“Bagi saya istri tak berdaftar” Datin Patimah akhirnya bersuara mengenai dakwaan Syamsul dan Ira bercerai

Kecoh di media sosial mengenai desas desus yang mengatakan Syamsul Yusof sudahpun bercerai dengan isterinya, Ira Kazar dan tidak pasti sama ada perkara ini benar ataupun tidak.

Menurut laporan Harian Metro, ibu kepada Syamsul, Datin Patimah memaklumksn yang dia tidak mahu ambil maklum mengenai ‘hal’ itu.

Datin Patimah hanya menganggap pelakon Puteri Sarah sebagai satu-satunya menantu menerusi perkahwinannya dengan Syamsul sebelum ini dan perkara ini dikatakannya sendiri ketika ditemui pihak media.

Saya tak ambil tahu. Apa yang saya tahu menantu saya adalah Puteri Sarah Liyana, tapi mereka sudah berpisah.

Apa yang berlaku seterusnya saya tidak tahu. Bagi saya itu ‘isteri tidak berdaftar’ jadi saya tiada komen.

Bukan tu jer, Datin Patimah juga tidak mahu memanjangkan kenyataan suaminya, Datuk Yusof Haslam sebelum ini mengenai Syamsul yang sudah lama tidak pulang ke rumah.

Betul lah apa yang suami saya cakap, tapi saya tak nak ungkit lagi. Saya tak nak merosakkan nama Syamsul lagi. Jadi saya tiada komen mengenai pertanyaan ini.

Walau bagaimanapun, sehingga kini masih belum dapat dipastikan sama ada dakwaan mengenai rumah tangga Syamsul dan Ira roboh itu benar ataupun tidak. Sama-samalah kita tunggu penjelasan dari tuan badan.

Sumber : ohmedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *