Bekas penyanyi Mizz Nina mengumumkan berita gembira di mana dia telah selamat bergelar isteri kepada pilihan hatinya dikenali sebagai Essam Muhammad.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Mizz Nina tak memberitahu secara jelas bila nikah tarikh berlangsung, hanya menyatakan ianya berlaku sekitar suku kedua tahun 2023.
Mizz Nina sah berkahwin secara tertutup

The video is not available or it’s processing – Please check back later.
Tambahnya lagi, pernikahan dilakukan secara tertutup hanya dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekat. Majlis persandingan pula akan diadakan di Kuala Lumpur tidak lama lagi.
Dengan restu kedua-dua belah pihak, dia dan suami akhirnya disatukan di mana mereka berkongsi matlamat dan aspirasi yang sama dalam hidup iaitu mencari keredhaan Allah. Alhamdulilah, tahniah Mizz Nina!
Terdahulu, Mizz Nina dan penyanyi Noh Salleh mengumumkan sudah bercerai talak satu pada Ogos 2022 selepas 11 tahun mendirikan rumah tangga.
Untuk perkahwinan itu, mereka tidak dikurniakan cahaya mata namun menjadikan seorang bayi lelaki dikenali sebagai Musa sebagai anak angkat.
Sumber : ohmymedia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.