Dato Seri Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman tidak pernah lekang daripada gosip industri hiburan tanah air meskipun beliau seorang usahawan.
Semalam, penampilan usahawan selebriti terkenal atau DSV dalam rancangan Big Stage 2022 ternyata mengejutkan warganet.
Gambar yang dimuatnaik di laman Instagram oleh usahawan wanita berusia 50 tahun ini telah mendapat reaksi di kalangan pengguna aplikasi tersebut.
Di ruangan komen, terdapat warganet lain berpendapat penampilan terbaru usahawan itu tidak bersesuaian dengan usianya yang sudah menginjak senja.
Solekan yang tebal terutamanya pada bahagian mata itu menjadikan DSV kelihatan lebih berusia daripada usianya yang sebenar.
Selain itu, terdapat juga beberapa orang warganet yang mengatakan solekan yang dikenakan oleh DSV adalah seperti mendiang aktress terkenal Thailand, Tangmo Nida.
Tidak kurang juga yang berpendapat penampilan DSV itu sebenarnya bertujuan untuk bersaing dengan penampilan pemenang Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu ke-36, Aina Abdul tempoh hari.
Menurut Dato Seri Vida, penampilan yang ini sebenarnya untuk video muziknya lagu barunya yang berjudul Ku Ikhlaskan yang akan dilancarkan pada minggu depan.
Tambah DSV lagi, video muzik yang menelan belanja sebanyak RM400,000 telah memakan masa selama 10 hari untuk dihasilkan.
View this post on Instagram
Sumber : @datoserivida / 0hmymedia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.