Semasa

4 Sekeluarga Wujudkan Kluster Baharu Wujud Hari Ini Dr Noor Hisham Kongsi sebabnya

SATU kluster baharu C0vid-19 dikesan di Labu Lanjut, Sepang dengan lima individu telah dijangkiti setakat ini.
Ketua Pengarah Kesihatan (KKM),

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes p0sitif baharu itu disyakl ada kaitan dengan aktiviti kunjung-mengunjung.

Image

“Kes indeks adalah merupakan seorang pesakit yang dirawat untuk Acute Respiratory Infection (ARI) di Hospital Serdang di mana beliau dikesan positif pada 5 Jun lalu,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Menurut beliau, aktiviti pengesanan kes secara aktif mendapati ahli keluarga pesakit turut dikesan positif jangkitan itu.

“Empat ahli keluarga beliau (iaitu dua anak dan dua cucu) juga telah dikesan positif C0vid-19.

“Tiga ahli keluarga tinggal serumah dengan beliau manakala seorang lagi dari tempat kediaman yang lain,” katanya

Malah Dr Noor Hisham berkata, seramai 29 kontak rapat pesakit telah dikenal pasti dan disaring.

“Siasatan dan saringan kontak rapat terus dijalankan di mana setakat ini seramai 29 orang telah dikenalpasti dan disaring.

“25 kontak rapat didapati negatif C0vid-19. Punca jangkitan kluster ini adalah masih dalam siasatan,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham turut mengingatkan orang ramai bahawa jangkitan C0vid-19 masih wujud di dalam komuniti.

“KKM menyeru masyarakat agar sentiasa mengambil langkah-langkah pencegahan jangkitan C0vid-19 apabila melakukan aktiviti kunjung-mengunjung, terutama apabila melibatkan warga emas dan kanak-kanak,” katanya.

Hanya 3 kes di ICU, Malaysia catat 21 kes positif C0vid-19 pada Sabtu


21 kes baharu C0vid-19 direkodkan pada Sabtu.

PENULARAN C0vid-19 di negara ini merekodkan 21 kes baharu, menjadikan keseluruhan 8,556 kes setakat Sabtu.Daripada 21 kes baharu yang telah dilaporkan, dua merupakan kes import manakala 19 lagi melibatkan penularan tempatan dengan 12 merupakan warganegara manakala tujuh bukan warganegara.

Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi Twitternya memaklumkan tiada kemat1an akibat C0vid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 121 kemat1an.

“Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan tiada kes kemat1an berkaitan C0vid-19 setakat ini.

Image

“Justeru, jumlah kumulatif kes kemat1an C0vid-19 di Malaysia sebanyak kekal 121 kes,” katanya.

Sehingga hari ini, 76 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 8,146 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Image

Sementara itu, KKM mengesahkan tiga kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tiada kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sumber : m Star

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *