Pernah sama-sama membintangi sebuah kisah Juvana menyebabkan ramai kagum melihatkan persahabatan antara pelakon hebat kini, Sharnaaz Ahmad dan Shukri Yahaya yang mana kedua-duanya bukanlah anak seni yang calang-calang lagi dalam industri lakonan tanah air.
Malah sebelum ini gelagat sahabat selebriti ini sering mengundang tawa buat ramai dan nampaknya terbaharu mereka buat hal lagi yang lalunya menghiburkan warganet dengan gelagat ‘mengamuk’ mereka pula di aplikasi TikTok.
Selepas Shukri Yahaya dilihat mengamuk dalam video tersebut, Sharnaaz Ahmad pula dikatakan mengamuk dengan bertumbuk. Gurauan pelakon-pelakon ini bagaimanapun menggamit memori buat penonton kisah Juvana.
Dalam pada itu, menerusi rakaman kedua mereka ini pula warganet terhibur melihatkan Shukri Yahaya yang diusik Sharnaaz Ahmad apabila ingin ditumbuknya sehinggakan rakaman tersebut meraih ribuan tontonan.
Perkongsian video di akaun TikTok tersebut bagaimanapun dengan pantas menarik tumpuan warganet dengan ditinggalkan ribuan komen oleh warganet yang tidak sekadar terhibur dengan mereka malah suka melihat persahabatan antara pelakon, Sharnaaz Ahmad dan Shukri Yahaya.
“Risau member nak kena tumbok”
“Adik abang bergaduh… yang tahu ja tahu hint (Juvana)”
“Member masuk ayaq, sempoi la mamu”
“The real adik beradik Juvana ni, Lan Todak dengan adik dia”
Tunggu dulu, anda tentu juga tidak mahu ketinggalan untuk mengetahui kisah-kisah yang disediakan menarik ini di bawah seperti berikut:
Sumber : HCL
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.