“Apa yang perlu dibincang..Jumpa di luar…” Ibu Ira Nak jumpa Ibu syamsul? Datuk Yusof Haslam trpaksa dedhkan perkara ini

Pelakon Puteri Sarah Liyana tampil berkongsi rasa leganya selepas kemelut rumah tangganya bersama suaminya, Syamsul Yusof hampir menemui titik noktah. Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Sarah sendiri menerusi sebuah muat naik di Instagram, sebentar tadi.

Seakan reda dengan suratan takdir yang tertulis, Sarah telah memuat naik gambarnya membelakangi kaabah diiringi kapsyen yang menceritakan tentang lumrah kehidupan.

“Tiada apa yang perlu dibincang… Nasi sudah jadi bubur.” Itu jawapan penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam, 69, ketika ditanya adakah beliau akan bersemuka dengan besan, Kazar Saisi berhubung pernikahan anak mereka, Syamsul Yusof dan Ira Kazar yang hangat diperkatakan netizen. Yusof berkata, selain tiada keperluan, beliau enggan masuk campur dan mengeruhkan lagi keadaan.

“Saya tak mahu ambil tahu hal Kazar. Lagipun, kami memang tidak rapat. Kalau jumpa di luar, setakat tegur begitu sahaja. “Selama ini, iaitu sejak empat dan lima tahun lalu apabila isu ini timbul, saya tidak pernah tanya pun kepadanya. “Tidak manis rasanya kerana ini membabitkan dua pihak iaitu anak dia dan anak saya,” katanya kepada BH Online.

Mengenai reaksinya jika Kazar berhasrat bertemu keluarganya bagi menjernihkan keadaan, Yusof enggan mengulas demi menjaga hati banyak pihak termasuk isterinya, Datin Patimah Ismail. “Saya tidak boleh hendak komen kerana ini membabitkan isteri saya. Saya tahu, dia sudah cukup terluka dengan apa yang berlaku.

“Rasanya, cukuplah kenyataan yang keluar dari mulut saya. Walau apapun yang terjadi, Syamsul tetap anak saya. “Sebagai ayah, saya mendoakan yang terbaik untuknya,” luahnya.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *