Keluarga

Arwh istri tidak sempat tatap wajah ank kembarnya, suami bawa ank kembar ziarah pusara isteri selepas setahun, sayu bila salah seorang tidak mahu balik

Mesti ramai masih ingat kisah mengenai seorang wanita, Siti Nur Nasuha Safie yang meninggl dunia akibat komplikasi ketika bersalin tanpa sempat menatap wajah dua bayi kembarnya tahun lalu.

Selepas genap setahun, suaminya Syazwan Najmi Zulkarni membawa anak kembar mereka iaitu Nur Medina Safiya dan Nur Medina Sofiya ke pusara Allahyarham baru-baru ini.

Menerusi laman Instagram, bapa tunggal berusia 24 tahun itu berkongsi sebuah video memaparkan aksi Safiya dan Sofiya menziarahi arwh ibu di Tanah Perkuburan Islam Kampung Ketil, Pengkalan Kubor.

“Abiy bawa kakak, adik pergi kubur ibu. Alhamdulilah anak kita dah cukup setahun dah, anak kita dah boleh jalan dah awak.
“Anak kita sihat comel, baik cute macam awak. Saya datang dengan anak-anak ni sedekahkan al-Fatihah untuk awak. Saya dan anak-anak selalu doakan,” tulis Najmi atau mesra dipanggil Mie.

Rakaman video berdurasi dua minit 42 saat tersebut dipenuhi komen pengikutnya yang sayu hati dan sebak melihat momen kasih sayang anak-beranak itu.

Malah, ada juga individu mendoakan agar lelaki berkenaan terus tabah serta kuat membesarkan cahaya mata selain dirahmati Allah SWT.

Klik untuk videonya..

Terdahulu, Allahyarham Siti Nur Nasuha meninggl dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) apabila tidak sedarkan diri tidak berapa lama selepas melahirkan anak.

Kisah mereka tular pada tahun lepas.

Ibu meninggal tanpa sempat tatap wajah bayi kembar

GAMBAR kenangan Syazwan Najmi bersama Siti Nur Nasuha di saat bahagia menanti untuk menimang cahaya mata kembar mereka. FOTO ihsan SYAZWAN NAJMI ZULKARNI.

MEDINA Safiya dan Medina Sofiya. Itu nama diberi Siti Nur Nasuha Safie, 23, buat dua bayi kembarnya.

Bagaimanapun, Siti Nur Nasuha tidak sempat menatap wajah kedua-dua bayinya apabila dia meninggl dunia, akibat komplikasi ketika melahirkan mereka.

Suaminya, Syazwan Najmi Zulkarni, 23, turut terkesan kerana mereka baru 10 bulan melayari bahtera perkahwinan.

Syazwan Najmi ketika dihubungi berkata, isterinya menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu, apabila tidak sedarkan diri tidak berapa lama selepas melahirkan anak.

“Ketika dalam perjalanan ke hospital pagi semalam, saya menerima panggilan telefon daripada bapa mentua yang meminta saya bersedia dengan sebarang kemungkinan.

“Saya yang ketika itu tersekat dalam kesesakan jalan raya terus memotong kenderaan lain, namun sebaik tiba di hospital, saya dimaklumkan isteri sudah pergi buat selamanya,” katanya yang berasal dari Kampung Pak Keral, Tumpat.

Syazwan Najmi berkata, dalam keadaan sedar seketika selepas bersalin, isterinya berkali-kali memohon ampun kepadanya.

Bagaimanapun, Syazwan Najmi tidak menganggapnya sebagai kemaafan terakhir kerana isterinya melakukan perkara sama setiap kali sebelum mereka tidur.

Katanya, isterinya turut merayu untuk menatap wajah anak mereka, namun disebabkan kedua-dua bayi berada di bawah pemantauan, hasrat itu tidak tertunai.

“Pada awal kehamilan, isteri cukup teruja dan ketika kandungan mencapai usia tiga bulan, dia menjalani ujian imbasan untuk mengetahui jantina anak.

“Kami cukup teruja apabila mengetahui bakal menimang anak kembar perempuan dan sejak itu, hampir setiap hari isteri bercerita akan memakaikan pakaian dan menghias cantik dua puteri kami apabila dilahirkan kelak.

“Malah dia sudah mencari nama sesuai untuk kedua anak kami iaitu Medina Safiya dan Medina Sofiya. Saya akan mendaftarkan nama itu sebaik Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir,” katanya yang bekerja di kantin hospital di Tumpat.

Beliau berkata, jen4zah Siti Nur Nasuha selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Ketil, Pengkalan Kubor selepas Zuhur, semalam.

Menurutnya, walaupun perit menerima dugaan itu, dia reda dan kekuatannya kini hanya disandarkan kepada dua anaknya itu.

Malah, sehingga kini Syazwan Najmi belum berpeluang menatap kedua-dua anaknya berikutan masih dalam pemantauan hospital.

“Setakat ini, saya hanya dapat melihat mereka melalui gambar ditunjukkan doktor.

“Saya masih memikirkan bagaimana mahu menghadapi hari mendatang. Anak pula tidak sempat merasai walau setitis susu ibu mereka, namun saya yakin, perancangan Allah SWT adalah yang terbaik dan pasti ada hikmahnya,” katanya.

Sumber: Instagram Syazwan Najmi / eh

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *