit ni bukan boleh beli dekat farmasi dan belum diagn0sed clinically(aku lupa ejaan yang betul, sekarang aku pelupa even mengeja pun).

Dia cakap dia yang bersalah dan aku hantar dia sampai pintu salam dan cium peluk setiap kali dia keluar. Macam tulah lepas setiap kali benda sama berulang dan aku marah akhirnya suami pujuk dan kami berbaik saling memaafkan.

Doakan rumahtangga kami berkekalan, doakan suami aku dapat kerja. Doakan semoga c0vid-19 ni segera berlalu.

Doakan aku cepat sembuh aku nak normal balik macam dulu, aku takut hilang kawalan bila marah dan aku tak tau sampai bila macam ni. Thank you for your attention.

Reaksi Warganet

Siti Nor Fatimah –
Kenapa semua orang salahkan TT? Memang nafkah zahir dan batin tu tanggungjawab suami kan? Kan dia cakap suami dia lepas settle je terus tido tinggalkan dia terkotang kating macamtu..

Dia dah banyak kali bgtau tapi suami dia takde pun put effort. Zahir failed, batin pun failed. Entah apa lah nak diharapkan lagi suami macamni..

Julie Anme –
Rasulullah sendiri menekankan hak isteri dalam hal ini. Pada yang anggap benda ini remeh, lawak dll rajin rajinlah membaca. Sebab itu isteri boleh menuntut cerrai kerana masalah ini.

Isteri yang kurang sabar memang mungkin berlaku curang. Senaman dan pemakanan selalu boleh membantu selain daripada ubat ubatan. Ada orang menjadikan urusan batin sebagai proses menghilangkan tekanan sebab ini adalah nikmat dunia yang Allah turunkan kepada semua makhluk.

Cuma kena bersederhana dengannya antara batin dan zahir. Antara mcari dunia dan mencari akhirat dan antara amal, takwa dan iman…

Amynity Emanon –
Kesian TT, saya pernah je baca cerita macam ni. Banyak luahan macam ni, dari macam macam negara lak tu, memang sampai cerrai berai pon ada.

Maaf ye, konklusi tak ada. Tapi saya takkan gelakkan TT, sebab saya tau wujud masalah ni. Kalau ada lelaki yang stress sebab bini kurang nfsu, ada jugak bini yang masalah serupa.

Masalah ni bukan terhad dekat satu jantina je. Tapi tu la kan, orang malu nak cari doktor sebab masalah ni aib bagi diorang.

Tapi kalau boleh, saya nak tekankan, jangan maki maki suami tu. Takut dia stress sebab nak kena perform. Saya pernah baca yang lelaki takleh perform kalau stress sangat. Lagipun dosa kot.

Yang lain lain, mungkin boleh cari tips dari tukang komen yang lain, huhu. Idea diorang macam ada yang lagi bagus je.

Hadrawati Kasi –
Jangan pandang rendah orang macam TT. Ramai bercerrai sebab suami gagal memenuhi kehendak batin dia. Lebih menyakitkan kalau bini yang ada pun tak mampu diberikan kepuasan tapi berangan tambah cawangan. Buat penat mandi hadas aje tapi tak dapat apa.

Perkahwinan ni bukan one side aje yang kena korban segala tapi suami dan isteri kena sama sama.

Jangan sebab suami ego dan tak mau usaha lama lama isteri cari makan kat luar.

Benda begini ramai je wanita pura pura puas dan tutup mata. Malah mengajak wanita lain ikut aje macam mereka asalkan suami tu baik kononnya.

Hello, berdosa tau bila isteri tidak diperlakukan sama adil semacam mana suami berkehendak. Benda macam ni memang ramai sangat menderita dalam senyap pura pura okey, pura pura puas konon walhal hmmm.

Sakina Abdullah –
Semoga di permudahkan urusan confessor.
Keperluan manusia ni tak sama. So tak patut kita merendahkan kehendak confessor.

Dah la dia stress kat rumah, tak bersocial, taraf ekonomi pun biasa biasa je. Ada sebab untk confessor stress. Mungkin bagi dia, kehendak batin tu dapat meredakan tekanan dia.

Cuma nak bincang dengan lelaki bab gini susah la kot. Dorang ego tinggi menggunung. Mungkin lepas ni confessor kena ada kawan, kena ada aktiviti social sikit. At least kurang skit tekanan stress /ingatan pada kelemahan suami. Good luck confessor.

Sumber : Dandelion / IIUMC

Continue Reading

Keluarga

Suami Jatuhkan Talak 3 Dkt Isteri Lepas Tujuh Tahun Kahwin. Pelik Isteri Rasa Seronok Bila Ditalakkan

Published

on

By

Dilepaskan Suami Talak 3 Selepas 7 Tahun Berkahwin, Namun Ia Hari Paling Bahagia Buat Wanita Ini. Tiada wanita yang inginkan perpisahan berlaku dalam rumahtangga yang dibina.

Namun tatkala, rasa cinta semakin hambar, maruah diri dan kehormatan bagai dipijak-pijak serta hilang segala kepercayaan buat insan yang bergelar suami, inilah nokhtah keputusan yang dirasakan paling bahagia.

Ikuti coretan yang dikongsikan oleh wanita cekal ini. Semoga perkongsian kisah benar pengalaman hidup oleh seorang wanita bernama Anisah, yang baru sahaja bergelar janda selepas dilepaskan suami dengan talak 3 akibat campur tangan keluarga mertua dan keselingkuhan suami didalam rumahtangga, dapat dijadikan pengajaran buat wanita lain.

Terima kasih siarkan cerita ni..

Akhirnya hari ini, Jumaat, 13 April 2018, selepas 7 tahun berkahwin, saya dilepaskan dengan talak tiga dan ini lah hari paling bahagia buat saya. 7 tahun bukan tempoh masa yg sekejap, tapi sebenarnya tak cukup untuk perempuan selemah saya.

Sebelum kahwin, suami dan keluarga mertua sangat baik. Ketika bertunang, saya mula nampak sikit-sikit sikap keluarga suami yang tak menyenangkan tapi saya ambil positif, saya anggap tak ada pun manusia sempurna, jadi bersabarlah. Semakin dekat tarikh kahwin, semakin ketara sikap mengawal anak yang ditunjukkan oleh mertua saya tapi saya masih positif, ibu bapa mana tak sayang anak, jadi bersabarlah.

Ujian demi ujian, saya senyum dan beritahu diri sndiri, bersabarlah. Seminggu selepas mendirikan rumah tangga, keluarga mertua sudah rancang nak buat hari keluarga. Saya okay saja, namun tak sangka pada hari nak berlangsung, ayah saya dimasukkan ke wad.

Saya minta suami hantar, tapi mertua saya cakap kakak2 awak kan ada. Awak duduk sini sambut hari keluarga, biar mereka yg lain pergi hospital. Suami setuju dgn ibu bapanya. Saya mengalah, malam itu ayah saya menghembuskan nafas yang terakhir. Yup, saya bongok.

-Kali Pertama Tangan Naik Ke Muka..

Tahun kedua perkahwinan, alhamdulillah kami dikurniakan bayi lelaki. Puasa hari ke 28, kami bersiap nak balik ke kampung suami ( setiap tahun raya pertama wajib di rumah ibu bapanya ), ibu saya jatuhh sakitt. Saya tak mahu ulang salah silap saya yang lalu, dan saya bertegas untuk hantar ibu ke klinik dan menjaganya, suami masih dengan alasan adik beradik awak yang lain boleh jaga.

Saya berkeras, dan itulah kali pertama tangannya naik ke muka saya. Akhirnya saya mengalah kerana takut. Sebulan lebih selepas itu ibu saya pula menghembuskan nafas yang terakhir dan adik beradik memulaukan saya atas tindakan saya yang mengikut suami dan keluarganya sepanjang masa. Masih saya diam. Yup, saya bongok.

Pada Januari 2014, usia anak kami 2 tahun, adik suami saya berkahwin dengan wanita pilihannya, lulusan ijazah kejuruteraan, bermulalah episod telinga saya panass dengan segala macam cemuhan, sindiran dan perbandingan.

Menantu baru diangkat setinggi tingginya. Saya yang lulusan STPM hanya tersenyum sambil mendukung anak, tiap kali dibandingkan dari segi akademik. Saya masih sabar dan menganggap mereka masih keluarga suami yg mesti dihormati. Yup, saya bongok.

-Mohon Melanjutkan Pelajaran..

2015, saya memohon melanjutkan ijazah di UiTM Shah Alam, secara jarak jauh. Kelas hanya pada hari minggu. Alhamdulillah, permohonan berjaya. Suami agak keberatan dan meminta saya bertanya pada ibunya. (Dalam hati terdetik, apa kena mengena ibunya dengan saya nak melanjutkan pelajaran?) dan bila suami lihat saya seperti berat mengikut katanya, dia sendiri hubungi ibunya, membuat loud speaker dan meminta pendapat.

Jelas dan terang ayat ibunya, ”Hai, nak bersaing tahap akademik dengan biras ke?” Saya tetap berkeras. Walau saya takut-takut ditampar lagi, dikongkong lagi, saya juga takut sekiranya dilepaskan (ibu bapa saya dah tak ada, adik beradik pula dah benci), saya sebatang kara. Kawan kawan juga dah renggang selepas saya berkahwin. Akhirnya suami beri kata putus, “Kalau awak nak sangat, yuran bayar sendiri.” saya akur.

Bermulalah kehidupan saya sebagai pelajar, pekerja, isteri, ibu, dan menantu. Walaupun anak saya baru berusia 3 tahun lebih waktu itu, dia seperti mengerti kesibukan saya. Amar anak yang baik dan tak buat perangai sangat. Pada waktu saya rasa satu dunia menentang saya, saya lihat wajah Amar dan saya tenang.

Saya masih ada Amar, satu satunya manusia di dunia yang masih sayangkan saya dan hormat saya. Berulang alik ke Shah Alam menaiki bas, terpaksa bayar lebih kepada pengasuh kerana hantar Amar bukan pada hari bekerja, yuran belajar, tiket pergi balik, semuanya duit saya. Saya gagahkan diri. Saya kuatkan diri bukan untuk masa depan saya, tapi masa depan Amar.

-Suami Ada Perempuan Lain..

Tahun 2016, terdengar ura-ura suami saya nak kahwin lagi satu. Saya tersentak, tapi saya pegang pada prinsip, selagi bukan dari mulutnya, maka saya akan abaikan. Sampai lah satu malam selepas tidurkan Amar, saya sedang menyiapkan assignment, dan suami cakap nak berbincang. Saya dapat rasa jantung saya berdegup sangat laju, tangan saya yang pegang pen terasa berpeluh dan menggeletar. Dan ya, dia beritahu sedang berkawan dengan perempuan lain. Saya tanya, sejak bila. Dia beritahu sudah 1 tahun.

Patutlah, dia tak kisah sangat saya ke Shah Alam, rupanya dia pun boleh dating dengan perempuan itu kerana Amar di rumah pengasuh. Tapi dia menyambung ayat “Awak jangan risau, saya belum nak kahwin dengan dia. Kami hanya berkawan.”

“Kalau nak kahwin pun saya tak perlu minta izin awak. Tapi saya ni lelaki yang berani, jadi saya jujurlah dengan awak” Mendengar ayat ini, saya senyum dan tanya, “habis bila abang nak kawin dengan dia?” Dia jawab, “tahun depan?” Saya angguk. Saya kemaskan buku dan laptop, dan masuk tidur.

Pada jam 4 pagi, saya terjaga. Suami nyenyak tidur. Saya bangun dan solat sunat. Saya ke bilik sebelah dan tengok Amar. Saya peluk Amar dan menangis sepuas puasnya sehingga Amar terjaga tapi masih mamai. Satu ayat keluar dari mulut Amar yg mengubah hidup saya. Amar, anak yang baru berusia 4 tahun itu, dalam keadaan mamai, berkata pada saya: “Mak, Amar tak suka Babah.” Dan dia sambung tidur.

-Mula Lakukan Perubahan Dalam Hidup..

Selepas itu saya renung wajah Amar. Entah apa jadi pada saya malam itu, saya rasa saya bukan lagi perempuan yg sama. Saya rasa satu perubahan di hati saya. Di bilik Amar, sehingga ke subuh saya menimbang tara, menyusun hidup, dan membuat pilihan. Akhirnya saya nekad dengan satu keputusan terbesar dalam hidup.

Esoknya saya ke tempat kerja, saya tanya pada rakan sepejabat, ada tak apa-apa kerja part time yang boleh saya buat di rumah. Dia kata boleh kalau tolong isikan borang poslaju (dia berniaga online) dan saya bersetuju. Memang bayaran sikit, tapi dalam sebulan, lepas untuk keperluan susu Amar (update: suami tak pernah hulur nafkah keperluan saya dan Amar kerana dia tahu saya bekerja , melainkan bil-bil rumah, barang nak masak dan sewa rumah, kerana ibunya kata adik adiknya ada yang bersekolah, jadi dia yang sulung mesti bantu.)

Saya mula pergi kelas tiap-tiap minggu, sebelum itu saya pergi selang dua minggu, saya ambil subjek sehingga maximum credit hours, saya crampkan jadual saya sehabis habisnya, kerana saya nak cepat habis belajar. Saya buat kerja part time itu ini. Saya menyimpan di tabung haji. Sampai lah badan saya yang agak gempal beransur kurus. Suami masih mabuk bercinta, tapi tak apa. Misi terulung saya harus dilaksanakan.

-Fokus Pada Misi..

Dengan duit simpanan, saya keluarkan RM3800, saya beli kereta kancil 2nd hand. Suami tanya kereta siapa, saya jawab sayalah. Dia tanya kenapa beli, saya cakap mudah ke kelas, abang tak nak hantarkan saya, saya pun letih naik bas, saya belilah. Dia mungkin rasa tercabar (sebab saya tak pernah buat keputusan sendri tanpa tanya dia) lalu menendang sikit tayar kereta saya sambil berkata “kancil je pun.. besi buruk atas highway”. Tak apa, saya senyum. Fokus pada misi…misi..misi…

Di tempat kerja, saya tanya ada tak yang nak sewakan bilik. Alhamdulillah, ada sorang staff baru, dia nak sewakan bilik tapi dia pelik, untuk siapa sebab saya dah berkahwin. Jadi saya jawab, kalau saya dan anak saya, cuma untuk sementara, boleh? Dia okay. Setiap malam, saya mengira bajet. Saya mencongak, menyusun masa depan. Badan semakin susut. Baju baju zaman bujang semua boleh pakai balik.

-Suami Kena Tahan Dengan Jais..

Akhirnya, November 2017, Amar berusia 5 tahun, saya dikejutkan berita suami kena tangkap jais. Saya masih senyum, keluarga suami sangat mempercayai bahawa dia dianiaya. Dan mereka menerima perempuan itu jika mahu berkahwin kerana perempuan itu seorang eksekutif yang bergaji besar. Ibu mertua siap berkata “Kena redha lah dimadukan. Orang suruh jaga suami, pulun nak sambung belajar.” Saya senyum. Fikirkan misi…misi…misi….

Disember 2017 mereka dikahwinkan. Saya waktu itu sibuk dengan persediaan final exam UiTM yang akan berlangsung Januari 2018. Selepas berkahwin baru, suami memang makin tak ambil tahu hal saya dan Amar. Tak apa, bila dia tak ada dirumah, saya senang menguruskan kerja part time dan Amar. Selesai peperiksaan akhir, suami ajak saya tinggal bersama dengan madu dirumah madu. Kerana dia dah tak mampu bayar sewa rumah yang diduduki saya waktu itu.

Saya menolak dengan baik dan dia kata ” kau pandai-pandai cari rumah lain, aku takkan bayar sewa rumah ni dah. Duit depo pun aku akan dapat bulan depan. barang-barang perabot aku nak pindahkan kat umah madu kau esok”. Saya hanya menjawab, “OK.”

-Dijatuhkan Talak 3..

Malam itu, saya kemas baju-baju dan barang keperluan yang penting untuk saya dan Amar. Dia tanya nak kemana hoi? Saya jawab, ke rumah sewa baru. Dia dengan mata terbeliak, berkata “kau keluar dari rumah ni malam ni, jatuh talak tiga” Saya dengan senyuman yang sangat bangga, mengambil barang-barang, Amar, dan kunci kereta. Saya terus ke rumah yang saya nak sewa bilik dengan rakan sekerja tu.

Selepas itu bertalu-talu whatsapp masuk handphone saya

Saya jawab dengan balasan ringkas, “Saya ambil semua yang saya beli dengan duit sendiri, jumpa di mahkamah.” Sebenarnya sepanjang dia mabuk bercinta, saya persiapkan diri untuk berdikari.

Saya beranikan diri memandu jauh. Saya tawakkal beli kereta 2nd hand( alhamdulillah kancil tu terbaik hahahahaha), dan lepas dia kahwin baru dan jarang balik tu, saya pindahkan sikit-sikit perabot dengan bantuan rakan pejabat. Hari ini, selesailah urusan mahkamah selepas dua bulan lebih talak tiga dijatuhkan di rumah itu.

Saya akhirnya seorang janda tapi saya janda yang sangat bahagia. Saya dah bersedia menjadi janda, physically and mentally. Financially too. Sekarang saya nak tumpu pada Amar, dan nak cari balik adik beradik dan kawan-kawan dulu yang saya tinggalkan untuk minta maaf atas kebongokkan saya. doakan saya ya.

-Anisah..

Buat wanita ini, sesungguhnya anda memang seorang wanita yang kuat, cekal dan tabah! Bukan mudah untuk bangkit, membina benteng kekuatan diri untuk persiapan masa depan. Namun anda berjaya membuktikannya dan tidak mengharap simpati daripada bekas suami.

Buat wanita lain, yang mungkin senasib dan sama perjalanan seperti wanita ini, Jadikan kisah ini sebagai satu pengajaran. Berani lah untuk ‘melangkah’ lebih jauh. Sentiasalah bersedia, persiapkan diri dengan ilmu, kewangan, kerjaya dan paling penting mampu berdikari walaupun tanpa insan yang bernama suami.

Sumber : IIUM Confessions / kisah rakyat

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Continue Reading

Trending