Connect with us

Semasa

Bagaimana Najib ada gambar saya dengan broker? Mungkin broker geng dia?

Published

on

Shah Alam, 27 Mei: Bekas menteri Wilayah Persekutuan merangkap ahli parlimen Amanah Shah Alam, Khalid Abdul Samad berasa pelik dan hairan bagaimana Datuk Seri Najib Razak ada gambar beliau bersama “broker” yang dituduh itu,

sedangkan beliau tidak memiliki gambar tersebut sambil tidak menolak kemungkinan datuk broker tersebut adalah geng Datuk Seri Najib.

Tapi yang saya pelik adalah gambar datuk (broker) itu dan isterinya ada pada DS Najib dan dia tweet gambar dato tu dan dia kenal datok broker itu. Inilah orangnya, yang dikatakan broker.Itu hairan saya.

Gambar-gambar yang saya pun tak ada, yang dia datang majlis raya saya di Shah Alam, yang gambar dia tunggu dia tunggu saya keluar masuk kereta yang saya tak tahu di mana, itu pun ada pada Najib. Pelik betul saya. Mungkin geng dia la kot. – Khalid Abdul Samad

Najib sebelum ini mendedahkan beberapa gambar Khalid bersama broker yang dituduh dalam aktiviti rasuah itu namun dinafikan pemimpin Amanah itu.

Mengulas kenyataan Khalid Samad itu, Najib Razak mempersoalkan pula Khalid sama ada beliau, anaknya, serta setiausaha politiknya ada bermesyuarat dan makan bersama pemaju yang pernah membayar wang berjuta ringgit kepada broker tersebut.

“Lid akhirnya mengaku gambar-gambar membuktikan dia dan anak dia mesra dengan broker yang saya post adalah tulen walaupun pada mulanya Lid kata dia tak rapat dengan broker tersebut.

Logik Lid: “Oleh sebab Najib post gambar-gambar itu maka Najib kenal broker dan broker itu adalah orang Najib.” Tak apa. Saya beri soalan tambahan pada Lid:

“Pernahkah Lid, anak Lid dan setiausaha politik Lid bermesyuarat, melawat atau bermakan bersama developer-developer yang pernah bayar wang berjuta-juta kepada broker itu?” Jawab-lah.” – Najib Razak.

Lid akhirnya mengaku gambar-gambar membuktikan dia dan anak dia mesra dengan broker yang saya post adalah tulen walaupun pada mulanya Lid kata dia tak rapat dengan broker tersebut.Logik Lid: "Oleh sebab Najib post gambar-gambar itu maka Najib kenal broker dan broker itu adalah orang Najib."Tak apa. Saya beri soalan tambahan pada Lid:"Pernahkah Lid, anak Lid dan setiausaha politik Lid bermesyuarat, melawat atau bermakan bersama developer-developer yang pernah bayar wang berjuta-juta kepada broker itu?"Jawab-lah.

Posted by Najib Razak on Tuesday, May 26, 2020

Pada sidang media yang sama, Khalid berkata beliau sehingga kini belum dipanggil untuk diambil keterangan oleh polis susulan aduan sebuah syarikat arkitek berhubung dakwaan rasuah.

Katanya, berdasarkan siasatan sehingga membawa kepada penahanan setiausaha politiknya dan beberapa individu lain, namanya tidak disebut terbabit dalam kes rasuah tersebut.

“Saya belum di panggil, tapi dalam siasatan mengikut setiausaha politik saya, nama saya tidak disebut dalam kes ini,” -Khalid Samad

Khalid sekali lagi menegaskan isu itu berlaku apabila syarikat arkitek berkenaan diberikan perintah pembangunan (DO) palsu oleh seorang “broker” yang menerima bayaran selepas menjaja nama bekas pembantunya yang dikenalinya sebagai “Haji Azli” atau nama sebenar Azli Yusuf.

Sumber : ttkm

Semasa

Khairuddin Dedh Satu Persatu Apa Yg Sedang Berlaku. Gesa PH Tolak Pemimpin Sewel

Published

on

By

Penyokong setia bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, Khairuddin Abu Hassan mengumum meninggalkan Pakatan Harapan (PH) selepas mendakwa bahawa dirinya tidak akan bernaung di bawah “pemimpin sewel dan berpenyakit”.

Dalam satu kenyataan, Khairuddin mengkritik Anwar Ibrahim yang menerajui PKR dan PH sebagai pemimpin yang tidak berkemampuan, dan menjadi punca perpecahan dalam PH sehingga tumbang di peringkat pusat.

“Saya ingin menyeru pada semua pemimpin-pemimpin PH yang luhur dan berprinsip untuk tinggalkan PH secara beramai-ramai serta jangan sama sekali kita sokong pemimpin ‘fasiq’ serta ‘hipokrit’ macam Anwar.

“Dia hanya ‘syok sendiri’ dan tidak akan dapat memimpin PH ke tahap yang memberangsangkan.

“PKR itu sendiri kini bermasalah dan berpecah di bawah kepimpinan Anwar,” kata Khairuddin.

Sebelum ini, Khairuddin telah mendakwa bahawa Anwar tidak layak untuk memimpin negara ini dan menegas bahawa beliau akan kempen untuk menyekat kebangkitan ketua pembangkang itu.

Sementara itu, Khairuddin juga mengumumkan keputusannya untuk keluar dari Amanah berkuatkuasa serta merta.

“Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih serta penghargaan kepada presiden dan kepimpinan tertinggi parti Amanah yang telah meletakkan kepercayaan kepada saya untuk bertanding di kerusi parlimen Jasin pada PRU14 yang lepas.

“Insya-Allah, dalam masa terdekat saya akan berjumpa dengan presiden parti Amanah untuk menzahirkan keputusan bagi menyerahkan balik kerusi parlimen Jasin seterusnya meletakkan jawatan selaku penyelaras parlimen Jasin,” katanya.

Majlis Presiden PH komited sokong Anwar sebagai calon PM

Khairuddin memberi amaran bahawa PH tidak akan mampu untuk memenangi pilihanraya umum lagi bagi membentuk kerajaan pusat sepertimana pada PRU14 yang lepas di bawah pimpinan Anwar,

dan menyeru pemimpin-pemimpin PH supaya tidak sokong Anwar sebagai perdana menteri ke-9.

Khairuddin bekas ahli Umno, meninggalkan parti itu pada tahun 2015 dan menyertai Bersatu bagi tempoh yang singkat, bersama pemimpin dan ahli yang bersekutu dengan Mahathir.

Beliau tetap setia kepada Mahathir setelah meninggalkan Bersatu untuk memimpin gerakan Deklarasi Warga Negara, digerakkan sebagai sebahagian daripada usaha untuk menyingkirkan perdana menteri ketika itu, Najib Razak.

Khairuddin kemudian kembali bersama Amanah sejurus sebelum PRU14 untuk bertanding di kerusi Parlimen Jasin, tetapi kalah kepada Ahmad Hamzah dari BN dengan majoriti tipis 219 undi dalam pertarungan tiga penjuru

Dalam perkembangan lain Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) komited kepada pendirian asal untuk mencalonkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai perdana menteri, sekiranya PH kembali membentuk kerajaan.

Majlis Presiden PH turut memberikan mandat penuh kepada Anwar untuk meneruskan perbincangan dengan semua pihak, termasuk Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, dalam usaha mengembalikan mandat rakyat dan PH sebagai Kerajaan Persekutuan.

“Kami berpendirian, semua usaha ke arah pengembalian mandat rakyat perlu dijalankan dan memerlukan sokongan semua pihak,” menurut kenyataan bersama PKR, Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP, hari ini.

Sumber : kec0h ape

Continue Reading

Semasa

Dakwaan warga asing dilayan teruk, Ini kata2 padu DG Hisham

Published

on

By

Sejak beberapa hari lepas, tohmahan yang dibuat oleh Al Jazeera berhubung layanan Malaysia terhadap golongan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) telah tular di media sosial.

Hal tersebut membuatkan rakyat Malaysia berasa marah dengan dakwaan tidak benar media tersebut sehingga meninggalkan perbalahan.

MInta kita berfikiran terbuka

Dalam salah satu muat naik seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama akaun Fifa Rahman yang juga merupakan wakil NGO,

dia telah meminta agar rakyat Malaysia menerima setiap kritikan tersebut dengan hati terbuka.

Muat naik itu dibuat bagi memberi respon daripada video dokumentari mengenai dakwaan layanan buruk Malaysia kepada PATI semasa pendemik.

Dr Noor Hisham jawab

Susulan daripada hal tersebut, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia telah membalas muat naik itu dengan meminta agar Fifa Rahman menyemak kembali fakta sebelum membuat komen seperti itu.

Bawa duduk dengan awak jelaa sis

Komen balas daripada Dr Noor Hisham juga telah mendapat respon yang pelbagai daripada warganet.

Rata-rata menyokong kenyataan beliau yang meminta agar wanita tersebut menyemak dahulu fakta sebelum berkata sesuka hati

Sebelum ini KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan laporan saluran berita antarabangsa, Al Jazeera berhubung dakwaan wujud isu perkauman terhadap warga asing ketika negara mengendalikan pendemik C0vid-19.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata laporan dokumentari itu tidak benar kerana kerajaan sedaya upaya menyelamatkan negara daripada penularan C0vid-19.

Menurutnya, langkah saringan yang dijalankan adalah tindakan bagi mengawal penularan wabak itu daripada terus menjangkiti orang lain.

“Laporan berita Al Jazerra itu tidak benar dan perlu disangkal.

“Menyelamatkan warganegara atau bukan warganegara adalah tindakan di bawah Akta 342 Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 iaitu menangani wabak C0vid-19.

“Apa yang kita buat dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ialah perlu memastikan semua yang dikesan (C0vid-19), disaringkan dan diasingkan,”

katanya ketika sidang media selepas Majlis Penyerahan Pelitup Muka serta Sabun Antiseptik di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Habab, di Kota Tinggi, hari ini.

Sumber : kec0h ape

Antaranya lagi

Imigresen buru Md Rayhan Kabir. Ini lokasi tempat tinggal dia terakhir

JABATAN Imigresen Malaysia (JIM) memohon bantuan orang ramai mengesan lelaki Bangladesh dikenali Md Rayhan Kabir.

Pemuda berusia 25 tahun itu dicari bagi membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63.

Alamat Terakhir

Alamat terakhir dilapor di Sirhan Legacy Sdn Bhd B-7-9, Menara Uncang Emas, No 85, Jalan Loke Yew, 52000, Kuala Lumpur.

Untuk itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan Imigresen,

Nurulmasha Nazlinan Hussin di talian 03-88801298 sambungan 1294 pada waktu pejabat.

Maklumat juga boleh disalur ke Bilik Gerakan 03-88801555 selepas waktu pejabat.

Pada 3 Julai lalu, Al Jazeera menyiarkan dokumentari berjudul Locked Up in Malaysia’s Lockdown dengan Md Rayhan Kabir dilihat mengkritik kerajaan Malaysia dan mendakwa wujud diskriminasi dalam mengendali kes Covid-19 membabitkan warga asing.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri mencabar agensi berita antarabangsa, Aljazeera untuk menyenaraikan negara yang memberi kebebasan mutlak kepada warga asing.

“Kita boleh tanya Aljazeera ini, berikan kita nama mana-mana negara dalam dunia ini membenarkan warga asing yang tidak mempunyai dokumen perjalanan atau dokumen tidak sah boleh bebas di negara mereka.

“Saya cabar Aljazeera tunjukkan negara mana yang memberikan kebebasan mutlak kepada warga asing yang tidak berdokumen.

Jawapannya setahu saya, tidak ada,” katanya dalam sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hari ini.

Beliau berkata demikian dalam mengulas isu sebuah dokumentari terbitan Aljazeera yang membuat tuduhan kerajaan Malaysia bertindak ‘kejam’ ke atas migran dan pendatang asing tanpa izin (PATI) sepanjang tempoh PKP sebelum ini.

Berikut reaksi dari netizan

“Mmg dasar hanjengg!! Dtg x jemput acah nk layanan cam raja. Mula2 pijak kaki kt sini buat muka kesian, dh sihat gemuk tlebih makan dpt enjoy serba serbi nikmat kt malaysia kau acah nk jadi tuan pulak..dasar x tahu diuntung.buat taik kt tempat kau cari makan!

“Senang je…xdpt dia..jumpa bangla mana pun , sauk sedas dua ja..bagi bangsa depa rasa akibat xbersyukur.

Sumber : kec0h ape

Continue Reading

Semasa

Pelantar Minyak Tervmbang Ambing Buat Orang Ramai Kecut Perut Tengok

Published

on

By

Bekerja di pelantar minyak bukanlah suatu pekerjaan yang selamat dan tenteram sepenuhnya. Pekerja disitu mempunyai banyak risiko yang bakal dihadapi meskipun ditawarkan gaji yang lumayan. Bagi yang ingin bekerja disana, pasti akan berfikir berkali kali untuk menerima.

Dalam video yang dikongsikan oleh sebuah akaun industri luar negara di laman Twitter, sebuah binaan yang dipercayai planta minyak kelihatan terumbang ambing dibadai ombak yang sangat kuat.

Kejadian tersebut dipercayai diambil dan dirakam oleh salah seorang pekerja cari gali bertempat di platform Borgholm Dolphin, laut Utara yang terletak berhampiran negara Britain.

Menurut pihak Science Direct, platform tersebut sememangnya dibina dengan struktur yang kuat sebagai pertahan dan persediaan bagi menahan ombak yang kuat. Malah binaan tersebut dibina untuk menahan angin kencang di lautan.

Kalah Burj Khalifa dan CN Tower

Dinamakan Compliant Tower, ia dibangunkan menggunakan keluli yang lebih sedikit berbanding platform biasa tetapi pada kedalaman air yang sama sahaja.

Di samping itu, ia juga berpaksikan cerucuk yang ditanam beratus kaki di dalam lautan, malah kedalamannya boleh mengalahkan ketinggian menara pencakar langit yang terkenal di Turki itu.

Kedalaman yang dalam sebegitu dibina hanya untuk memastikan struktur pelantar itu kukuh dan mampu menahan beban yang berat tetapi apakan daya, kuasa Tuhan tiada batasan membuatkan pelantar tersebut goyah.

Sebagai contoh, pelantar cari gali Petronius yang dibina pada kedalaman lebih 2,000 kaki, mengatasi menara komunikasi CN Tower di Kanada yang mempunyai ketinggian 1,815 kaki.

Menurut The Independent, pekerja cari gali di North Sea iaitu laut utara mencecah RM2,888 manakala individu yang bertaraf pengarah, gaji sehari boleh mencecah sebanyak RM4,807 setelah ditukarkan ke mata wang Malaysia tetapi mereka disana menggunakan mata wang euro, £.

Berikutan kes tersebut, mujur tiada kematian yang berlaku disana. Tetapi terdapat sesetengah yang cedera oleh kerana rebah dibadai ombak kuat itu.

Sumber : rotikaya news

Continue Reading

Trending

error: Content is protected !!