“Apa yang berlaku ni satu nikmat” Farid Kamil.. Mereka dilihat mesra duduk bersama

Video menampilkan pelakon, Diana Danielle duduk bersebelahan bekas suaminya, Farid Kamil ketika menjayakan sebuah program menarik perhatian ramai.

Farid menerusi Instagram Story turut memuat naik video Diana sedang ditemubual yang turut disertakan emoji lelaki sedang dilamun cinta dengan bentuk ‘love’.

Bukan itu saja, Farid dan Diana juga seakan-akan mahu memberi bayangan mereka kini dalam proses rujuk semula menerusi video temubual pendek yang dimuat naik di TkTok program berkenaan.

“Walaupun apa yang terjadi adalah satu musibah. Ia sebenarnya kalau dilihat, merupakan satu nikmat juga,” kata Farid secara ringkas di video pendek berkenaan.

Rata-rata netizen meluahkan rasa teruja dan mendoakan pasangan selebriti itu rujuk semula sebagai suami isteri selepas bercerai, baru-baru ini. “Semoga mereka berdua dapat rujuk semula dan perbaiki kelemahan masing-masing demi rumah tangga mereka. Insya-Allah.

Bagaimanapun, setakat ini mereka masih belum mengesahkan spekulasi membabitkan mereka itu.

Pada 10 Ogos lalu, Diana dan Farid sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua anak iaitu Muhammad dan Nur Aurora.

Sumber : harianmetro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *