Hiburan

“Abe Joe left group recond dulu ok” Fizo Omar umum keluar kumpulan selebriti duda

DESAS-DESUS Fizo Omar mengakhiri zaman duda nampaknya terjawab apabila aktor tersebut memuat naik sekeping foto memakai persalinan baju melayu berwarna putih bersama anak perempuannya di Instagram pada Khamis malam.

Walaupun tidak mengesahkan tentang khabar gembira itu namun Fizo memberi bayangan dia kini sudah keluar daripada kumpulan selebriti berstatus duda iaitu Sharnaaz Ahmad, Nazim Othman dan Azlee Khairi.

“Ok abe Joe (Fizo) left group ‘recond’ dulu ok. Apa-apa roger ok. @sharnaazahmad @nazimothman @azleekhairiofficial,” tulis Fizo secara ringkas.

Fizo 2

Fizo memberi bayangan di Instagram.

Ruang komen di perkongsian tersebut dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada netizen yang turut melahirkan rasa syukur atas pernikahan Fizo atau nama sebenanrya Wan Hafizol Wan Omar.

“Tahniah akhirnya abe Joe kahwin juga. Selamat pengantin baru. Semoga berbahagia selalu.

“Syukur Alhamdulillah… Allah pertemukan jodoh. Semoga bahagia hingga ke jannah,” komen netizen.

Bagaimanapun usaha mStar untuk mendapatkan kepastian dan maklumat lebih lanjut mengenai berita gembira itu gagal apabila aktor dan pengurusnya tidak menjawab panggilan dan membalas mesej.

Fizo 1

Fizo mempunyai seorang anak perempuan hasil perkahwinan dengan Mawar.

Identiti wanita yang dikatakan menjadi suri hati pelakon drama Rindu Awak Separuh Nyawa itu masih menjadi misteri.

Khabar angin Fizo bakal berkahwin menjadi perbualan ramai selepas terdapat sumber yang mendedahkan aktor berusia 36 tahun itu sibuk dengan persiapan pernikahannya sejak beberapa minggu lalu.

Bekas isteri kepada Fizo iaitu Mawar Karim menerusi temu bual bersama sebuah portal hiburan turut mendedahkan aktor itu bakal berkahwin.

Untuk rekod, Fizo pernah berkahwin dengan usahawan, Mawar Karim pada November 2013 namun bercerai pada 10 Julai 2019.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Wan Maryam yang kini berusia empat tahun.

Kagum dengan usahawan di Kelantan. Kini Fizo Omar mahu bina sesuatu dengan niat nak galakkan orang ramai berbuat baik.

Pelakon dan usahawan, Fizo Omar tampil menjelaskan mengenai sekeping foto ‘membina masjid’ di laman Instagram miliknya sehingga mengundang salah faham orang ramai.

Pemilik nama Wan Hafizol Wan Omar itu terpegun dengan seni bina masjid Ar-Rahman di Kota Bahru, Kelantan itu selepas membuat kunjungan semalam.

“Pada masa kini untuk saya mendirikan ‘masjid’ (berkahwin) belum lagi. Tapi cita-cita untuk membina masjid, insya-Allah memang ada. Saya cuma terpegun dengan keindahan seni bina masjid tersebut dan ingin menggalakkan orang kita (Islam) dalam kalangan usahawan untuk mengikut jejak langkah pemilik masjid ini yang juga merupakan seorang usahawan berjaya. Masjid ini dibina dengan kos RM6 juta. Itu mesej yang hendak saya sampaikan,” katanya.

Malah, pelakon berusia 36 tahun itu sememangnya menyimpan hasrat bagi membina sebuah masjid sekiranya berkemampuan di masa akan datang.

“Insha-Allah saya juga berhajat untuk membina sebuah masjid atas nama kedua-dua ibu bapa saya satu hari nanti. Saya sebenarnya lebih terinspirasi kejayaan usahawan apabila dapat membina sebuah masjid. Sebenarnya tidak perlu pun hendak membina masjid yang mewah. Tapi kalau mampu, tidak salah buat sebuah masjid yang gah,” ujarnya.

Sumber: Instagram Fizo Omar , Kosm0 / m star

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *