“Anda akan bertunang…” ada makna ke tu? Puteri Sarah tersipu malu dapat jawapan ini

Kewujudan pelbagai jenis filter yang direka membuatkan ramai teruja untuk mencuba dan kadang kala jawapan ia seperti ada makna pula.

Sama macam aktres Puteri Sarah Liyana yang mencuba filter ramalan 2024 baru-baru ini di mana ia kononnya meramal apa yang bakal berlaku terhadap seseorang pada tahun depan.

Mengejutkan dan seolah-olah memahami situasi, jawapan filter tersebut terhadap Puteri Sarah adalah ramalan bahawa aktres tersebut akan bertunang.

Pelakon itu sendiri malah terkejut dan tersenyum malu dengan jawapan filter ramalan tersebut terhadapnya.

Ini memang tidak disangkakan.

sarah

Baru-baru ini, ibu kepada dua anak itu menjadi bualan hangat di media sosial selepas dilihat kerap membuat live bersama aktor Indonesia, Andi Asyril.

Malah sebelum ini tular Puteri Sarah berbual di telefon bersama seseorang dan ia membuatkan ramai teruja kerana dia didengari bercakap dalam bahasa Indonesia dan menyebut perkataan ‘sayang’.

Ikut kamu ajalah sayang.

sarah

Ramai peminat merestui kedua-dua selebriti tersebut dan rata-ratanya teruja untuk menantikan mereka membawa hubungan ke peringkat seterusnya.

Bagaimanapun, Puteri Sarah menafikan dia dan Andi mempunyai hubungan cinta sebaliknya berkawan sebagai business partner sahaja.

Sumber : beautifilnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *