Infomaklumat

B P N tidak lulus Jangan rlsau Mentri Kewangan telah umumkan satu berita baik

ORANG ramai boleh membuat rayuan sekiranya permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) tidak diluluskan, mulai esok.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Menteri Kewangan bersetuju melanjutkan tempoh rayuan permohonan BPN sehingga 31 Mei ini.

Menurutnya, selain menghantar emel, pemohon boleh hadir sendiri ke kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk membuat rayuan itu.

RM1.7 bilion bantuan Prihatin dilulus kepada 2.3 juta pemohon baru ...

“Saya dengar ada rungutan daripada orang ramai yang gagal menerima bayaran ini atas pelbagai sebab.

“Antaranya kerana maklumat yang diisi tidak lengkap, permohonan ditolak kerana dalam rekod menunjukkan pendapatan melebihi syarat kelayakan tetapi mereka sebenarnya sudah hilang pekerjaan dan hilang sumber pendapatan serta pemohon adalah pelajar yang menerima bantuan BPN bagi kategori bujang,” katanya dalam Perutusan Khas Perdana Menteri di Putrajaya hari ini.

Menurut beliau, kerajaan tidak dapat berjanji semua rayuan boleh diluluskan namun yang memenuhi syarat dan munasabah boleh diluluskan.

Takut kena denda lambat tukar kad, pelanggan bank tendang mesin kiosk

Muhyiddin berkata, sehingga semalam kerajaan sudah meluluskan 2.3 juta permohonan BPN termasuk permohonan baharu dan rayuan membabitkan jumlah perbelanjaan sebanyak RM1.7 bilion.

“Dengan kelulusan berkenaan, jumlah penerima BPN setakat ini ialah 10.6 juta orang membabitkan bayaran berjumlah RM11 bilion,” katanya.

BPN diberikan kerajaan untuk membantu menampung pendapatan rakyat yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

TAHUKAH ANDA KENAPA STATUS PERMOHONAN BAHARU ATAU RAYUAN BPN TIDAK LULUS

KENAPA STATUS PERMOHONAN BAHARU ATAU RAYUAN BPN TIDAK LULUS

Berikut adalah punca permohonan baharu atau rayuan BPN tidak lulus berdasarkan makluman pihak LHDN :

1.Pemohon tidak melepasi syarat kelayakan had umur memohon

2.Semakan rekod agensi mendapati pendapatan pemohon/pasangan melebihi RM8000.

3.Semakan rekod agensi mendapati pendapatan pemohon/pasangan melebihi RM4000

4.Semakan rekod agensi mendapati pemohon merupakan pelajar.

5.Tidak layak kerana pemohon/pasangan mempunyai Syarikat berdasarkan data agensi (SSM). Walau bagaimanapun,pemohon boleh memohon Geran Khas Prihatin(GKP)

6.Status kahwin dengan maklumat yang sama

Sumber : Hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *