Connect with us

Keluarga

Baju kotor ibu, aku curi buat lps rindu. Tp, ibu pijak muka aku. Dgn RM20, aku lari rumah. Kerja di kelab mlm

Published

on

Foto sekadar hiasan.Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Aku Eyna, berumur 27 tahun dan merupakan seorang pegawai pemasaran di salah sebuah syarikat tersohor di Malaysia.

Aku merupakan anak sulung dari 4 beradik, adik aku yang kedua dan ketiga telahpun mendirikan rumahtangga dan menetap bersama sama keluarga mertua masing masing.

Ayahku telah pun pencen pada 28 April yang lalu, manakala ibu masih berkerja di salah sebuah kilang disini sebagai seorang supervisor.

Sejak dari kecil aku merupakan anak yang selalu terpinggir. Ibu dan ayah mengajar aku untuk hidup tanpa bantuan orang lain dan harus pandai berdikari. Aku dihantar pulang ke kampung untuk bersekolah disana. Aku cuma akan menjadi ‘anak‘ ketika cuti sekolah panjang sahaja.

Begitulah rutin aku selama 5 tahun. Bahkan boleh dikira dengan jari berapa kali aku pulang ke rumah aku sendiri. Setiap kali pulang ke rumah, pasti aku akan mengambil baju kotor ibu untuk dibawa ke kampung, buat melepaskan rindu pada keluarga yang jauh disana.

Aku sering dibvli di sekolah hanya kerana kawanku yang lain tidak pernah berjumpa mereka. Hinggalah pada pertengahan darjah 5 aku telah dibuli sehingga dirotan oleh cikgu berulangkali hingga lebam dan berbekas drah beku di tangan.

Sebaik pulang nenek, kelihatan sangat sedih kemudian mengkhabarkan kejadian tersebut kepada ibu dan ayah. Ibu menitipkan pesan bahawa dia akan menukarkan aku untuk bersekolah disana dalam masa terdekat.

Aku sangka aku akan menyambut berita itu dengan penuh perasaan teruja kerana akhirnya aku tidak perlu menunggu cuti sekolah lagi tetapi rupanya itu adalah permulaan bagi segalanya.

Sebaik selesai urusan pertukaran sekolah di Selangor, aku ditempatkan didalam kelas pertama ekoran kecemerlangan aku dalam setiap peperiksaan setiap tahun.

Setiap hari aku akan berjalan ke sekolah selama 15 minit seorang diri sambil memikul beban yang banyak kerana aku akan menghadapi UPSR pada tahun tersebut. Sedangkan adik adikku yang lain akan menaiki bas sekolah yang dibayar setiap bulan oleh ibu dan ayah.

Sekiranya aku letih untuk berjalan kaki, aku juga akan menaiki bas tersebut namun aku harus membayar RM2 untuk pergi dan balik menggunakan wang belanja aku sendiri.

Namun tidak pernah keluhan itu terpancar dari bibir aku kerana ibu dan ayah sering menekankan bahawa anak sulung harus tumbuh dengan tabah sekali.

Jadual aku padat dengan sekolah kebangsaan di waktu pagi, sekolah agama di waktu petang dan tuisyen di waktu malam 2 hari sekali. Aku menguruskan keperluanku sendiri. Berbeza sekali dengan adikku yang lain kerana segala serba serbi pasti disediakan oleh ibu dan ayah.

Hari demi hari, berbaki seminggu sebelum UPSR ketika aku sibuk menyiapkan borang termasuk salinan fotostat hati aku tertarik untuk melihat sijil nikah ibu dan ayah sekadar tahu tarikh pernikahan mereka kerana aku tidak pernah tahu tentang hal itu.

Alangkah remuknya hatiku bila mengetahui bahawa tarikh pernikahan ibu dan ayah 4 bulan setelah kelahiranku. Berkali aku melihatnya dengan harapan aku salah tapi setiap kali itulah kebenaran dihidangkan untukku.

Aku menangis sehari suntuk, tetapi aku tidak berani untuk memberitahu mereka bahawa aku telah tahu semuanya. Aku hadapi hari hari yang mendatang dengan perasaan yang sungguh berkecamuk. Bahkan, aku sampai menangis ketika menjawab UPSR dan aku mula menyalahkan diri aku sendiri.

Aku kekal tegap menyimpan rahsia itu sehingga sekolah menengah, untuk menutup pengetahuanku, aku telah menjadi pelajar cemerlang setiap tahun sehingga dinobatkan antara Pelajar Harapan Negeri Selangor.

Tahun demi tahun, keadaan makin sukar bagiku. Aku mula memberontak bila layanan mereka tidak memadai buatku. Mungkin aku telah melihat jurang kemesraan itu dan aku telah pun tahu punca semua itu.

Aku mula berpeleseran di waktu malam bersama rakan rakanku yang lain, termasuklah lelaki. Aku mula keluar secara sembunyi, merkok, bergaul bebas dan bahkan aku mula minum minuman keras.

Aku menjadi sangat liar dan tidak terkawal, cara ibu dan ayah mengajarku adalah dengan kekerasan dan bukannya secara diplomasi hati ke hati.

Setiap kekerasan yang hinggap di batang tubuhku seolah tidak terasa apa pun, sekadar menjadi angin lalu buatku dan itu membuatkan aku semakin memberontak.

Pada permulaan tingkatan 5, aku telah dipukul oleh ibu hanya kerana aku memarahi adikku kerana tidak meninggalkan makanan buatku yang lelah berjalan menghadap terik mentari sewaktu pulang dari sekolah.

Ibu memijak mukaku berulangkali sehingga mukaku bengkak dan mengeluarkan drah dengan begitu banyak sekali. Aku tidak sanggup lagi hidup menjadi anak buangan lalu aku mengambil keputusan untuk lari dari rumah.

Berbekalkan RM20, aku menaiki bas menuju ke Ipoh. Aku cuma sehelai sepinggang berbekalkan duit belanja yang dikumpul, IC, sebotol air mineral dan sehelai baju sejuk.

Seharian berjalan di kota yang asing, tanpa makan bahkan sesuap, tanpa wang untuk pulang akhirnya aku terduduk disebuah tangga kedai.

Aku melepaskan lelah dan tertidur pulas sambil memegang perut yang lapar. Aku akan mengutip makanan di tokong kecil, mandi di tandas awam berhampiran dan tidur semula di tangga dalam keadaan duduk, panas dan dihurung nyamuk.

Seminggu berkeadaan begitu, akhirnya aku mengambil keputusan untuk berkerja. Aku mendapat tawaran berkerja disebuah kelab malam sebagai ‘assistent bartender’ di Ipoh.

Aku diberi kemudahan untuk tinggal di rumah sewa yang disediakan oleh pihak majikan. Setiap hari dihidangkan oleh gemerlap dunia membuatkan aku lupa pada keluarga juga pada agama. Hampir setahun aku menghilangkan diri tanpa khabar buat mereka.

Saat itu aku terasa puas dan bebas tidak lagi hidup menjadi sesiapa. Namun disatu sisi yang lain aku merasa kosong dan rindu pada yang jauh dimata.

Setelah lebih 2 tahun diperantauan akhirnya aku mengambil keputusan untuk pulang dan mendaftarkan diri sebagai calon persendiriaan SPM hasil pertolongan kaunselor sekolah dan aku juga menggunakan gaji yang telah dikumpul selama berkerja di bar tersebut.

Kepulanganku juga membawa kerinduaan dan azam seorang anak untuk berbakti pada keluarga namun benar kata pepatah ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari.

Pulangnya aku ke rumah tidak disambut baik, bahkan mereka memerliku sepanjang masa namun aku sudah lalu pada istilah ‘keluarga‘ mereka.

Aku mengasingkan diri daripada mereka, aku meneruskan kehidupan sebagai seorang pelajar. Begitu payah rasanya, hampir aku terpunduk jatuh di tengah jalan.

Alunan ‘perempuan sundal’ , ‘jalang’ dan sebagainya akan didendangkan dari mulut ibu dan ayah. Adik adikku yang lain juga terikut dengan alunan tersebut dan itulah mimpiku setiap hari.

Aku kekal teguh berdiri menjadi tempat melampiaskan amarah mereka saban hari sehingga keputusan SPM telah pun keluar.

Hasil lelah dan kesabaran itu terbukti bila aku mendapat keputusan ‘Straight A’s’ dalam peperiksaan tersebut sekaligus melayakkan diriku untuk melanjutkan pelajaran di universiti.

Di semester akhir pengajian, aku dikhabarkan oleh guru di kolej adik keduaku bahawa dia disahkan hamil 5 bulan akibat terlanjur. Ibu dan ayah terus menikahkan mereka berdua untuk menutup malu.

Kini mereka telah pun dikurniakan seorang anak perempuan dan selang 8 bulan kemudian sekali lagi aku dikhabarkan bahawa adikku yang ketiga telah menghamili teman wanitanya dan berakhir dengan pernikahan untuk menutup malu.

Terasa puas benar, akhirnya kata kata mereka dulu telah berpatah balik kepada mereka sendiri.

Aku juga telah pun disahkan menghidap tekanan perasaan yang pelbagai dan masih lagi meneruskan rawatan dengan pakar pskiatri. Mereka masih belum insaf dengan kejadian yang telah berlaku.

Doakan aku kuat menjalani hari yang mendatang, doakan mereka berubah suatu hari nanti.

Reaksi warganet

Dean Pavel –
Lupakan yang lepas, mulakan hidup baru. Orang kalau tak peduli, mereka tetap tidak akan peduli. Yang menangung adalah diri sendiri tak ada orang lain. Cekalkan hati mulakan hidup baru.

Ameliya Novita –
You are strong sis. Apa yang penting sekarang, cari kebahagiaan kau sendiri. Dendam dalam hati kau, ada dua yang kau boleh buat.

Satu, just biarkan dia sebagai cerita yang lepas.

Kedua, kau luahkan. Tapi melihat pada situasi family kau yang berantakan, aku nasihatkan kau ignore je masa lalu kau dan find ur own happiness. Banyak lagi benda yang boleh diteroka dalam dunia ni.

Emy Lea –
Kita sebaya, rase nak pelok je awak. Kite same, tapi saye dijaga oleh keluarga angkat. Lepas mak angkat meninggal, dapat mak tiri jahat. Start dari tu saye terabai dan tertekan.

Habis SPM memang bawak diri smbung blajar, keje, dan kawin. Sekarang suri rumah jage anak. Mujur Allah kurniakan suami soleh dan bekerjaya. Kalau tidak hancur lagi agaknye. Semoga awak juga bertemu jodoh yang baik baik.. Ami

Eche Syah –Mak bapak, kau dan adik beradik memang sama je semua perangai. Teruk sangat. Tak tau didikan apa korang terima masa kecik.

Lagi satu, jangan nampak salah orang lain. Salah sendiri nampak tak? Bila dh besar, masing masing boleh pikir baik buruk. Sendiri dah boleh pilih jalan mana. Kau dengan adik beradik kau ulangi perbuatan generasi terdahulu.

Agak agaknya generasi selepas kau dan adik adik akan terikut juga tak? Harap harap 1 keluarga tanggung segala perbuatan yang dibuat, taubat dan tak ulangi kesilapan.

Noor Shazwani Abdullah –
Pengakhiran dendam awak adalah hantar surat berterus terang awak dah tahu status awak sejak bila, cerita sebab apa awak macam tu dulu dan awak maafkan diaorang.

(sebab kadang kadang orang yang dah lama dewasa pun taknsedar dimana salah tu mncul)

Tapi untuk bersemuka rasanya awak belum mampu nak explain semua face to face. Awak pulihkan diri, cari semangat, teruskan rawatan. Cari kehidupan baru kat tempat lain.

One day bila dah tenang, harap awak mmpu datang ziarah mereka tanpa dendam sebab awak tetap anak mereka. Masa depan awak cerah dah masih panjang. Stay Strong n Safe. Fighting.

Sumber : Eyna (Bukan nama sebenar) / IIUMC

Keluarga

Murid Ini Pernah Tular Ponteng Sekolah Sbb Jaga Ibu Skit. Malam Tadi Ibunya Telah Pergi Mengadap llahi

Published

on

By

Kisah murid ini pernah tular sekitar Mei lalu apabila tidak menjejakkan kaki ke sekolah sejak Januari kerana terpaksa menjaga dan menguruskan ibunya yang saakit.

Di usia yang masih mentah, Nor Syafira Mohd Razali, 11, sudah menggalas tanggungjawab sebagai tempat berpaut buat ibunya, Norhayati Che Noh, 45.

Namun takdir Allah penentu segala apabila ibu tercinta pergi mengadap Ilahi malam tadi.

” Umi ada berpesan agar saya jaga diri dengan baik dan kami sama-sama menangis ketika itu kerana umi memang sudah berasakan hayatnya tidak lama,” kata Syafira.

Kanak-kanak berusia 11 tahun itu kini hidup sebatang kara apabila ibunya yang menderita pnyakit drah tinggi, kncing manis kr0n1k dan buah pinggang meninggI dnia di Hspital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu, malam tadi.

Kisah Nor Syafira yang menjaga ibunya yang saakit sehingga menyebabkannya terpaksa ‘ponteng’ sekolah sepanjang tahun ini pernah dipaparkan dalam akhbar sebelum ini dan mengundang hiba ramai pihak.

Nor Syafira berkata, sebelum dimasukkan ke HRPZ II, ibunya mendapatkan rawatan di Hspital Tumpat selama seminggu dan sepanjang tempoh itu dia sentiasa berada di sisi arwh.

” Umi meminta kebenaran doktor untuk pulang kerana rindukan rumah kami dan ketika berada di rumah lah dia sempat menitipkan pesanan itu dan kami sama-sama menangis.

” Keesokan harinya keadaan umi kembali krit1kal sebelum segera dirujuk ke HRPZ II dan selepas 10 hari menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (lCU), umi menghembvskan nfas ter4khir malam tadi kira-kira 7.40 malam,” katanya dalam nada sebak.

NorSyafira ketika ditemui di rumahnya di Kampung Dalam Rhu di sini selepas mengiringi jnzah ibunya ke Tanah Perkburan Islam Kbur Dato’ berkata, dia buntu dan masih belum membuat keputusan ingin menetap bersama siapa.

 

Ada pihak mahu ambil tinggal bersama

Dia yang juga murid Sekolah Kebangsaan Sri Tumpat 1 berkata, ada beberapa pihak yang sudi menjemputnya tinggal bersama namun rasa sayang terhadap rumah yang didiami bersama arwh ibu membuatkannya berat kerana tidak sanggup melupakan segala kenangan bersama.

” Saya sayangkan rumah ini kerana ia baru sahaja dibaiki dan banyak kenangan bersama umi disebabkan umi yang membesarkan saya berseorangan selepas bercrai dengan ayah 11 tahun lalu.

” Selain terlalu rindukan umi, hati saya juga meronta untuk kembali bersekolah kerana sudah hampir setahun meninggalkan alam persekolahan,” kata anak tunggal itu.

Sementara itu wakil kumpulan aktivis masyarakat, Cempaka Merah Asnaf Society, Che Norhayati Mohamed berkata, Nor Syafira akan diletakkan di bawah jagaan pihaknya kerana selama hayat arwh Norhayati, segala kebajikan dua beranak itu di bawah tanggungjawab mereka.

” Kami akan menguruskan proses penjagaan Nor Syafira dan membuat pertukaran sekolah dengan mencari sekolah harian yang mempunyai asrama.

” Kami juga akan sentiasa memantau perkembangan Nor Syafira sehingga dia menamatkan pengajian dan mampu berdikari suatu hari nanti,” katanya.

Continue Reading

Keluarga

Masa bersalin, Along umur 13 thn azan dan tanam uri adik. Ayahnya tak amik kisah

Published

on

By

Foto sekadar hiasan.November 2018.

Assalam dan salam sejahtera semua. Baru2 ni kawan aku ada kongsikan di ‘whatsapp group’ sajak bertajuk Kasihannya Perempuan Itu. Itu lah aku, sering disalahkan dalam setiap pekara. Mungkin disebabkan mas kahwin dan hantaran aku hanya senaskah Al-Quran dan sepasang telekung aku disia siakan. Dewasa aku di sebuah pusat jagaan anak anak yatim.

Ibu mngal setelah melahirkan aku dan ayah pula mngal kerana brah paru paru ketika aku berusia 7 tahun. Sebelum arwh ayah ‘pergi’, ayah telah menghantar aku ke rumah anak yatim kerana padanya selepas dia ‘pergi’ tiada siapa yang akan menjagaku memandangkan ayah seorang mualaf berbangsa Cina.

Dari situ aku belajar untuk bedikari. Aku berjaya mendapat keputusan yang baik dalam SPM. Cita cita aku menjadi seorang pendidik dan untuk meraihnya aku perlu keluar dari situ.

Aku perlu bekerja untuk menampung kos belajar di IPT. Pada usia aku 18 tahun, aku mulakan dengan bekerja sebagai pembantu tukang masak disebuah restoran Cina mslim.

Pada usiaku 20 tahun aku berjaya melanjutkan pelajaranku di sebuah kolej swasta. Aku masih lagi bekerja di restoran itu. Siang aku belajar, malam pula aku bekerja. Dari situ lah aku mengenali suamiku merupakan seorang pelanggan tetap di restoran itu.

Kadang kadang dia datang sendirian dan kadang kala bersama keluarga. Hubungan kami berkekalan sehingga aku tamat belajar. Akhirnya kami bernikah.

Pada bulan pertama aku bergelar isteri, suami aku kemlangan. Syukur kerana hanya mengalami luuka luuka kecil sedangkan keretanya remuk. Suamiku menyalahkan aku kerana tidak maklumkan kepadanya bahawa brake kereta tidak berfungsi dengan baik.

Memang kereta itu aku yang sering bawa untuk ke pasar atau kemana mana sahaja. Tetapi sewaktu aku menggunakannya, semua dalam keadaan baik.

Beberapa minggu selepas itu pula ayah mertuaku jatuh ketika mandi di bilik air. Nasib menyebelahi ayah, keadaannya stabil dan tidak mengalami apa apa keceederaan. Aku juga disalahkan, aku dimrahi oleh suamiku kerana tidak menjaga ayahnya dengan baik sedangkan pada waktu itu adik iparku (lelaki) turut ada di dalam rumah itu.

Semenjak daripada itu, aku sering di salahkan. Apa jua yang berlaku, semua kesalahan diletakkan kebahu aku termasuk kadang kala keperluan dapur tidak mengcukupi. Dia akan bertanyakan kemana perginya duit belanja RM 200 yang dia bagi tiap tiap bulan padaku.

Akhirnya aku mengambil keputusan untuk kembali bekerja, mungkin suami aku tidak mampu lagi menanggung nafkah keluarga sendirian memandangkan ibu, ayah dan tiga orang lagi adiknya tinggal bersama dan kos belanja semakin tinggi. Hidupnya tertekan dan aku jadi tempat dia lepaskan amarah.

Dia izinkan dengan syarat jangan minta dia berpindah, menyewa rumah lain. Aku setuju dengan syaratnya memandangkan ibu, ayah dan adik adiknya menerima dan melayan aku dengan sangat baik.

Aku dapat kerja dengan mengajar di sebuah sekolah swasta. Separuh dari gajiku, aku habiskan dengan membantu membeli barang barang dapur dan keperluan harian.

Apabila suamiku melihat aku sudah bekerja dan punyai duit sendiri, dia tidak lagi memberi nafkah padaku. Aku cuba berfikiran positif memandangkan dia lebh memerluukan untuk mnjelaskan bil2, hutang kereta, motor dan hutang rumah ke bank.

Sangkaanku tidak tepat, tiba tiba aku dapat beberapa surat dari bank dan mengatakan semuanya tertunggak. Bergitu juga dengan air dan elektrik, mereka telah datang untuk memotong bekalan.

Mujurlah aku ada duit dan aku jelaskan semuanya walaupun hampir mencecah ke 4 angka. Aku tidak mahu tidur bergelap dan bangun pagi ke kerja dalam keadaan tidak mandi.

Bila aku bertanyakan tentang semua itu kepadanya dengan tanpa rasa bersalah dia pkul aku. Buat kali pertama selepas 6 bulan aku menjadi isterinya kaki tangan dia naik ketubuh aku, mujur lah ada ayah mentua aku menghalangnya dari terus memuukul aku.

Semnjak hari itu, aku yang tanggung segalanya. Kos harian, bil bil dan segala hutang piutang bank kerana aku tidak sanggup melihat ibu, ayah dan adik beradiknya merempat jika rumah ditarik, tidur dalam keadaan gelap dan kami keputusan bekalan air jika bil tdk dijelaskan.

Walaupun aku hanya menantu, mereka melayan aku baik ibarat ahli keluarga sendiri itulah impian aku, untuk hidup bekeluarga walaupun hanya menumpang kasih.

Suatu hari ibu ada bertanya pada aku dan dia, bila lagi kami nak ada zuriat. Suamiku tiba tiba menjadi baran dan menjawab dia tak nak ada anak lagi kerana ekonomi rumah tangga kami belum stabil.

Aku sedih kerana dalam rahim ku pada waktu itu sememangnya sudah wujud satu nyawa yang di panggil zuriat. Cuma aku tunggu masa yang sesuai untuk bagitahunya.

Aku hairan dengan jawapannya, jika dicampur gajiku bersama gajinya, ditolak hutang rumah, kereta, motor dan belanja keluarga memang berlebihan.

Tuhan lebih mengetahui dan Dia tunjuk segalanya padaku.

Suatu malam, sedang aku kemas kemas baju uniform kerjanya untuk dicuci. Aku terjumpa beberapa keping kertas. Aku yakin kertas itu datang daripada pusat pusat juudi dan rumah rumah urut. Aku menasihatinya dengan lembut supaya tidak berlakunya perkelahian.

Tetapi dia tetap juga meng4muk dan memukul aku dengan bertubi tubi sehingga aku mengalami pendrahan. Bila melihat aku berdrah banyak, dia segera membawa aku ke hspital. Alhamdulillah kandungan aku selamat.

Melihat keadaan aku bergitu, dia memaksa aku untuk menggugurkan kandunganku kerana dia tidak mampu nak tanggung lagi. Aku merayu dan berjanji tidak akan meminta satu sen pun duit darinya jika dia izinkan aku melahirkan anak ini. Puas aku merayu akhirnya dia bersetuju.

Lepas daripada peristiwa itu, dia tanpa segan silu membawa pulang kertas kertas dan resit resit juudi di dalam poketnya dan dia juga turut pulang dalam keadaan mbuk mabun kesan daripada pengambilan alkhol yang berlebihan.

Mungkin juga aku berasal dari rumah anak yatim, aku tidak dihargai. Takpalah demi anak aku yang sorang ni aku bersabar, dua belas tahun berlalu. Anak pertamaku telah pun genap 12 tahun.

Dulu aku down. Kadang kala fikir nak m4ti jer. Kemana lagi arah aku nk pergi. Mak bapak aku pun dah lama mengalkan aku terkontang kanting dimuka bumi. Saudara mara entah kemana. Tapi bila aku baca sajak tu, hari2 aku baca, aku jadi kuat.

Aku tahu bukan aku sahaja yang tersiksa. Ramai lagi diluar sana yang senasib. Aku tak tahu kalian ada baca tak sajak tu. Aku nk shared kat sini aku takut yang aku shared tu dah diubah sebab aku tengok ramai yang dah shared dan ada yang dah ubah perenggan dia.

Doakan aku kuat. Anak aku yang pertama baru habis UPSR.. Dan yang bakal lahir nanti. Kali ini pun aku jugak d salahkan sebab mengadung lagi. Dia kata dia tak mampu nak bagi makan dan belanja, barang barang dah mahal..Tapi bagi aku ni rezki. Aku bekerja, gaji aku tinggi dan aku akan tggung semuanya sebab memang dari dulu aku tanggung semuanya…

Dia??…Hanya tahu makan dan tidur. Gajinya habis ke rumah2 urut dan judi. Mujur lah mertua aku sayangkan aku, menjaga aku dalam pantang masa lahirkan anak pertamaku dulu ibarat anak kandungnya sendiri.

Aku hanya fikirkan mentua aku ni baik jer dan terlampau sayangkan anak aku yang pertama ini, aku tunggu… Kalau ikutkan hati, nak jer aku lari jauh bawa diri dan anak2.

Baru2 ini, aku terjumpa k0ndom yg masih belum digunakan dalam poket baju suami aku. Dia kata tu kawan dia punya dia tolong belikan. Tapi aku tidak percaya. Hati aku terdetik bahawa dia kini sedang berjinak jinak dengan perempuan jalanan memandangkan tiap kali aku nk clearkan story di browser aku ternampak page page pelcuran yang suami aku search.

Aku harap tanggapan aku salah dan Allah lindung aku serta anak dalam kandungan ini daripada penyaakit kelamin atau A1DS… Aku tidak berani untuk bertanya lagi bimbang aku akan dis4kiti. Jadi aku ambil keputusan untuk diam. Doakan aku kuat sehingga aku selamat bersalin awal thn depan…

09 April 2019 (Update)

Masa beredar dengan pantas sekali. Walaupun hari hari yang aku lalui amat suulit dan perit, namun demi anak anak, aku kena kuat. Kini aku sedang berada di ‘labour room’ untuk melahirkan puteri hati yang aku tunggu selama 9 bulan.

Doakan semua baik2 kerana diluar sana tiada waris yang tunggu jika berlaku apa apa pada aku atau baby. Bukaan still 5cm. Kenapa tiada waris yang tunggu…? Biarlah ianya menjadi rahsia Allah Swt.

Alhamdulillah aku telah selamat melahirkan puteri hati. Aku sangka tiada waris yang tunggu memandangkan aku dari tempat kerja terus ke hspital.

Rupanya ada anak sulong yang setia menanti. Dia juga yang telah azankan adik perempuannya dengan merdu sekali. Tolong pakaikan aku stokin dan hantar keperluanku . Bila aku bertanyakan papanya. Dia hanya jawab.

“Biar la bu. Along ada. Along temankan ibu dan jaga adik”

Jam 7pm tadi dia balik uruskan uri adiknya. Baru 13 tahun, dia dah pikul tanggungjawab yang sepatutnya seorang ayah yang lakukan. Semoga syurga buat kamu anak.

10 April 2019

Arini Along datang, terpaksa cuti sekolah sebab nak bantu aku ‘discharge’. Uwan dengan atok tunggu baby Umairah pulang kat rumah jer sebab atok skit kaki. Along datang curi curi bawa motor. Susah hatiku bila bayangkan keadaan along bawa motor redah ribuan kereta di tengah bandaraya.

Semalam pun bawa motor juga tapi aku tak tahu. Sangkaan aku, semalam along datang dengan teksi jadi aku tidak bertanya banyak padanya. Pagi ni nampak along bawa naik helmet. Along kata helmet semalam kena curi sebab tinggal kat parking. Ya Allah anak ibu.

Along bagitahu, papanya dah ambil kereta semalam di hspital, aku husnuzon saja, mungkin nak cepat atau guard tak bagi masuk sebab dah malam, jadi tak dapat tengok Umairah.

Pagi tadi papanya bagi duit suruh along tuang minyak motor, tapi untuk bil hspital papanya minta aku jelaskan sendiri sebab papanya blm gaji. Takpa aku faham. Memang dari dulu aku yang uruskan setiap perbelanjaan.

Cuma aku bagitahu along, aku tak boleh naik motor dengan dia. Minta dia tolong carikan teksi, kemudian balik dengan aku naik teksi. Motor tu nanti minta papa ambilkan. Doakan aku sihat ye kwn2 supaya aku boleh uruskan along dan Umairah. Kesian along..

11 April 2019

Alhamdulillah. Umairah bebas dr H1V atau A1DS. Walaupun masa ‘checkup preggy’ di KK, aku negetif H1V atau A1DS. Tapi aku belum berpuas hati bimbang terkesan pada bayi apbila lahir nanti.

Ternyata Allah mendengar rintihanku, Dia lindungi Umairah. Sepanjang kehamilan aku murung, bimbang tentang kesihatan Umairah apabila dilahirkan kelak.

Tadi papanya ada jenguk Umairah sebelum keluar. Dia usik2 pipi dan dagu Umairah. Comel katanya. Tapi papanya ingatkanku supaya tidak susahkan dia nanti sebab untuk melihat Umairah lahir ke dunia adalah pilihanku.

Tak mengapa lah, aku tak kisah dengan peringatan papanya tadi kerana papa dah usap Umairah dan katanya Umairah comel dah besar maknanya padaku.

Cukup la buat hatiku berbunga. Walaupun aku isteri hanya pada nama, tanpa nafkah zahir dan batin lagi, aku tetap hormati dia sebagai seorang suami walaupun dia banyak mengecewakan perasaan aku.

Semenjak aku hamilkan Umairah, aku langsung tidak perdulikan setiap apa yang dia buat… Kerana aku takut jika aku dikasarinya. Aku juga akan menolak setiap keinginanya untuk ‘bersama’. Disebabkan itu, dia abaikan aku. Aku doakan dia akan diberi pertunjuk dan hidayah untuk pulang ke pangkal jalan.

Aku tanya along, siapa yang cuci uri. Along jawab, along yang cuci sambil uwan ajarkan. Saya tanya lagi, along tak takut dan geli ke tengok uri. Along jawab.

“Geli tu memang lah. Drahkan najis. Tapi kalau along tak buat, siapa nak buatkan, takkan nak biar camtu jer. Uwan sama atok tak sihat. Itukan drah daging along. Redhaa jer la kan bu. ”

Sambil senyum tayang gigi kapak dua batang dia yg besar tu. Lucu sungguh anakku itu.

Terima kasih kerana sudi mbaca luahan hatiku. Cukuplah sampai disini dahulu. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Doakan kebahagiaan aku dan anak2 maka seluruh alam akan berdoakan kepada kalian kembali.

Sumber : Nur Sumaiyah Abdullah

Continue Reading

Keluarga

Ibu panik ank tiba2 meraung! Mulut ternganga, air liur meleleh rupa-rupanya terjadi sesuatu di luar rumah

Published

on

By

TUMBUHAN hiasan sememangnya berperanan menyerikan halaman rumah,

malah terdapat sebilangan orang yang menjadikannya sebagai ‘indoor plant’.

Namun harus diingat, ada sesetengah tumbuhan hiasan berb4haya kepada manusia khususnya kanak-kanak kerana ia mengandungi r4cun aktif,

contohnya pokok keladi (Dumb Cane) atau nama saintifiknya dieffenbachia.

Baru-baru ini seorang pelayar berkongsi pengalaman ngeri yang dialaminya, apabila anak perempuannya terg1git daun tumbuhan hiasan berkenaan.

“Kejadian petang kelmarin. Nashwa main dekat luar rumah, dia ambil pokok tu dan g1git sikit.

Sedikit sangat. Masuk rumah men4ngis macam luk4 t3ruk tapi tak nampak luk4 atau apa-apa kesan s4kit.

“P4nik ibu pun tak tahu punca apa. Budak perempuan berumur empat tahun ni tak nak bagitau t4kut ibu m4rah dia. Lepas diasak tanya Nashwa cakap dia g1git daun tu.

“Terus suruh adik Google dan jumpa dekat website tentang tanaman tu. Dieffebachia.

Pokok hiasan yang sering ditanam di pekarangan rumah.

“Getah dan daun mengandungi calcium ox4late yang menyebabkan gat4l-gat4l, kekej4ngan bibir dan lidah.

Ya, betul pokok tu! Nashwa men4ngis sambil mulut ternganga tak leh tutup mungkin sebab kejang bibir.

Air liur pun menitik tak henti,” tulis pelayar yang dikenali dengan nama Husnulkhotimah.

Posting yang dikongsikan oleh seorang pelayar Facebook mengenai ins1den yang menimpa anak perempuannya.

Tanpa berlengah, wanita itu terus membawa anak perempuannya ke klinik kerana bimb4ng keadaannya semakin burvk.

“Doktor tanya ada telan ke. Ibu dah la tak tahu, Nashwa pulak tak boleh cakap.

Doktok periksa bibir, bengk4k sikit… pernafasan semua ok.

“Doktor kata kalau dia telan, bengkak dekat kerongkong, boleh menyebabkan saluran pernafasan tersekat.

Doktor bagi ubat sapu bengk4k, al3rgik dan ch4rcoal untuk serap r4cun kalau ada yang masuk perut,”

tulisnya lagi sambil berkata keadaan anaknya kemudian beransur pulih.

Keadaan kanak-kanak perempuan ini tidak serius kerana tidak menelan tumbuhan berkenaan,

dan dia beransur pulih selepas mendapatkan rawatan doktor.

Menurut pelayar itu lagi, menerusi penceritaan anaknya,

kanak-kanak tersebut mengambil daun berkenaan dan mengoy4kkannya, sebelum mengg1git helaian tersebut.

“Saya nak pesan kepada semua yang tanam pokok ni, eloklah dibuang saja. Risau budak-budak yang tak reti,

apa lagi nanti ambil masuk mulut. Kanak-kanak memang macam tu. Mereka ada sifat ingin tahu.

“Kita kena sediakan persekitaran selamat untuk mereka, sentiasa pantau apa budak-budak kecil ni buat.

Jika berlaku apa-apa, terus bawa jumpa doktor,” katanya lagi.

Sumber : m Star!

Continue Reading

Trending