Terkini, anak kepada pengacara terkemuka Datuk AC Mizal telah selamat mendirikan rumah tangga bersama pasangan pada 11 November lalu.
Namun, oleh kerana sebuah video yang melihatkan anak lelakinya itu menangis ketika majlis pernikahannya, timbul pula pelbagai spekulasi dari kalangan netizen.
Apabila dihubungi, bekas isteri kepada pengacara tersebut, Shafnie Zainudin cepat menafikan spekulasi tentang anaknya yang dikatakan telah dilupa oleh bapa kandung sendiri. Katanya, anaknya itu hanya menangis kegembiraan setelah sah bergelar suami.
Biasalah suasana majlis pernikahan. Sebab nak melangkah ke alam kehidupan baru kan? Tapi ia lebih ke tangisan bahagia, anak pula sebak kerana dia paling rapat dengan saya. Harap benda lepas jangan diungkit sebab masing-masing ada kehidupan sendiri.
Pada masa yang sama, ibu kepada pengantin baru ini juga turut menyatakan dirinya tidak berasa seorang diri setelah kedua anaknya telah pun mendirikan rumah tangga masing-masing memandangkan dia masih mempunyai seorang anak hasil pernikahannya bersama suami setelah berpisah dengan AC Mizal.
Sumber : beautifulnara
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.