“Agak agaklah, pandang sikit cermin tu” Kak KM mengaku ada lakukan ini… dan tak pernah biar ank keluar sendirian

Usahawan terkenal, Liana Rosli atau lebih mesra disapa sebagai Kak KM mengakui dia ada menasihati anak-anak perempuan, Nabila dan Rania untuk lebih peka dalam berpakaian.

Ujar anak kepada seniwati Normah Damanhuri itu, dia sering berpesan kepada anak-anak agar tidak keterlaluan dalam berfesyen.

Saya selalu pesan kepada mereka, nak pakai apa, pakailah. Tapi, agak-agaklah. Pandang sedikit cermin tu. Kalau terlampau terdedah, tutup sedikit. Kalau pendek sangat skirt tu, tutup juga.

Tapi saya tak boleh nak terlalu marah mereka sebab saya juga pernah muda, badan pernah cantik dan berpakaian seksi. Tapi saya tak pernah tinggal nasihat, suruh mereka jaga nama saya sebab masyarakat kenal mereka sebab saya. Saya tak mahu orang bercakap, mak begitu patutlah anak begini.

Dia dalam pada itu juga berkata bahawa anak-anaknya tidak dibenarkan keluar tanpa pengawasan dan harus ditemani adik beradik atau dirinya sendiri.

Rania pula saya tak benarkan langsung keluar sendirian. Kemana sahaja mesti dengan saya. Perkara itu memang saya beringat dan jaga.

Sumber : beautifulnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *