Anak kepada bekas jurulatih bola sepak kebangsaan, Datuk Zainal Abidin iaitu Mohd Zaiza dilaporkan sudah bercerai dengan isterinya, Suzur Sofia, semalam.
Memetik laporan media tempatan, pasangan itu dilaporkan becerai dengan talak satu selepas hampir enam bulan berdepan konflik rumah tangga.
Sementara itu, Sofia menerusi satu hantaran di laman TikTok miliknya berkata, dia dan suami berpisah dengan cara baik.
Jodoh tidak panjang. Tiada siapa menginginkan perceraian. Alhamdulillah, berpisah secara baik. Cuma minta kerjasama untuk kebaikan anak-anak dan masa depan mereka.
Menerusi perkongsian tersebut, Sofia turut memuat naik beberapa keping gambar yang menyaksikan dia berada di perkarangan sebuah mahkamah serta beberapa foto lain termasuk bekas suami dan anak-anaknya.
Dalam masa sama, ibu kepada dua cahaya mata itu berkata dia akan terus mendoakan kebahagian buat bekas suami serta tiada menyimpan dendam dalam hatinya.
Doakan masing-masing bahagia dan tak perlu untuk bersengketa atau berdendam. Saya sentiasa doakan awak.
Sekadar info, Sofia dan Zaiza berkahwin pada 15 Januari 2016 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata bernama Muhammad Zaynedine Sulaiman, 6, dan Seri Zayana, dua tahun.
Sumber: TikTok / Ohbulan
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.