“Arwh suami pernah cakap hendak hidup sehingga usia 43 tahun” istri dedh ape yang berlaku, buat ramai sebak

Johor Bahru: “Arwah suami pergi dalam keadaan yang tenang dan mudah, di sisi saya serta semua anak-anak kami, luah Ina Naim,

 

Ina atau nama sebenarnya Nordiana Mohd Naim berkata, suaminya. Mohd Suhaimi Saad yang juga bekas penyanyi kumpulan In-Team itu sudah mula batuk teruk sejak Ogos lalu

Katanya, kesihatan suaminya semakin merosot awal Oktober selepas mengalami cirit-birit sehingga susut berat badan sebanyak 20 kilogram (kg).

“Arwah tidak muntah hanya batuk teruk sejak bulan Ogos dan alami cirit birit. Arwah dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) sejak 10 November lalu.

Sejak di Hospital Kota Tinggi lagi, arwah minta ditidurkan sebagai ikhtiar terakhirnya. Ketika hidup, arwah suami ada cakap hendak hidup sehingga usia 43 tahun, dan 12 Oktober lalu genap usianya 43 tahun katanya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik HSI di sini, malam ini

Suhaimi Saad, 43, disahkan meninggal dunia pada 7,40 malam tadi diUnit Rawatan Rapi (ICU), HSI akibat jangkitan kuman di paru-paru,

Menurut Ina, arwah hanya meninggalkan pesan meminta maaf kepada semua orang seperti yang dimuat naik di laman sosial TikTok miliknya sebelum ditidurkan.

Katanya, sebagai isteri arwah, pihaknya juga memanjatkan permohonan maaf bagi mewakili arwah suaminya.

Saya mohon maaf jika suami saya tersilap kata atau ada menyinggung perasaan mana-mana pihak atau ternakan, terminum atau terambil apa-apa, saya memohon maaf bagi pihak dia,” katanya.

Allahyarhan Suhaini berkahwin dengan Ina pada 12 Ogos 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, 15, Salman Elkhoyri, 13, Phyrosh Elfadwah, 11, dan Nur Layla Elghufrony, 9

Terdahulu, jenazah Allahyarham Suhaimi dimandi dan dikafankan di Jabatan Perubatan Forensik HSI sebelum dibawa pulang ke rumah keluarga Ina di Felora Sungai Ara, Kota Tinggi.

Sumber : HM / konline

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *