Adik Abdurrahman terpaksa berhenti jadi bilal, dedh tujuan utama beliau terhadap individu ini

Anak sulung kepada pasangan suami isteri yang maut bersama empat anak mereka dalam nahas di Segamat pada 1 September lalu difahamkan sudah berhenti kerja sebagai bilal di sebuah ladang di Kluang kerana mahu menjaga adiknya.

Ibu saudaranya, Norhayati Noor Muhammad, 51, memberitahu, adik Abdurrahman Amir Ruddin iaitu Abdullah, 15, yang merupakan satu-satunya mangsa yang terselamat dalam nahas itu masih dirawat di Hospital Segamat. “Saya dimaklumkan perkara itu oleh bapa saudaranya. Dia (Abdurrahman) mahu memberi tumpuan menjaga satu-satu adik beliau yang terselamat.

Dalam hantaran sebelum ini, Abdur Rahman berharap agar orang ramai memahami situasi dan menghormati privasinya. “Tolong jangan update apa-apa pasal kemalangan yang menimpa pasal keluarga saya lagi ya selepas ini. “Saya mohon untuk semua faham dan jaga privasi saya,” coretnya.

Dalam pada itu, ruangan komen hantaran berkenaan dihujani dengan ucapan dan doa orang ramai terhadap Abdur Rahman. Terdahulu, media melaporkan berlaku kemalangan melibatkan lima kenderaan iaitu sebuah treler, sebuah Honda HRV, sebuah Proton Wira, sebuah Perodua Bezza dan Perodua Alza yang dinaiki mangsa sekeluarga.

Dalam kemalangan tersebut, Abdur Rahman kehilangan ibu bapa dan empat orang adik dalam kemalangan yang berlaku di kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan pada awal September lalu. Jenazah enam sekeluarga itu selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Masjid Ubuddiah, Parit Limbong, Johor.

Sumber : kosmo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *