Connect with us

Keluarga

Angkut Gadls Bawh Umo Balik Rumah, Melihatnya Tido Di Bilik Berkain Batik, Membuatkan Aku Terus Berubah

Published

on

Foto sekadar hiasan.Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini.

Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Nama aku Man. Memang nama sebenar dan aku harap jika dia membaca confession aku ni dia tahu yang dia masih dalam doaku.

Oleh kerana dialah aku berubah walaupun aku terlupa untuk bertanyakan namanya.

Terima kasih juga kepada admin sekiranya sudi memilih confession aku ni untuk disiarkan…

Terima kasih juga kepada penulis (CPA) yang sudi memilih kisah aku ini untuk di jadikan sebuah penulisan yang lengkap.

Walaupun cerita yang aku hantar itu agak berterabur dan lintang pukang ayatnya.

Malam itu dalam lingkungan jam 12 malam. Aku bersama beberapa orang kawan sedang minum minum di restoran mamak di sekitar Bandar Jerantut.

Tiba tiba dalam kesamaran cahaya lampu jalan, aku terpandang sesusuk tubuh sedang berjalan sambil menjinjing beg besar.

Daripada paras rupa dan bentuk tubuh aku dapat teka usianya mungkin dalam belasan tahun. ”

‘Ushaa’ lah Man. Ada ‘rezeki’ kita shared lah. Kau kan romeo…”

Ujar kawan aku yang mungkin perasan aku sedang memerhatikan lenggok gadis itu.

Atas desakkan dan cabaran kawan kawan, aku bangun dengan laju menuju ke arahnya.

Dia kelihatan agak ketakutan dan cuba mempercepatkan langkahnya.

” Nak pergi mana bawa beg besar ni…?” Tegur aku lembut. Dia diam dan masih berjalan.

“Depan sana tu gelap. Adik jalan sorang sorang ni bahaya. Nak kemana…? Bas stop dah tak ada bas. Teksi pun dah tutup.”

Dia berhenti dan memandang aku. Tepat ke mata aku. Jantung aku terhenti sebentar.

Pandangan mata nya benar benar menusuk. Paras wajahnya yang lembut itu membuat aku akui memang sempurna sekali ciptaan tuhan.

” Bas malam pun tak ada ke…? ” Soalnya naif. Aku menggeleng dan memujuk dia supaya ikut aku ke kedai mamak itu. ”

Mari ikut abang kita minum minum dulu. Kat sana kawan kawan abang semuanya baik baik. Mamak tu buka 24 jam.

Kita ‘lepak’ sana dulu tunggu sampai pagi. Lepas tu abang hantar pergi bas stop…”

Beberapa minit mendiamkan diri akhirnya dia bersetuju. Aku membantu dia membawa begnya. Keras dan berat…!!

Aku hairan kerana anggaran berat yang berada di dalam beg itu bukanlah seperti membawa sejumlah baju.

Dia duduk di sebelah aku. Tenang menyedut Nescaffe ais. ” Saya nak buat ‘call’ sekejap…”

Dia bangun tinggalkan begnya berjalan menuju ke ‘public phone’ yang berada tidak berapa jauh daripada kedai mamak itu.

Aku mengambil kesempatan itu membuka beg yang dibawanya tadi.

Bukan niat untuk sentuh barang peribadinya tetapi untuk pastikan kami selamat berada bersamanya.

Bimbang jika dia salah seorang yang dijadikan sebagai ‘kambing hitam’ oleh pengedar barang terlarang. Benar jangkaan aku.

Bukan pakaian sahaja yang berada di dalam beg tersebut tetapi ada beberapa buah buku sekolah dan senaskah Al Quran.

” Bawah umur lah. Aku tak nak masuk penjara sebab sentuh budak bawah umur.

Aku rasa budak ni lari daripada rumah lah sebab dia bawa dengan buku buku sekolah sekali.

Nak pergi mana malam malam ni. Esok isnin kan sekolah…”

Kawan aku bersuara berdasar kan apa yang di tulis di buku tersebut dia masih di tingkatan 3.

Aku segera tutup zip beg tersebut. Dia datang menghampiri kami tanpa sebarang syak wasangka. ” Call siapa…? So nak pergi mana ni…?”

Aku juga mula berasa bimbang untuk berada bersama budak bawah umur yang kemungkinan besar sedang melarikan diri daripada rumah itu.

Kawan kawan aku seorang demi seorang berlalu pergi tinggalkan aku bersama dia.

” Entah. Tak tahu. ‘Call’ kawan tadi dia tak angkat…” Jawab dia perlahan. Ada air mata mengalir di pipinya. Aku tewas.

Tidak sampai rasanya hati untuk tinggalkan dia keseorangan di situ.

Akhirnya aku mengambil keputusan untuk membawa dia bersamaku. Tapi kemana…?

Aku buntu. Mana mungkin aku membawa dia pulang ke rumah.

Mengamuk pula mak dan ayah aku nanti kerana bawa anak dara orang balik ke rumah pada malam malam buta begini.

Akhirnya aku mengambil keputusan untuk membawa dia ke rumah satu satunya kakak yang aku ada di Felda Kota Gelanggi.

Agak jauh daripada bandar tersebut supaya dia dapat berehat dengan tenang.

Setibanya di rumah kakak ku, aku disoal dengan pelbagai soalan. Semuanya aku jawab hanya dengan mendiamkan diri.

Bukan niat aku untuk membisu tetapi memang aku tiada jawapan untuk setiap soalan soalannya tadi.

Aku sendiri tidak tahu kenapa aku sanggup membawa dia dengan hanya menunggang RXZ di malam hari, meredah hujan dan kabus ke rumah kakak aku.

Bukan ke hotel atau ke rumah bujang kawan kawan. Aku juga tidak tahu siapa dia, daripada mana asalnya dan kenapa dia berada di tengah tengah bandar itu sendirian.

Apa yang paling melucukan, aku sendiri tidak boleh menjawab soalan kakak kepadaku tentang siapa nama gadis itu.

” Kau ni buat perangai betul lah Man. Bawa anak orang malam malam macam ni. Nama tak tahu, anak siapa, dari mana…

Kakak tahu esok kau bawa dia keluar sebelum abang kau balik. Kau bukan tak tahu abang kau kerja apa…? Nanti dengan kau, aku dia campak dalam hotel besi…”

Omel kakakku terus masuk dalam bilik. Aku menghampiri dia. Kakakku langsung tidak menegur dia.

Tapi tak apalah asalkan kami dapat tumpang bermalam. Aku pimpin tangannya bawa ke bilik.

Aku ambil tuala yang diberikan oleh kakak ku tadi. Aku lap muka dan rambut nya yang basah.

Aku minta dia mandi untuk segarkan diri.

” Abang tak tahu kenapa adik boleh berada bersama abang malam ni. Abang juga tidak tahu dan tidak mahu tahu apa masalah adik.

Cuma abang mahu adik rehat dan tenangkan diri. Adik selamat dengan abang di sini.

Esok abang akan hantar adik ke mana sahaja adik nak pergi.”

Nyataku padanya. Aku pun tidak tahu kenapa aku boleh jadi ‘semulia’ itu pada malam tersebut.

Sedangkan aku bukanlah golongan orang yang baik. Aku seorang ‘mat rempit’ yang sering mendapat habuan tubuh wanita sebagai hadiah.

Jika minta dipilih sebatang tubuh perempuan dengan wang ringgit aku rela memilih tubuh itu.

Berbekalkan wajah yang agak menarik dan poket yang tebal memudahkan lagi aku mencari sasaran daripada seorang perempuan kepada perempuan yang lain.

Dalam masa itu terus terang aku nyatakan aku tidak pernah ‘merasa’ dara…! Mungkin belum ‘rezeki’ aku.

Malam itu aku gelisah bila memikirkan tubuh kecil molek yang sedang lena di bilik.

Aku kepanasan tidur di ruang tamu sedangkan hujan diluar tidak berhenti mencurah.

Aku bangun dan membuka pintu bilik yang tidak berkunci.

Dia lena memakai kain batik yang sedikit tersingkap menampakkan betisnya yang putih.

Aku berpaling, akal ku melarang memandangkan dia masih di bawah umur dan jika dia buat report aku akan di cas seorang pesalah.

“Kenapa…?” Tiba tiba dia bangun dan duduk dibirai katil. Aku menelan air liurku yang terasa amat pahit sekali.

“Owh abang nak pastikan adik okay” dan jangan lupa kunci pintu… Bimbang….”

“Adik okay… Abang kan ada… Apa adik nak takut…”

Dia jawab lalu kembali baring di katil sambil menarik selimut.

Allah SWT sahaja yang tahu bagaimana aku menahan nfsu yang selama ini aku gagal mengawalnya.

Aku terus menutup pintu bilik dan laju menekan lock dari dalam.

Aku berlari ke bilik air, mandi dan terus berwuduk. Aku solat Isya’…!!

Yaaa aku solat Isya’ yang pertama setelah hampir belasan tahun aku tinggalkan.

Baru aku tahu betapa letih dan lesunya jika kita berlawan dengan godaan nfsu. Alhamdulillah aku berjaya.

Azan Subuh bergema dan aku juga solat Subuh…!! Allahuakbar…. Sepanjang malam itu aku hanya duduk di sejadah. Kuasa tuhan…

Disaat aku hampir tewas berlawan dengan nfsu aku minta pertolongan dariNya dan ternyata aku tidak gagal…

Aku ketuk pintu bilik dia minta dia bersiap dan seperti aku janjikan dengan kakak sebelum kakak aku bangun.

Sebelum terbit fajar aku akan bawa dia pergi. ” Kemana…?”

Soalku padanya bila dia membisu. Pelukkan tangannya erat dipinggangku dan dapat aku rasakan kepalanya lentok di belakang ku. Mungkin masih mengantuk.

” Lena tak tidur malam tadi…?” Soalku lagi bila dia masih membisu. ” Lena… Abang…?”

Soalan apakah ini dik… Hatiku bersoal kembali. ” Tentulah lena… Hujan kan…!”

Aku tipu sedangkan mataku tidak mampu lena walau sesaat pun.

Tubuhnya yang sedang memekar itu menari nari dimataku seorang lelaki yang punyai nfsu.

” Cepat lah buat keputusan nak kemana adik oi… Sekejap lagi kita nak keluar simpang Felda.

Samada nak balik ke Jerantut semula atau ke Jengka…” Kataku perlahan. ” Saya nak buat call…” Katanya perlahan.

Aku berhentikan motor di sebuah ‘public phone’.

” Kawan adik cakap apa…?” Soalku lembut dan dia tunduk lalu menangis… Aku terdiam kaku… ” Dia tak angkat.

Malam tadi dia suruh saya tunggu dekat bas stop nanti dia ambil. Kemudian saya call dia dah tak angkat…” Jawabnya perlahan…

” Boyfriend…?” Aku cuba meneka. Dia mengangguk.

“Lari dari rumah sebab boyfriend…?” Aku meneka lagi.

“Saya keluar dengan dia tengok wayang, balik dah lewat. Abang dapat tahu saya keluar tengok wayang dia marah. Abang nak hantar saya ke sekolah budak budak jahat. Saya tak mahu. Saya takut…”

Akhirnya dia bercerita… “Allah dik… Meh sini abang nak cakap. Abang ada 3 orang adik.

Salah seorang tu sebaya dengan adik tingkatan 3. Abang mana yang nak tengok adik dia buat jahat.

Abang pun tak nak tengok adik abang jadi jahat walaupun abang sendiri jahat.

Tiap kali abang marah abang selalu cakap nak hantar ke juvana lah, nak tanam diorang hidup hidup lah.

Tapi hakikatnya abang tak buat pun. Marah tu tanda sayang dik…”

Nasihatku dan aku juga minta maaf kepadanya kerana aku telah membuka beg dia malam tadi.

Dia menangis di bahuku. Aku peluk dia kuat kuat tapi bukan bernfsu. Tiada lagi nfsu kesumat dijiwa aku untuk dia.

Aku pandang dia hanya sebagai adik walaupun sebenarnya aku tidak punyai adik.

Aku terpaksa menipu dia supaya dia faham erti kemarahan seorang abang.

“Saya nak balik Kuantan rumah mak. Tapi… Boleh ke abang hantarkan…?”

Akhirnya dia bersuara setelah hampir sejam membisu dan aku menanti dengan sabar dia membuat keputusan.

Kuantan…? Allah jauhnya. Bukan aku tidak mahu menghantarnya. Aku bimbang aku akan hilang pekerjaan memandangkan sudah beberapa hari aku sudah ponteng kerja termasuklah hari itu.

“Jauh tu dik… Apa kata abang cari tiket bas, abang temankan adik sampai bas datang sehingga bas itu bergerak…”

Aku memujuk lagi. Dia mengangguk dan aku bersyukur. Aku hulurkan sejumlah duit untuk bekalan dia di sepanjang perjalanan.

Selepas bas bergerak tinggalkan Bandar Jengka. Aku pun bergerak pulang ke Jerantut.

Itu cerita 23 tahun lalu. Yaaa cerita ini agak lama berlaku.

Aku juga sudah insaf dan bertaubat tetapi ia tidak pernah padam daripada ingatanku.

Sebenarnya tiada niat untuk aku membangkitkan cerita lama.

Cuma baru baru ini aku terbaca artikel seseorang yang mempertikaikan tentang penjahat dan sasaran.

Siapa yang bersalah…? Penjahat ataupun sasaran. Terus terang aku nyatakan disini.

Pada malam tersebut jika aku inginkan, boleh sahaja aku memaksa atau mengambil kesempatan diatas kenaifan dia.

Waktu itu dia sangat tidak berdaya kerana di dalam poketnya hanya ada beberapa keping note 1 ringgit sahaja.

Lelaki yang diharapkan untuk menjemputnya langsung tidak menunjukkan muka.

Dia hanya ada aku. Tapi kenapa aku masih mampu bertahan kerana aku masih waras…!!

Tik Tok, Filter camera, Selfie atau apa sahaja gaya hidup kita di media sosial sebenarnya tidak ada kena mengena dengan issue benda tak senonoh…!!

Ada jer yang berselfie menggunakan filter itu tertutup auratnya…

Ada jer yang bermain Tik Tok itu datangnya daripada golongan yang sudah ‘senja’.

Tapi aku tidak lah bersetuju jika anak anak aku beraksi seperti itu di media sosial kerana agak kurang manis akhlaknya.

Setakat selfie menggunakan filter masih aku boleh terima kerana semua orang ingin kelihatan cantik dan menarik.

Jangan sesekali menyalahkan sasaran apabila berlakunya kes ak senonoh kerana kita tidak berada di tempatnya.

Kita tidak tahu betapa ‘struggle’ nya dia melawan si penjahat.

Kita tidak tahu bagaimana cara dia mengatasi traumanya kerana telah menjadi sasaran penjahat.

Ianya adalah salah daripada si penjahat itu sendiri. Gagal menahan nfsu…!! Gagal menggenggam Iman…!!

Iman dan kewarasan kita, kita sendiri yang pegang.

Bukan mereka yang berpakaian hot, bukan mereka yang menggunakan filter ketika berselfi dan bukan juga mereka yang bermain dengan aplikasi tik tok.

Sebenarnya ia datangnya daripada hati. Ramai jer kita lihat orang yang tidak menutup aurat khususnya yang bukan Islam terselamat daripada menjadi sasaran penjahat

Cuba fikirkan sejenak, jika berlakunya kejadian tak senonoh di mana sasaranya adalah terdiri daripada wanita yang menutup aurat, nenek tua, warga kurang upaya, kanak kanak kecil dan bayi bayi baru lahir.

Adakah mereka yang bersalah membenarkan diri mereka diperlakukan seperti itu…?

Iman…!! Tanyalah hati, peganglah Iman. Semuanya bermula daripada situ. Hanya kewarasan dan iman yang bezakan kita dengan binatang.

Tanpa iman dan akal yang waras kita sama dengan binatang yang sering kelihatan mengejar sasaran hanya untuk melepaskan sepancut nfsu kemudian tinggalkan dia bersama benih tanpa rela.

Aku tidak pandai bermain dengan hadis seperti beliau. Aku bercerita melalui pengalaman.

Itu pengalaman aku. Setelah aku di datangi oleh tetamu satu malam itu, aku sedar bahawa aku boleh mengawal nfsu. Selepas hari itu sehinggalah ke hari ini…

Alhamdulillah tiada lagi perempuan yang aku tiduri.

Aku lebih mendekatkan diri dengan Allah… Bukan kerana melihat sebatang tubuh kita berkehendakkan benda tak senonoh…

Bukan…!! Ianya boleh dikawal dengan iman dan akal kerana kita bukannya binatang yang bernafsu buas…

Reaksi warganet

Noorsha Adam – 23 tahun lepas, maknanya berlaku pada tahun 1997. ‘adik’ tu sebaya dengan saya.

Memang zaman tu dah macam trend remaja lari rumah. Tahniah confessor kerana dapat mengatasi situasi dengan baik waktu tu.

Puan Zuera – Cerita yang menarik, banyak pengajaran. Asbab dia, encik berubah menjadi lebih baik.

Terima kasih menjaga dia, melawan nfsu encik pada malam itu.

Encik memang seorang lelaki yang gagah, kerana berjaya melawan nalfsu sendiri. Semoga sentiasa dilindungi Allah.

Aslina Majid – Penjahat tu sendiri kalau dia nak buat benda jahat, ada ada pilihan. Nak buat atau tak.

Mana boleh salahkan sasaran. sasaran pun tak tahu dia akan jadi sasaran. Apa dia boleh buat, kurangkan risiko.

Tapi macam dalam confession ni, celah mana budak tu nak kurangkan risiko?

Kalau dia tau nak jadi macam tu, awal awal lagi dia takkan lari dari rumah. Itupun kalau dia tahu.

Tapi apa tindakan dia sebelum tu, dah pun dia lalui. Kenapa nak pertikaikan benda yang dah lepas?

Kira confessor ni bagus la sebab dia fikir situasi diri dia waktu tu. Dia ada pilihan.

Dan dia buat pilihan terbaik dengan solat. Sapa la kita nak judge benda dah lepas.

Bukan boleh ulang balik ke masa tu pun untuk buat pilihan lain.

Zul Iman Ismail – Zaman zaman sebelum ada handphone yang ada internet ni memang selalu trjadi situasi KL Menjerit ni.

Saya pun pernah ada pengalaman tu. Tak memasal tengah malam hantar remaja pompuan balik rumah kakak dia masa terjumpa dia jalan sorang sorang tengah malam sebab BF tinggalkan dia tepi jalan yang sunyi.

Nak suruh dia tumpang rumah saya memang tak lah sebab saya pun masa tu tinggal dengan orang tua.

Saya lagi takut tak sempat jawab penyapu terbang dulu hinggap kat kepala huhu.

Banyak jugak la pengalaman peristiwa KL Menjerit time tu..

Iema Batli – DUlu ada kes tak senonoh dalam bas, kalau ada yang masih ingat. Seorang perempuan baru balik dari kerja.

Tunang si wanita tunggu tunang dia di bus stop. Tapi bus yang patot nya berhenti dekat bus stop tak berenti.

At the end jumpa bus tu dekat tepi jalan dengan wanita tersebut dah takk hidup dan diperlakukan benda tak senonoh.

Tapi pakaian wanita tersebut tutup aurat. Pakai tudung. Si pelaku which is pemandu bas bila di siasat ada amalan syiirik.

So nak salah kan siapa dalam kes ni ??. Pemandu bas tu atau perempuan tu…?

Penjahat adalah pilihan. Kita diberi akal untuk pikir mana baik mana buruk.

Kalau nak kata sebab pakaian hot penyumbang benda tak senonoh itu rasa tak sesuai kot.

Sebab manusia diberi akal yang boleh beza baik dan buruk. Tu je yang membezakan manusia dengan haiwan.

Sumber : Man (Bukan nama sebenar) /  IIUMC..

Kredit Penulisan : Cik Puan Ammy

Keluarga

Umur 21 Dah Kahwln, Giliran Madu Muda Pula Dedh Kisah Sebenar

Published

on

By

2, 3 hari ini kecoh di media sosial foto-foto pernik4han seorang lelaki yang dikenali sebagai Khubaib Ramli sambil diiringi isteri pertamanya, Puan Syiela. Posting berkenaan mendapat perhatian ramai kerana bukan senang untuk melihat seorang wanita membuka hati untuk menerima kehadiran insan baru bergelar m4du.

Giliran isteri ‘muda’ buka mulut, maafkan semua netizen yang pernah berkata bvruk

Menerusi satu perkongsian di laman Facebook, giliran Ain Soleh selaku isteri muda kepada lelaki tersebut, wanita itu akhirnya mengulas tentang perkahwinan viral tersebut. Selain memohon maaf tentang video TikTok yang turut tular, dia turut memaafkan semua netizen yang telah berkata bvruk tentangnya.

“Assalamualaikum, Memandangkan sekarang tengah hangat isu viral perkahwinan saya, di sini saya nak kongsi cerita bagaimana saya boleh berkenalan dengan suami saya. Sebelum itu saya ingin memohon maaf kepada semua tentang video tiktok saya yang mendapat kecaman ramai org.  Saya juga telah memaafkan semua kata² yg telah dilontarkan kepada saya dengan ikhlas hati 

Awalnya nak mencari kerja tapi tak sampai seminggu sudah dipinang jadi isteri muda Wanita yang baru sahaja berusia 21 tahun tersebut juga berkongsi kisahnya saat dipinang lelaki berkenaan. Menurutnya pada awal Februari lalu, dia telah menghadiri temuduga dan diterima bekerja di syarikat milik Khubaib. Tak sampai seminggu berkhidmat di tempat itu, dia telah dipelawa untuk diperisterikan sebagai isteri muda.

Begini ceritanya

1/2/2020 – saya pergi interview di syarikat suami saya. Petang tersebut saya mendapat tawaran utk bekerja disitu

2/2/2020- saya mula bekerja di syarikat suami saya.

6/2/2020- suami saya menyampaikan hasratnya/ melamar saya, dalam masa yg sama dia memberi tahu yang dia memang sedang mencari isteri lagi. Katanya isteri nya memberi kebenaran untuk tambah lagi. “beri saya masa utuk berfikir” itu shja balasan saya

Awalnya t0lak pelawaan, lama-lama terbuka hati

Nurul Ain pada mulanya ingin men0lak pelawaan tersebut dan berhenti kerja. Namun hari demi hari, hatinya makin terbuka untuk menerima lelaki berkenaan.

Tambahnya lagi, dia juga perlu seorang pemimpin untuk membimbingnya. Walaupun mendapat kec4man ramai, tapi dia lebih yakin pada j0doh pertemuan itu di tangan Allah.

“Hari bertambah hari. En suami teruskan usahanya untuk dapatkan saya. Pada awal² nya saya tidak mahu menerima lamaran tersebut, saya ingin berhenti kerja..Tetapi hari semakin hari Allah membuka hati saya untuk menerima. Dalam masa yg sama saya cuma berfikir,

“Saya sebagai seorang permpuan perlukan seorang pemimpin yg boleh membimbing saya ke syurga Allah. Kerana akhirat la hujung kehidupan kita . Mak & ayah sangat support keputusan saya

“20/2/2020- saya menerima lamaran tersebut & en suami terus memberi tarikh² yang sesuai utk bertunang, Saya bertunang pada 15/3/2020

“Alhamdulillah majlis berjalan dengan sangat lancar. Pada 20/9/2020. Saya telah sah menjadi isterinyaa. Saya yakin jodoh & pertemuan semuanya hak Allah

Madu Calon Ke 8

Bagi kebanyakan wanita bukan mudah menerima hakikat dirinya dimadukan dan terpaksa berkongsi kasih apatah lagi untuk membuat persiapan majlis perkahwinan baharu suami.

Namun, guru sains di Maktab Mahmud Padang Terap, Rosyilah Abd Rashid, 42, bukan sahaja membuat persiapan majlis perkahwinan malah menemani suaminya, Khubaib Ramli, 36, semasa majlis akad nikah ketiga di Masjid Kampung Kubang Palas, Ahad lalu.

Perkongsian Rosyilah mengenai persiapan majlis perkahwinan suami bersama isteri baharunya, Nurul Ain Md Soleh, 21, dan gambar bersama mereka bertiga yang dimuat naik sendiri olehnya tular di media sosial sehingga mendapat pelbagai reaksi netizen.

Rosyilah berkata, dia turut menjadi tulang belakang dengan membuat persiapan perkahwinan termasuklah menyarungkan cincin tunang ke jari Nurul Ain sehinggalah majlis persandingan suaminya yang juga merupakan pengetua sekolah agama di Padang Terap.

Menurutnya, dia tidak pernah menghalang suaminya berpoligami sama ada dengan anak dara atau pun janda, malah dia sendiri membantu mencari calon isteri lain buat suami.

Katanya, madunya itu adalah calon kelapan buat suaminya sebagai isteri selepas gagal dalam pencarian sebelum ini.

“Saya tidak halang suami untuk berpoligami lagi sebab suami hajat untuk berpoligami selepas kami berkahwin.

“Sebelum ini ada tujuh calon, namun mereka semua menolak disebabkan oleh tidak setuju dengan poligami ini,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya di Jalan Padang Sanai, Kuala Nerang di sini hari ini.

Sumber : Syiela Rashid / Ain Soleh / Kisah Dunia

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Continue Reading

Keluarga

Tak Sangka Itu Lambaian Terakhir. B4yi Mninggal Dvnia Di Rumah Pengasuh, Ibu Luah Rasa Sayu

Published

on

By

Rezeki, jodoh, aj4l dan m4ut sesungguhnya sudah ditetapkan Allah SWT.

Kita sebagai hamba-Nya haruslah menerima ujian dengan hati yang ikhlas dan redha.

Seperti perkongsian wanita ini, anaknya yang baru berusia enam bulan mninggal dunia dipercayai tersed4k susu ketika berada di rumah pengasuh.

Wanita ini menceritakan kenangan terakhir bersama anak syurganya, Aleefa.

Puteri syurga, Aleefa

Assalamualaikum wbt

Dengan berat hati dan secara terbuka dengan ini saya ingin memperkenalkan puteri syurga saya Aleefa (kind, compassion, friendly).

Pilihan nama diberi bersempena dengan huruf pertama dalam jawi dan al Quran “alif”. Dil4hirkan pada 12.03.2020 Khamis di labour room bilik 14, PPUM dengan berat 2.675kg pada jam 5.28 sebelum subuh.

Kesakitan contr4ction dialami sejak Isnin 09.03.2020 petang dan semakin sakit pada malam Rabu 11.03.2020 dan start admitted.

Disebabkan dengupan jantvng baby agak berisiko maka doktor decided untuk pecahkan air ketuban pada pukul 12 tengah malam.

Dil4hirkan secara normal namun di dalam keadaan ibu yang sangat penat sebab dah lama menahan sakit.

Betul kata orang bersalin tu tak sakit cuma waktu jahit tu je yang teramat sakit. Saat diberikan b4yi pada kali pertama,

hati ini mengucap syukur atas nikmat sakit itu dengan diberikan hadiah tak ternilai itu.

Hari pertama dil4hirkan dengan keadaan yang sihat baby dan ibu tanpa ada kuning untuk baby. Namun ibu terpaksa ditahan diwad sebab BP naik sewaktu di dlm labour room.

Ditambah pulak dengan ibu punyai rujukan pakar PSY. Kali pertama cubaan beri susu ibu.

Bagusnya baby pandai sangat hisap tapi susu belum keluar sepenuhnya.

Dia bangun awal tapi duduk diam je

Malam pertama, nurse ambik semua baby untuk dijaga dan ibu dapat rehat sepenuhnya.

Bila masuk hari kedua, aku rasa separuh badan aku ke bawah macam sakit sangat.

Tapi kuatkan kudrat jugak. Hari kedua susu ibu langsung tak ada. Baby hisap kerap tapi tetap tak ada.

Bila malam nak tido aku terpaksa panggil nurse untuk topup susu formula.

Sebab susu ibu tak ada so kuning dia pun tiba-tiba naik mendadak.

Hari ketiga sebelum subuh baby dia diam je walaupun mata besar sangat.

Ibu dah lepas balik tapi anak kena masuk wad. Alhamdulillah satu malam je kena tahan dah boleh balik.

Aleefa anak yang paling mudah jaga. Men4ngis pun jarang dan tak kuat.

Senantiasa bangun pagi dengan senyuman yang manis.

Tidur malam lena tanpa jaga (kadang-kadang je bangun sekali dua nak susu).

Dia dah mula merangkak dua tiga tapak. Pada pagi akhir, dia bangun awal tapi duduk diam je dalam bed dia.

Diangkat pindah ke tilam depan dengan senyuman manis. Sebab pagi tu sejuk. Dibalut dengan kain tuala.

T4kut lapar, aku buatkan susu sambil pegang dia. Tapi dia minum setegok dua je. Lebih excited dengan apa yang ada depan mata dia.

Ditukarkan pampers, dicibuk kan penuh dengan ketawa dan senyuman. Dipakaikan pampers dan baju juga tak putus dengan gelak tawa.

Abg datang bergurau mengacah adik terkekek gelak.

Sempat pandang, senyum pada ibu

Saat menghantar di muka pintu, saat aku melambai sebelum dia berlalu pergi. Dia sempat pandang dan senyum pada ibunya.

Dan tak sangka itu lambaian ku yang terakhir. Anak saya mninggal secara pengesahan doktor adalah pada 11.09.2020 Jumaat jam 2.15 petang mengikut masa tiba di h0spital namun

atas kertas siasat doktor tertulis anak telah mninggal di rumah pengasuh. Setakat apa yang kami tahu anak mninggal akibat tersedak susu di rumah pengasuh.

Namun masih menunggu keputusan post mortem paling awal 2 bulan.

Kami sekeluarga termasuk keluarga mentua tidak sama sekali menyalahkan mana mana pihak.

Kami terima ujian ini dengan hati yang redha dan ikhlaskan semua ini. Berlari rianglah puteri syurgaku, ditimang-timang berebut timang dengan Wan Saad, Embang Lanang,

Embah Wedok dan daddy Nanang. Tunggulah papa dan abi mu di pintu syurga nanti sayangku.

Ibumu ini mengikhlaskan kesemua kesakitan meng4ndungkan kamu, mel4hirkanmu dan setiap air susu yang mengalir buatmu puteri syurgaku.

“Isteri yang kemat1an suami dipanggil balu, anak yang kemat1an ibu bapanya dipanggil anak y4tim pi4tu,

ibu bapa yang kehilangan anak dipanggil…. Tiada perkataan yg mampu diungkapkan sebab ia nya terlalu p3rit”. Salah satu dialog drama Black versi Korea.

Jas4dmu di dunia 12.03.2020 – 12.09.2020.
Aleefa Mohamad Afnan

Sumber : Noraziah Ramli / Ohbulan

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Continue Reading

Keluarga

Kebahagian Aku Diragut Permpuan Muda, Terkejut aku Tgk Prmpuan tu mcm Buncit, Rupanya ini yg Berlaku

Published

on

By

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Kisah sedikit panjang. Keseluruhan pembacaan 5min.

Saya wanita berumur pertengahan 30-an, sudah berkahwin lebih kurang lima tahun dan mempunyai dua orang anak. Saya kahwin agak lewat.

Suami saya muda 3 tahun daripada saya. Kami tak bercinta sebelum kahwin.

Saya memilih dia kerana kesungguhan dia untuk memiliki saya selain daripada sebab-sebab wajib yang lain seperti solat, family dan pekerjaan tetap walau tahap SPM (dia ada degree).

Saya banyak buat hal sebenarnya sebelum kahwin. Yelah, sebab hati tak betul-betul suka kan. Salah sikit saja saya minta putus.

Dia buat saya terasa, saya terus bergegas nak balik, hingga dia kemalangan terlanggar lori lepas kami berjumpa.

Katanya (lepas tu) sebab dia tak boleh fokus memandu sebab risau saya marahkan dia.

Saya ignore semua message dia hingga dia terpaksa telefon ayah saya, bagitahu yang kami ada masalah.

Ayah saya yang pujuk saya, untuk terima dia semula sebab ayah saya kata dia macam nak menangis ketika cerita pasal saya tak hiraukan dia walaupun ketika dia sent gambar dia kemalangan.

Suami saya bukanlah citarasa saya dari segi fizikal. Badannya besar, tinggi. Selalu cakap nak diet, tapi susah sebab dia suka makan.

Kulit sawo matang, kulit biasa lelaki melayu tapi manis tu tetap ada. Suka pakai kain pelekat dan baju melayu ke mana-mana.

Sebab dressing dia macam orang tua, selalu orang sangka yang saya lebih muda daripada dia. Saya ceritakan semua ni ada sebabnya.

Dua tahun lepas, berlaku hal yang tak disangka dalam rumah tangga kami.

Ketika saya berada di rumah keluarga suami, ibu bapa mertua menyebut yang sebelum suami saya berkahwin dengan saya, suami pernah nak dijodohkan dengan anak sepupu suami.

Masa tu suami saya baru frust, kira dia setuju je. Lepas suami jumpa saya, dia berubah fikiran dan rancangan tu batal macam tu je.

Tapi selepas anak saudara mak mertua saya jatuh sakit (terminal illness), dia menuntut janji tu semula.

Katanya nak ada orang yang jaga anak dia lepas dia meninggal.

Perempuan tersebut, sepupu suami tu saya namakan dia Yuna. Yuna ni anak perempuan tunggal dan bongsu. 3 orang abang dia dah berkahwin dan duduk jauh.

Mak si Yuna dah meninggal lama juga, sejak Yuna sekolah rendah. Bapak Yuna ni anak saudara mak mertua saya.

Mertua saya ni anak bongsu. Anak saudara dia tu anak sulung kakak dia yang sulung.

Salasilah tu berbelit sikit tapi boleh dikatakan keluarga jauh juga.

Suami saya kata, sejak dah besar, diorang jarang jumpa. Kecil-kecil dulu selalu juga. Keluarga mertua tak paksa, lagi-lagi kalau saya tak boleh terima poligami.

Tapi mereka cadangkan kami sama-sama pergi negeri jiran untuk melawat bapak si Yuna yang sakit ni. 2 jam perjalanan je.

Waktu tu saya sebenarnya tak tahu nak rasa apa. Dalam hati saya, saya confident yang suami terlalu sayangkan saya dan anak2.

Dia tak kan buat apa-apa keputusan yang membelakangi saya.

Suami saya ni suka bergurau dan bercakap. Apa-apa yang jadi kat tempat kerja pun dia cerita. Nak buat apa-apa pun dia akan cakap.

So takkan keputusan sebesar ni dia nak buat sorang-sorang kan.

Dalam rumah tangga kami, saya yang selalu lebih matang daripada suami. Dia pun selalu cakap, dia banyak belajar daripada saya.

Masa jumpa keluarga si Yuna ni kali pertama, memang langsung takde sebut pasal kahwin.

Cuma saya perasan bapak Yuna ni macam hint sesuatu bila dia kata takut Yuna ni tinggal sorang-sorang lepas dia takde.

Yuna ni muka budak-budak dan badan dia kecil, nampak macam baru sekolah menengah padahal sedang belajar di IPT.

Tengok dia berborak dengan suami pun nampak macam abang adik. Takde gedik-gedik cover ayu semua tu.

Suami saya siap usik dia pasal boyfriend lagi. Dia panggil suami saya abang. Beza dorang dalam 9 tahun.

Panjang sangat nak cerita. Tapi cut the story short, lepas jumpa family Yuna, saya yang minta suami saya untuk terima Yuna.

Mungkin kerana saya kesian tengok ayah Yuna yang terlantar masa tu.

Saya takut kalau saya menghalang, apa-apa jadi nanti family suami akan blame saya.

Lagipun suami saya dah terlanjur berjanji kan. Dia mungkir pun sebab saya.

Selain daripada tu, jauh di sudut hati saya rasa suami saya dan Yuna memang tak ada apa-apa perasaan pun.

Yuna tu muda, lincah, pakaian trend ala-ala K-pop yang tutup aurat tu. Mesti dia nak lelaki yang sebaya. Yang handsome, ala-ala K-Pop ke. Bukan macam suami saya.

Med Soc pun tak ada, game tak main, shopping mall tak suka pergi. Kalau berjalan pun untuk cari tempat makan je biasanya.

Saya dapat rasa dia setuju pun untuk puaskan hati ayah dia je. Memang saya nampak Yuna ni manja sangat dengan ayah dia masa saya datang hari tu.

Masa akad nikah, saya ada di situ menyaksikan pernikahan mereka yang boleh tahan meriah.

Malam tu suami tidur di bilik dengan saya. Rumah family Yuna rumah kampung, ada banyak bilik. Saya diberi bilik sendiri untuk saya dan anak-anak.

Menurut suami, lepas ni tak akan ada apa yang berubah. Yuna tetap akan tinggal di rumah dengan ayah dia sebab dia masih belajar dan ayah dia sakit.

Dia ulang alik rumah ke IPT. Suami saya tetap akan tinggal dengan saya macam biasa.

Tiada giliran. Saya pernah dengar family suami sebut macam nikah gantung.

Kira suami tak wajib lagi bagi nafkah sebab masih tak tinggal bersama dan isteri tak wajib menjalankan tanggungjawab sebagai isteri sebab masih belajar.

Di waktu cuti sekolah, kami sekeluarga termasuk anak-anak akan ke rumah family Yuna. Saya suka je balik sana sebab suasana kampung.

Anak-anak suka kejar ayam, kambing, panjat pokok. Kadang-kadang musim buah ayah Yuna akan telefon ajak makan buah.

Ada juga balik bila ada kenduri family belah suami. Saudara suami saya ni banyak yang duduk satu negeri dan dekat-dekat je.

Suami saya pun bila berborak dengan Yuna, tak pernah lagi diorang borak berdua. Mesti akan libatkan saya sekali walaupun saya lebih banyak mendengar je.

Suami saya dengan Yuna ni dua-dua jenis rajin bercakap, so kalau berborak tu kecoh rasanya. Yuna pun suka layan anak-anak saya.

Suka bawa berjalan, belikan macam–macam. Dalam fikiran saya, bermadu tu tak la seteruk mana.

Oh ya, selain family suami, takde orang lain yang tahu tentang perkahwinan baru suami ni.

Kalau saya balik rumah family Yuna, saya akan sebut balik kampung belah suami.

Mak ayah mertua saya duduk di bandar dan masih bekerja. Kalau balik kampung biasanya mereka akan balik ke rumah kakak sulung mak (kira nenek Yuna)

So sekarang rumah family Yuna yang dah jadi kampung baru suami saya. Dan Yuna pun bila suami ada dia akan pakai tudung, berlengan panjang macam ada orang asing dalam rumah.

Bila lepas solat sama-sama pun Yuna tak akan salam tangan suami saya.

Semua nampak ok sehinggalah ketika saya balik ke rumah family Yuna, saya perasan perubahan bentuk badan Yuna. Nampak lebih tembam.

Pakai baju pun yang kembang-kembang. Mulanya saya tak syak apa-apa hingga ketika saya nampak Yuna baring dalam bilik.

Anak saya buka pintu luas-luas sebab nak masuk masa tu. Ya, nampak bentuk perut Yuna. Kalau orang boncit pun, bila baring perut akan leper.

Tapi perut Yuna tak leper walau baby bump tu Nampak tak besar mana. Waktu tu saya dah syak dia mengandung.

Bodohnya saya ketika itu, seketika saya ingatkan yang Yuna tu mengandung anak luar nikah.

Saya seolah lupa yang Yuna adalah isteri suami saya yang sah. Saya tak tahu bila mereka bersama. Saya sangat pasti suami tak pernah balik ke sana sendiri tanpa saya.

Mungkin ketika tidur di bilik saya, malam-malam dia menyelinap masuk ke bilik Yuna. Dan Yuna membenarkannya.

Ketika ni saya tiba-tiba rasa sangat marah. Saya rasa diketepikan. Macam suami buat benda salah senyap-senyap belakang saya.

Ketika orang lain berada di luar rumah, saya menyelinap masuk ke bilik Yuna.

Saya jumpa buku pink. Tertera nama suami saya di situ. Yuna mengandung dah 29 minggu ketika tu.

Yelah, badan dia kecil kan, lagi kelahiran anak pertama, sebab tu tak ketara sangat.

Saya diamkan perkara ni. Saya nak tengok sampai bila suami saya nak berahsia.

Dan selepas itu, bermulalah ujian hidup berpoligami yang sebenar bagi saya. Suami masih lagi seperti dulu.

Dari zahirnya nampak tiada apa yang berubah. Masih lagi ringan tangan membantu saya di rumah, rajin melayan anak-anak. Masih lagi menjadi imam solat saya.

Tapi saya yang berubah. Saya tak boleh tengok dia pegang handphone di rumah, saya akan rasa seolah-olah dia sedang message dengan Yuna.

Tak boleh nampak dia senyum, saya akan terbayang seolah-olah dia sedang angau tentang Yuna.

Malah ketika bersama pun saya masih rasa dikhianati terbayang saat dia bersama dengan Yuna.

Ketika Yuna voicecall dengan anak-anak saya, saya rasa benci sangat tengok muka dia.

Saya anggap Yuna macam adik, tapi Yuna dah tikam saya daripada belakang. Entahlah.

Kami masing-masing tak pernah berbincang pasal ni. Mungkin hanya saya yang rasa mereka tak pernah ada perasaan.

Mungkin saya sendiri yang terlalu yakin dengan kasih sayang suami pada saya.

Setiap kali ketika nak pujuk saya, suami akan sebut macam mana susah dia nak dapatkan saya dulu.

Mungkin saya terlalu memandang rendah pada suami saya sehingga saya rasa tak mungkin ada perempuan lain yang nak kan suami saya.

Saya terlupa kuasa sweet talker seorang lelaki.

Saya pernah baca whatsApp suami dengan Yuna.

Ayat-ayat biasa je, macam ‘ayah panggil balik’ atau ‘minta doakan nak exam.’

Tapi di sebalik tu saya tak tahu la. Mungkin mereka prefer by call.

Mungkin suami saya dah padam msg2 sweet yg lain. Hati saya sakit sangat. Api cemburu dalam dada ni macam nak pecah dibuatnya.

Terbayang apa yang tak boleh dengan saya, mesti ok dengan Yuna. Contoh suami saya suka masuk racing amatur.

Sebelum kahwin dia aktif dengan group kereta. Tapi lepas kahwin, dia slowdown buat semua tu.

Saya memang tak menghalang, tapi tak juga menyokong. Kalau dia ajak ikut geng kereta dia, jarang saya nak ikut.

Saya jenis introvert. Dan sebab saya tak ikut dia tak akan pergi.

Dia selalu cakap dia tak boleh jauh dengan saya dan anak2.

Sama juga kadang2 bila ada cuti sehari je, suami suka ajak jalan tempat yang jauh2 untuk cari makan.

Saya malas nak jalan jauh2 semata-mata nak makan. Saya bukan suka makan tempat2 viral sangat ni sebab bagi saya selalunya hype je lebih.

Tapi Yuna muda, jenis extrovert, lincah. Mesti Yuna boleh ikut rentak dia.

Mungkin dia rasa dia boleh dapat penghormatan yang lebih sebagai seorang suami dengan Yuna yang lebih muda daripada dia berbanding saya.

Panjang sangat dah saya menulis ni. Tapi sebab saya malas nak sambung2 lagi, saya pendekkan je.

Sekarang Yuna sedang dalam pantang. Akhirnya suami dapat anak perempuan yang dia nak sangat.

Suami saya berterus terang yang Yuna mengandung bila dia nak balik negeri family Yuna sebab Yuna nak bersalin.

Waktu tu dia nampak kalut sangat kemas-kemas barang, so saya pun tak bertanya apa-apa.

Dia pun macam tak kesahkan perasaan saya masa tu, excited nak sambut baby baru agaknya. Sejak PKP ni, suami saya dah tak kerja. Retrenchment.

Dia kerja sendiri dengan kemahiran yang dia ada. Sekarang dia ada banyak masa lapang berbanding saya yang susah dapat cuti ni.

Hampir setiap minggu dia akan berulang alik ke rumah family Yuna walau tanpa saya.

Saya pernah ikut sekali je. Pertama kali saya rasa diketepikan bila suami saya dan Yuna sama-sama bercakap pasal anak mereka.

Dan pertama kali saya dan anak-anak tidur sendiri bila suami tidur di bilik Yuna. Saya cuba rasionalkan diri yang saya tak patut cemburu.

Yelah dulu waktu saya pantang, suami juga sanggup ulang alik rumah mak saya dan tempat kerja dia setiap hari.

Bukan dekat, lebih sejam sehala. Tapi sekarang dia jumpa baby baru dia hanya di hujung minggu je.

Tapi saya bukan robot. Perasaan cemburu yang datang bukan ada butang on off. Saya sendiri terseksa dengan rasa ni, tapi apa yang saya boleh buat?

Dulu saya selalu bayangkan, bila ayah Yuna meninggal, hubungan mereka akan berakhir.

Tapi kini nampaknya ayah Yuna makin sihat dan seronok dengan baby baru.

Suami saya pula tak mungkin akan membiarkan zuriatnya tak berbapa.

Saya bukan jahat sangat doakan orang cepat mati, tapi kalau tengok keadaan ayah dia masa saya melawat dulu, memang nampak macam tu.

Dulu Yuna umpama menumpang kasih, kini berkongsi.

Di masa akan datang? Mungkin saya yang akan undur diri.

Bukan mudah untuk saya membayangkan hidup tanpa suami sebab selama ni hidup saya segala-galanya berlegar tentang dia.

Anak2 pun rapat dengan dia. Tapi api cemburu ini makin hari makin memakan diri saya.

Terus terang saya katakan, dari segi nafkah, suami tak mampu berpoligami. Apatah lagi dengan pendapatannya yang tak tetap sekarang ni.

Sebelum ni saya tak kisah berkongsi perbelanjaan sebab saya tahu suami bukannya culas dengan sengaja.

Tapi buat masa sekarang, hati saya sakit bila saya yang perlu berbelanja itu ini. Saya jadi mengungkit dan berkira, tapi lebih banyak saya simpan sendiri.

Cuma kadang-kala saya menyindir yang ‘sekarang kena jimat’ or ‘duit saya cepat habis.’ Lama-lama hati saya yang parah dan saya jadi kurang layan suami.

Suami juga tidak lagi rajin bercerita macam dulu Mungkin semua cerita2 dia dah kongsi dengan Yuna.

Dia masih lagi menjawab bila saya bertanya. Masih lagi membantu saya dengan kerja rumah dan anak2, tapi entahlah. Segalanya rasa tak sama macam dulu.

Apa yang patut saya buat? Bagaimana nak didik hati untuk redha dengan semua ini?

Dan jika sampai bila2 saya masih tak dapat terima semua ni, apakah perlu saya berpisah dengan suami?

Atau saya yang perlu meminta Yuna undur diri.

Part ii Baca Sini KLIK SINI

Sumber : Aisyu (Bukan nama sebenar) / iium

Continue Reading

Trending