Connect with us

Infomaklumat

Air Cond Adalah Pembun0h Senyap, Lihat Tanda2 Sekiranya Berlaku Keboc0ran, Ini Cara yg Betul Sekiranya Ingin Lena Sebentar Dlm Kereta

Published

on

Seorang lagi mangsa keracunan gas karbon monoksida ketika tidur di dalam kereta di sebuah stesen minyak di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) dekat Samagagah, di sini, meninggal dunia petang Khamis.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad, berkata Nor Adilah Mohd Safwan, 21, meninggal dunia pada jam 4.23 petang ketika dirawat di Hospital Angkatan Tentera Lumut.

Terdahulu, dua rakannya Sharifah Fariesha Syed Fathi, 21, dan Ayuni Shazwanie Shabri, 21, masing-masing meninggal dunia di tempat kejadian dan Hospital Seberang Jaya (HSJ) awal pagi tadi.

Ketika ini, seorang lagi rakan mereka yang juga kembar kepada Nor Adilah, yang kritikal masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan.

“Mereka berhenti rehat di stesen minyak itu disebabkan rakan yang memandu kereta pening kepala,” kata Nor Jamilah Ahmad.

Dia adalah ibu saudara kepada Sharifah Fariesha Syed Fathi yang maut akibat lemas keracunan gas karbon monoksida ketika tidur di dalam kereta di sebuah stesen minyak di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) dekat Samagagah, di sini, pada Khamis.

Dalam kejadian yang disedari jam 1.40 pagi itu, rakannya, Ayuni Shazwanie Shabri, 21, turut meninggal dunia manakala dua lagi rakan mereka termasuk pemandu kereta itu kritikal.

Mengulas lanjut, Nor Jamilah berkata, dia tidak menyangka percutian anak saudaranya bersama tiga sahabat baiknya ke Pulau Pinang berakhir tragedi.

Katanya anak saudaranya itu baru menamatkan pengajian di sebuah kolej dan mahu meluangkan masa bersama mereka sebelum membawa haluan masing-masing.

“Saya diberitahu mereka berhenti rehat di stesen minyak itu ketika dalam perjalanan pulang.

Ini kerana rakan yang memandu kereta (kini kritikal) tidak sihat, pening kepala dan muntah,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Dalam kejadian jam 1.40 pagi itu, Sharifah Fariesha dan Ayuni Shazwanie maut.

Manakala rakan mereka yang juga pasangan kembar berusia 21 tahun kritikal dan dirawat di hospital di Lumut dan Kuala Lumpur.

Keempat-empat mereka dipercayai tertidur di dalam kereta yang enjinnya tidak dimatikan sebelum lemas akibat terhidu gas karbon monoksida.

Sedih kami menerima berita 4 sekawan yang berehat di dalam kereta, 2 daripadanya telah meninggal dunia akibat keracunan karbon monoksida dan 2 lagi sedang dirawat di ICU.

Kami ucapkan takziah kepada ahli keluarga yang terlibat.

Di sini, kami mengambil peluang untuk share semula article lama yang pernah diterbitkan oleh kami pada tahun 2018.

Semoga ianya memberikan info kepada anda semua.

Aircond Pembunuh Senyap

Ada yang menyatakan, jika kita ingin tidur di dalam kereta, pastikan kita membuka tingkap sedikit, insyaAllah selamat.

Di sini kami ingin membetulkan tanggapan yang kurang tepat ini.

Keracunan karbon monoksida tidak memerlukan kuantiti yang banyak.

Kadar yang rendah sudah cukup untuk membuatkan kita tidak sedarkan diri. Malah, karbon monoksida dari luar yang mengelilingi kereta juga bahaya.

Kereta kita mungkin tidak kedap udara dan bahan ini boleh meresap masuk ke dalam kereta.

[ALERT] KERACUNAN KARBON MONOKSIDA- PEMBUNUH SENYAP

Sekiranya anda bercadang untuk tidur atau sekadar berehat di dalam kenderaan dengan enjin dan hawa dingin terpasang, fikirkan semula!

Fast Fact
✅ Keracunan Karbon Monoksia merupaka punca utama kematian akibat keracunan
✅ Gas beracun karbon monoksida terhasil dari pembakaran bahan bakar tanpa oksigen yang mencukupi.
✅ Gas ini TIDAK mempunyai sebarang warna dan bau, oleh itu ia di kenali sebagai “ Pembunuh Senyap”
✅ Sentiasa berwaspada dan jangan ambil mudah,

Keracunan karbon monoksida adalah punca UTAMA kecederaan dan kematian akibat keracunan di seluruh dunia.

Menurut Pusat Kawalan Penyakit US, 50,000 pesakit dimasukkan ke hospital setiap tahun, dan 430 mati akibat keracunan karbon monoksida.

Karbon monoksida terbentuk hasil daripada pembakaran bahan organik tanpa bekalan oksigen yang mencukupi.

Ianya boleh di hasilkan dari pembakaran dieasel/petrol kenderaan, penggunaan gas untuk alat pemanas dan semasa memasak.

Bagaimanakan Karbon Monoksida Menyebabkan Kematian Semasa Mangsa Sedang Tidur Di Dalam Kenderaan?

Pembakaran bahan bakar di dalam engin kenderaan menghasilkan banyak gas sampingan yang dikeluarkan sebagai asap ekzos.

Asap ekzos ini mengandungi gas yang merbahaya seperti karbon monoksida, hidrokarbon, dan nitrogen oksida.

Ketika memandu, sistem ekzos yang baik akan membebaskan gas gas beracun ini ke persekitaran dengan lancar dan selamat.

Masalah timbul apabila sistem ini bocor dan lebih diburukkan lagi apabila kenderaan tidak bergerak.

Tanpa di sedari, gas yang tidak mempunyai bau dan rasa ini akan masuk menerusi saluran pernafasan dan memasuki saluran darah.

Gas beracun ini akan bercampur dengan hemoglobin (bahagian sel darah merah yang membawa oksigen ), lalu membentuk membentuk carboxyhaemoglobin.

Apabila ini berlaku, darah tidak lagi mampu membawa oksigen, dan kekurangan oksigen menyebabkan sel dan tisu badan gagal dan mati!.

Apakah gejala keracunan CO?

Gejala awal bagi keracunan gas karbon monoksida yang paling biasa adalah sakit kepala, pening, kelemahan, perut, sakit muntah, sakit dada, dan kekeliruan.

Tetapi sekiranya gas ini di hidu semasa anda sedang tidur, anda tidak akan menyedari sebarang perubahan ini dan akhirnya menyebabkan kematian.

Tips Pencegahan Keracunan Karbon Monoksida.

✅ Elakkan memanaskan enjin dengan asap ekzos dibebaskan di dalam kawasan rumah.

Asap ekzos yang memenuhi ruang rumah mengandungi gas karbon monoksida dan boleh menyebabkan keracunan terutama kepada kanak kanak kecil.

✅ Jangan tidur ataupun sekadar berehat sebentar di dalam kenderaan dengan enjin terpasang.

Anda mungkin terlena dan tidak bangun selamanya.

✅ Pastikan sistem ekzos anda di periksa dan di selenggara secara berkala.

Ingat, kebocoran kecil boleh menyebabkan kematian.

Peguam Nor Zabetha Kongsikan Pentingnya Tanggungjawab Sesama Kita di RNR

Sedihlah baca kes pelajar-pelajar meninggal dunia kerana tertidur dan terhidu gas karbon monoksida dalam kereta.

Takziah kepada keluarga. Kesedihan yang tidak terbayang. Semoga keluarga tabah menerima ujian.

Semoga kita ambil iktibar. Pernah dulu saya berhenti di stesyen minyak, sebab terlalu mengantuk. Masa tu, tak ingat perjalanan dari mana ke mana.

Saya tutup aircond. Buka turunkan sedikit tingkap. Sedikit je. Disebelah saya ada sebuah teksi, memang terpasang aircondnya.

Saya bila tertidur bertutup aircond, sekejap-sekejap terjaga. Sebab panaskan dan berpeluh-peluh.

Setiap kali terjaga, saya lihat abang teksi sebelah masih nyenyak tidur. Kakinya siap letak atas dashboard.

Selesa sungguh. Nyenyak. Tidur nyenyak beginilah bahaya kerana kita tidak sedar apabila terhidu gas karbon monoksida.

Masa itu, saya tidak ketuk pintu orang kereta sebelah untuk mengingatkan aircond terpasang.

Selepas baca kes 4 pelajar ini, saya sedar betapa pentingnya untuk kita menegur atau ketuk tingkap jika kita terlihat ada yang tidur dalam kereta sambil aircond sambil terpasang.

Malang tak berbau. Ternyata memang tidur dalam kereta seawaktu aircond terpasang sangat bahaya.

Kita mungkin tidak mampu terjaga. Kalau kita dapat bantu elakkan. Alangkah baiknya. Kita ternampak, kita tegur.

Kita ketuk tingkap, hanya cakap “Aircond terpasang ni, bahaya”. Sekurang-kurangnya kita sudah tegur dan menjalankan tanggungjawab.

Lepas ini, saya akan amalkan yang ini.

Kalau ibu bapa yang berikan kereta pada anak-anak belajar di Universiti atau kolej, boleh pesan pada mereka tentang bahaya tidur dalam kereta sambil aircond terpasang.

Kadang-kadang mereka bercuti atau outing atau ingin pulang ke kampung, terlalu letih dan ingin berhenti tidur.

Mereka mungkin tahu bahaya tidur aircond terpasang tetapi mungkin mereka tidak tahu realiti bahaya sebenar sehingga boleh maut. Jadi kita ingatkan.

Saya sedih tengok gambar-gambar 4 pelajar ini. 3 sudah meninggal dunia dan 1 lagi masih kritikal.

Semoga keluarga mereka tabah dan semoga yang pergi ditempatkan dikalangan orang beriman. Saya doakan kesembuhan kepada adik yang masih dirawat – Nor Zabetha

Infomaklumat

8 Lapan Kali Bergelar Juara Dunia, Jumlah Pencen Datuk Nicol David Setaraf Pemenang Medal Olimpik!

Published

on

By

LAYAN Datuk Nicol (David) seperti pemenang Olimpik.” Itu pandangan Presiden Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM), Nik Razeen Daud yang melihat elaun bulanan sepanjang hayat wajar dipertimbangkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Sukan Negara (MSN) kepada ikon negara itu.

 

 

Walaupun skuasy tidak dipertandingkan di Olimpik, beliau melihat pemberian elaun bulanan kepada Nicol seperti pemenang pingat Olimpik adalah salah satu cara menghargai penat lelahnya.

 

 

“Selama 20 tahun dia berusaha menaikkan nama negara. Lapan kali bergelar juara dunia, sembilan tahun berada di kedudukan nombor satu dunia.

“Mana pernah atlet Malaysia lain meraih pencapaian sepertinya. Atlet seperti Nicol seharusnya dibantu dari segenap aspek. Pencen adalah salah satu perkara yang wajar dipertimbangkan,” menurut Nik Razeen.

 

Untuk rekod, pencen hanya diberikan kepada atlet negara yang meraih podium di Olimpik atau Paralimpik di bawah Skim Imbuhan Tetap Olimpik dan Paralimpik (SITO).

Pemenang emas di Olimpik akan mendapat elaun bulanan berjumlah RM5,000, perak RM3,000, manakala gangsa RM2,000 yang diterima sepanjang hayat.

Antara penerimanya adalah Datuk Lee Chong Wei (perak Olimpik Rio), Azizulhasni Awang (gangsa Olimpik Rio), selain tiga atlet paralimpik negara yang meraih emas di Sukan Paralimpik Rio iaitu Mohd Ridzuan Puzi, Mohd Ziyad Zolkefli dan Abdul Latif Romly.

“Sayangnya skuasy masih belum tersenarai di Olimpik, jika sebaliknya sudah pasti emas berjaya diraih. Namun, dia wajar dipertimbangkan untuk dilayan seperti pemenang medal Olimpik.

“Malah bukan saja kepada skuasy, namun sukan lain yang mempunyai juara dunia turut wajar diberikan layanan sama,” tambahnya.

Beliau diminta mengulas kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mengarahkan MSN mewujudkan satu insentif istimewa bagi memastikan perancangan atlet berusia 35 tahun itu yang bakal bersara dapat dijayakan.

Nicol yang bakal bersara pada Jun ini, turut meraih 81 kejuaraan Jelajah PSA, selain lima emas Sukan Asia dan dua emas Sukan Komanwel.

Pada masa sama, Nik Razeen menjelaskan pihaknya sedia mendengar perancangan Nicol dan memberikan sokongan penuh kepadanya nanti. Sumber harian metro

Sebut sahaja sukan skuasy, nama Datuk Nicol Ann David pastinya tokoh sukan paling disegani sehingga diberi jolokan ratu skuasy negara. Kejuaraan demi kejuaraan dirangkul saban tahun sehingga mendapat gelaran pemain profesional dunia.

Terbaru, dunia sukan dikejutkan dengan pengumuman terbaru Nicol David yang menyatakan hasrat persaraannya, semalam.

Nicol menerusi laman sosialnya mengesahkan akan bersara selepas Jelajah Profesional Squash Assosiation (PSA) pada Jun depan. Keputusan itu diambilnya setelah 20 tahun berkecimpung dalam sukan berkenaan. Paling membanggakan Nicol pernah berada di kedudukan pemain nombor satu dunia 9 tahun berturut-turut bermula 2006 hingga 2015.

Menurutnya, keputusan itu amat tepat buat dirinya ketika ini. Walaubagaimanapun, Nicol mengakui akan kekal aktif dalam sukan yang sudah menjadi darah dagingnya itu.

Selepas lebih 20 tahun mewakili negara dalam sukan skuasy, beraksi dalam jelajah profesional dan menikm4ti beberapa kejayaan, saya sekarang ini sudah bersedia dan gembira untuk mengumumkan persaraan pada penghujung musim ini.

Ujarnya, keputusan bersara telah lama difikirkan dan dia sedia maklum musim ini adalah yang terakhir untuknya. Tambahnya lagi, dia telah berjuang fizikal dan mental untuk kekal yang terbaik sebelum ini dan hanya tinggal tenaga terakhir sebelum ke peringkat seterusnya.

Keputusan ini telah difikirkan masak-masak dan saya tahu ini adalah musim terakhir untuk saya sertai. Minda dan tubuh daya telah lama berjuang untuk kekal berada di tempat teratas, kekal menjuarai untuk masa yang panjang.

Saya rasakan hanya ada tenaga terakhir untuk musim terakhir sebelum melangkah ke fasa berikutnya dalam hidup.

Selain kejayaannya memenangi 8 kali kejuaraan dunia, Nicol juga pernah merangkul piala Terbuka Britain, 2 pingat emas Sukan Komanwel, 5 emas Sukan Asia dan 3 emas di Sukan Dunia.

Zaman kegemilangan Nicol di ranking dunia PSA berakhir pada September 2015 namun dia mengukir sejarah dengan rekod paling lama memegang takhta top 5 selama 143 bulan dan top 10 selama 177 bulan.

Selepas bergelar pemain profesional pada 2000, pemain kacukan Cina-India ini memenangi 81 gelaran, ke final sebanyak 102 kali dan memenangi 567 dari 680 perlawanan. Kejuaraan terbarunya adalah di Ciudad de Floridablanca pada Mac 2017.

Anak kelahiran Pulau Mutira ini juga berjaya dinobatkan sebagai Pemain Wanita Terbaik Sepanjang Zaman melalui satu undian pada musim panas tahun lalu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Bernama / Nalurikini / petuadanresepibonda

Continue Reading

Infomaklumat

Mangkat Di Usia 38 Tahun, Ini Pekerjaan Putera Azim Yg Ramai Tak Tahu

Published

on

By

RAKYAT Brunei sebentar tadi dikejutkan dengan berita duka daripada pihak Istana Brunei yang memaklumkan kemangkatan anakanda Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah iaitu Pengiran Muda Haji Abdul Azim.

Menerusi laporan yang disiarkan, putera berusia 38 tahun itu mangkat pada jam 10.08 pagi tadi waktu tempatan dan akan dimakamkan di Kubah Makam Diraja hari ini selepas waktu Asar

Pergi pada usia 38 tahun, Almarhum dikenali sebagai seorang yang penyayang dan begitu prihatin kepada rakyatnya.

Biodata Almarhum Pengiran Muda Haji Abdul Azim

Unutk pengetahuan semua, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji Abdul Azim merupakan anakanda pertama Sultan Haji Hasannal Bolkiah bersama bekas isteri baginda iaitu Hajah Mariam binti Haji Abdul Aziz. 

Almarhum merupakan kekanda Pengiran Muda Abdul Aziz dan merupakan kekanda kepada Pengiran Muda Abdul Mateen yang merupakan seorang figura popular di laman media sosial.

Lahir di Bandar Seri Begawan, Brunei, 29 Julai 1982, Almarhum adalah anak sulung Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, dan Pengiran Isteri Hajah Mariam.

Pangeran Abdul Azim mendapat pendidikan di Sekolah Antarabangsa Brunei, Institut Raffles, dan Universiti Oxford Brookes.

Pada tahun 2008, Putera Azim dihantar untuk mengikuti kursus latihan pegawai selama sembilan bulan di Royal Military Academy Sandhurst, tetapi dia berhenti selepas satu minggu.

Kenangan arwah bersama kekanda Pengiran Muda Putera Abdul Mateen

Pangeran Haji Abdul Azim juga dikenal sebagai seorang yang sangat mengambil berat terhadap aktiviti kemasyarakatan.

Pada tahun 2009, Almarhum menubuhkan dana di mana hasilnya disumbangkan ke badan amal Make A Wish Foundation UK.

Pada bulan Mei 2011, ketika di sebuah pertunjukan amal yang diadakan di Dewan Indera Samudra Empire Hotel dan Country Club, Brunei, di mana 31 orang dengan autisme tampil, Putera Azim mengatakan bahawa mereka yang menderita autisme harus dilayan dengan terhormat, “seperti mana-mana ahli keluarga anda”.

Penerbit Filem

Dia adalah penerbit dengan syarikat filem yang berpangkalan di London, Daryl Prince Productions yang menerbitkan filem You Not You.

Sikap pro-Islamik ayahnya telah memberi kesan neg-atif terhadap campur tangan pangeran di kalangan penggiat seni di Hollywood.

Bersahabat Baik Dengan Mariah Carey

Pengiran Abdul Azim dikatakan mempunyai hubungan yang rapat dengan penyanyi popular antarabangsa, Mariah Carey. Di pesta ulang tahun Azim ke-30, sekitar pertengahan 2012, Carey turut serta hadir memeriahkan acara. Turut hadir,  aktres Pamela Anderson dan Raquel Welch.

Komplikasi Kesihatan

Terdahulu dalam satu hantaran di laman sosial media instagram Bruneiroyalfamily, telah memaklumkan Pemergian Almarhum Pengiran Muda Haji Abdul Azim

Memetik laporan MEAWW, difahamkan baginda Putera Abdul Azim telah dimasukkan ke hospital sebelum ini atas komplikasi kesihatan, menurut sumber berkenaan.

Pemerintah Brunei Darussalam memerintahkan agar rakyatnya mengibarkan bendera setengah tiang dan berkabung selama tujuh hari mulai pada hari ini (Sabtu) 7 haribulan Rabiulawal 1442 bersamaan 24 haribulan Oktober 2020.

Punca pemergian putera kesayangan ramai itu masih belum diketahui.

Berikut status penuh di laman instagram tersebut Bruneiroyalfamily petang tadi

” Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Almarhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam.

” Dengan amat dukacita memaklumkan kepada seluruh rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam bahawa dengan takdir Allah Subhanahu Wataala, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah telah mangkat pada hari ini, Sabtu 7 haribulan Rabiulawal 1442 bersamaan 24 haribulan Oktober 2020 jam 10.08 pagi.

” Jnazah Almarhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim akan dimakamkan di Kubah Makam Diraja pada hari ini, Sabtu 7 haribulan Rabiulawal 1442 bersamaan 24 haribulan Oktober 2020, selepas waktu Asar.

” Maka oleh yang demikian, seluruh rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam hendaklah mengibarkan bendera setengah tiang pada hari ini dan berkabung selama 7 hari mulai pada hari ini Sabtu 7 haribulan Rabiulawal 1442 bersamaan 24 haribulan Oktober 2020.

Semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman

Continue Reading

Infomaklumat

“Suka tayang harta” Wartawan terkejut tengok senarai 50 org terkaya di Malaysia

Published

on

By

Negara kecooh apabila berita penagkapan boss Macau Sca4m terbesar rupanya di dalangi rakyat tempatan

Apa yang lebih mengejvtkan, beberapa artis ternama Malaysia turut terpalit sama kerana ada antara mereka turut menerima sebhagian wang h4ram tersebut untuk tujuan perniagaan

Mesti ramai yang nak tahu, siapakah individu-individu tersebut. Katanya, mereka ini sangat terkenal dalam kalangan seIebriti tanah air kita dan menjalani kehidupan yang sangat me-wah

Seorang senior wartawan Syahril A. Kadir tampil mengulas isu tersebut. Berikut tulisan beliau yang kita boleh renungi bersama

Manusia  “Baru Nak Up” Suka Tayang Harta

“AKU perhati je senarai 50 nama orang-orang terkaya di Malaysia menurut data terkini (2020) yang dikeluarkan oleh Forbes.

Nokharam, takdak satu pun nama yang tersenarai di bawah ini terselit nama geng-geng Insta yang suka tayang rumah banglo depa, kereta mewah depa,

percutian depa, bini dan awek depa yang seksi meksi semua tu. Kalau ikut gaya tu dah macam kaya-kaya sangat dah!

Hairan betul manusia ‘baru nak up’ macam geng2 Macau Scam, geng-geng MLM, geng-geng taukeh kosmetik etc ni…

bukan main lagi berbangga dok tayang selagi boleh aset yang depa miliki.

Nasib baik belum ada company yang buat spenda dan coli bertatahkan berlian kat Malaysia ni, kalau ada, tu pun depa akan beli, pakai dan tayang kat socmed.

Apa punya b0doh dok tayang kekayaan kat orang ramai, semua tu ‘madu’ yang akan menarik perhatian abang-abang LHDN, SPRM, Bank Negara dan PDRM untuk ‘menghurunginya’.

Apatah lagi bila korang buat kerja haram macam ni.

Ibarat kata korang korek lubang kubur dan korang juga yang tanam diri sendiri.Bingai.

KISAH TAN SRI SYED MOKHTAR ALBUKHARI

“SAYA pun suka kepada kemewahan. Saya pun suka pergi tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok.

Tetapi kita ini hendak mewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana?

“Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.

Kita tidak boleh mengagung-agungkan diri kita sangat. Masalahnya sekarang ada yang sudah ke atas tetapi tidak mahu turun ke bawah.

Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini.

“Tetapi tidak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel,

boleh naik dan turun. Jangan amalkan cara hidup yang tidak boleh ada fleksibiliti.

“Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tetapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional.

Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

“Saya juga tidak bermain golf kerana kepada saya ia memakan banyak masa. Tetapi tidak semestinya orang yang main golf itu tidak bagus atau orang yang tidak main itu lebih bagus.

“Saya pun tidak ada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu benda yang mahal,

biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau orang ramai mendapat nikmatnya.

“Tetapi pada masa akan datang tidak tahu lagi. Kalau panjang umur saya berniaga ke negara-negara lain dan ketika itu saya memerlukan,

mungkin saya akan beli juga kapal terbang. Setakat ini Proton Perdana sudah memadai.

“Tetapi orang Melayu umumnya apabila berniaga perkara pertama yang dilakukan ialah beli kereta mewah.

” – TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY (Mingguan Malaysia 17 Oktober 2004)

kredit: Syahril A. Kadir

Sumber : kecohape

Continue Reading

Trending