Macam jadi perkara biasa pula nama Kak Long 7E yang sekarang digelar Kak Long KFC dan paling terbaru Kak Long Hina OKU.
Walaupun baru baru ini Kak Long atau nama beliau Wan Noor Baizura telah buat pengumuman untuk berhenti dari sosial media tetapi netizen seperti masih belum boleh move on dengan Kak Long.
Kes terbaru Kak Long adalah menghina OKU, dia telah pun memohon maaf dan menurut beliau tindakan beliau tidak ada niat menhina.
Tetapi apa yang terjadi seperti itu seperti tidak disangka oleh Kak Long. Beberapa laporan kepada pihak polis telah dibuat termasuk laporan kepada pihak SKMM.
Gara-gara dikecam melakukan riak wajah serta tingkah laku yang dikatakan mempersendakan orang kelainan upaya (OKU), ‘Kak Long 7E’ tampil memohon maaf.
Wanita itu menerusi siaran langsung di media sosial telah membuat permohonan maaf terhadap golongan OKU semalam susulan seorang pemuda OKU, Khairul Hafiz membuat laporan polis keatasnya kerana didakwa mempersendakan golongan itu.
“Saya minta maaf, saya tiada niat untuk mempersendakan golongan OKU, demi Allah. Saya berani bersumpah atas nama Allah.
“Kenapa nak saman saya, saya tidak sebut nama sesiapa, kepada golongan OKU saya minta maaf. Saya tertekan dengan pengguna media sosial, saya hanya buat sekadar suka-suka,” ujarnya.
Tular di media sosial tentang apa yang Kak Long telah lakukan ketika membawa keluarga dia membeli belah di salah sebuah pasaraya terkemuka Sogo. Cawangan Sogo yang mana tidak dapat dipastikan
Menurut netizen yang berada di tempat kejadian, memberitahu Kak Long dan keluarga sedang memilih pakaian di Tingkat 3, Sogo.
Tarikh kejadian sebenar tidak dapat dipastikan dan identiti pengadu juga tidak dapat dipastikan.
Rata rata netizen meninggalkan komen negatif tentang apa yang terjadi.
“Ade saje cite psl die nie. Kalau btl perangai anak beranaknye mcm nie harap ap yg berlaku pd die, org dh start nk saman menyaman nie die berubah la anak beranak. Kalau tak blh nk brubah jgk elok ddok je dlm rmh jgn langsung klua”
“Makin menjadi2 pulak dia ni kan… X habih2.. mmg cari pasai dia ni… tunggulah…dia belum bertemu buku dgn ruas lagi ni”
Sumber : K! Online / KJ Nilam
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.