“Aku bekerja, beli juga makanan kucing, bayar bil internet” Shafiq nafi hanya goyang kaki di rumah, tak lama lagi kerja di China

Sensasi sekarang ini, adik lelaki kepada Shila Amzah telah didakwa pelbagai isu lebih-lebih lagi apabila dirinya mengatakan kakak ingin menjual rumah disebabkan duit dan sanggup menghalau keluarga.

Bukan itu sahaja, bekas adik ipar penyanyi itu yang dikenali sebagai Anis juga tampil dengan dakwaan mengejutkan netizen bahawa bekas suami tidak mempunyai pekerjaan tetap dan selalu meminjam wang. Tambahan lagi, Shafiq juga tidak membayar nafkah anak memandangkan mereka telah bercerai.

Aku bukan jobless. Aku berkerja dalam industri seni juga walaupun belakang tabir.

shafiq

Amir Shafiq menepis dakwaan itu dan akui dirinya masih sara hidup sendiri. Makanan kucing peliharaan dijaga, bil elektrik juga dibayar.

Menerusi live di TikTok pada malam Rabu, anak lelaki kepada keluarga itu berkata pendedahan yang dibuat oleh bekas isterinya itu tidak betul.

 Aku kerja jadi soundman dan lighting.19 haribulan ni aku akan pergi China, kerja.

Tidak mengaku hanya ‘melepet’ di rumah, Shafiq menafikan semua hal yang dituduh dan minta netizen untuk hanya bertanya berkenaan kakaknya di siaran langsung TikTok itu.

Tidak tahu mana yang berkata betul dan mana yang berkata tidak, warganet hanya ingin tahu apa yang bakal terjadi dengan keluarga mereka.

Sumber : beautifulnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *