Connect with us

Keluarga

12 thn hdup dgn suami mcm beIa b1awak hdup. Lps aku tau duit istri adalah duit istri, snyap2 aku nekad rancang sessuatu

Published

on

Baca perlahan-lahan dan ambillah Pengajaran apa yg pernah berlaku kepada saya ini. Jadikan ini sebagai panduan.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Assalammualaikum. Lately ni selalu sangat lalu lalang dekat wall aku pasal tanggung biawak hidup.

Aku pun tak pasti adakah itu satu petunjuk untuk aku move on atau apa. Yang pasti memang sekarang ni aku tengah tanggung biawak hidup yang tengah sesedap rasa tengok yutube dari pagi sampai ke malam. Haha. Okaylah aku mulakan dengan pengenalan diri aku.

Aku dah berkahwin selama 12 tahun, 9 bulan 9 hari dan dikurniakan 3 orang anak yang soleh solehah InshaaALLAH.

Aku berkahwin atas pilihan sendiri walaupun ada banyak pilihan lain minta dipilih tapi aku pilih dia demi kesungguhan dia tapi aku masih sempat mintak izin seseorang untuk berkahwin. Hahaha.

Suami aku tidak berpelajaran tinggi kira beza dengan aku punya level pendidikan 2 tangga ke belakang. Dimana dia hanya Sijil holder and aku Degree holder.

Pada awalnya mak abah aku agak tak setuju untuk aku berkahwin sebab aku masih ada satu semester setengah untuk dihabiskan.

Tapi memandangkan demi memenuhi hasrat ibunda suami aku untuk melihat kami berkahwin kerana beliau sedang menghidap s4kit yang agak kr0nik, maka mak abah aku pun setuju.

Suami aku ketika itu menguruskan perniagaan bapanya yang aku kira agak terjamin (di ketika itu) demi kelangsungan hidup kami nanti.

Selepas 5 hari kami berkahwin, ibunda tersayang pergi menghadap ilahi maka tinggallah kami meneruskan hidup tanpa ibunda tetapi bersama ibunda tiri dan adik beradik (lain ibu) serta ayahanda (berlainan rumah tapi satu taman).

Suami aku anak tunggal ibunda maka semua harta ibunda jatuh kepada suami secara total kerana Ayahanda punya harta lain yang banyak dan tiada keinginan untuk mengambil haknya.

Selepas 6 tahun berkahwin dan kami punya anak yang ketiga, perniagaan bapa suami merudum dek kerana bertukar kerajaan ketika itu dan semua kontrak-kontrak sudah tidak dapat diteruskan seperti biasa.

Maka suami aku jugak mula beralih arah ke cabang pekerjaan yang lain iaitu membawa Uber (hujung tahun 2015). Bermulalah episod bibit Biawak Hidup disini.

Okay bila start bawak Uber, dia punya masa ikut suka hati dialah kan. Sebab dia lah boss dia lah kuli. So bila dah pukul 4 petang baru bangun n start bawak Uber pukul 5 petang, lepas tu pukul 12 malam baru habis keja.

Macam tu lah setiap hari. Dia memang jenis tak reti bangun pagi langsung and malam pun dah pukul 4 baru tido so celah mana pulak nak bangun pagi2 kan. (Since kahwin pun dia punya putaran masa tidur memang begitu).

Cuma waktu kerja dengan Ayahanda dia, sempatlah aku kejut setiap hari untuk ingatkan pergi kerja.

Sering aku menjeruk rasa bila dia ada masalah displin macam ni, sebab Ayahanda selalu melepaskan marahnya pada aku. Aku str3ss wei!!

Thats y bila dia bawak Uber, aku dah malas nak bising demi nak jaga hati aku sendiri. Huhu. Kes ni berlarutan la sampai ke tahun 2020. G4duh berapa banyak kali pun aku dah tak kira, end up aku dah penat nak g4duh.

Aku buat semua kerja rumah dari start kahwin sampai berbelas tahun ni. Aku yang uruskan anak-anak, aku yang jadi cikgu diaorang, supir diorang.

Semua aku… Bila aku mula berkira and pertikaikan, dia fed up dengan aku and cari perempuan lain yang boleh faham dia. Faham lah sangat kan.

Waktu kantoi dia ada perempuan lain tu, aku tak tau kenapa aku sayang g1la kat dia lagi. Jadi aku biarkan dia ber4smara dana sampai dia bosan, lepas 5 bulan dengan perempuan tu, dia clash, and back to normal suami and daddy.

And kitorang teruskan hidup macam biasa. Dan start dari kes tu, aku dah tak pandai nak melawan.

Tinggi suara. N taat memang macam bidadari kiriman syurrga. Sampai susu anak pun aku tak mampu nak suruh dia buatkan. Sebab aku takut dia cari perempuan lain lagi. B0 doh g1laa aku rasa!!

Cut the story short. Gaji aku makin lama makin naik dari 2k sekarang dah jadi 5k. Alhamdulillah. Tapi bila gaji makin naik rupanya beban aku makin besar.

Suami aku dah takde kesungguhan nak kerja langsung! Bulan2 dia akn habiskan duit gaji aku untuk tanggung semua keperluan keluarga, dan balance tgh bulan nak makan, baru dia akn pulun cari duit around 100/day. Itu je.

Aku ni, aku tak tau mana aku dapat kekuatan untuk teruskan hidup macam tu. Sampailahh PKP. Suami aku dah mula tak kerja dari march sampai sekarang Nov’20.

Aku pulak kena work from home. Waktu awal2 PKP tu, lagi lah sengsara. Nak kena ajar anak2 aku buat homework. Pastu waktu lunch kelam kabut masak.

Kadang2 tak sempat nak makan dah kena masuk kerja balik. Pastu urus house chores jugak. Time tu memang aku depr3ss sangat! Rasa nak nangis semua ada. Tapi aku tahan.

Sebab aku sorang je yang faham perasaan aku ketika itu. Suami aku? Duduk rumah, goyang kaki, baring, layan n3tflix, tengok y0utbe sampai dia tido balik.

Macam tu la hari2. Ko rasa?? Ohh. Mesti ada yang tertanya. Bagaimana kami survive with one sided income?? Alhamdulillah. Maha suci Allah. Allah la maha pemberi. Aku diberikan 1 month bonus.

So income aku memang banyak. Dengan wfh je kan. Takde expenses yang incurred sangat. So duit tulah aku survived tanggung kelaurga. Renovate rumah sikit. Ohh. Duit suami pun ada jugak.

Disebbkan dia dari keluarga yang have have. Maka dia ada sebijik rumah yang disewakan. So dengan moratorium yang gov bagi, duit 900 sebulan sewa rumah tu la dia gunakan untuk tanggung keluarga jugak.

Itu pun kena tunggu duit aku habis dulu, baru guna duit dia k! Huhu. Ohh duit epf pun dia keluarkan. Tapi tak bagi guna. Dia nak simpan beranak dalam akaun.

Kuangjaqq sangat kann? Hahahahaha. Habis PKP jadi PKPB lepas tu PKP ape tah aku tak ingat. Lebih kurang 102 days after the real MCO tu (june), aku follow family aku pergi rumah kakak aku.

Without husband. Nasib baik dia bagi. Dia ni jenis tak suka bercampur dengan in laws or even family ‘tiri’ dia pun lah. Jenis suka duduk rumah je!

Nak balik rumah mak aku 2 minggu sekali pun jenuh bermasam muka. Huhu. Okok back to business, bila aku dengan semua adik beradik n mak aku, tiba-tiba terbuka cerita.

Jenis aku selalu tak cerita. Jenis cover baik punya demi nama suami. Bidadari kiriman tuhan kan. Hahaha. Tah kenapa hari tu, aku cerita.

Dan bermulalah turning point aku di ketika itu. Aku macam kena tampo! Penampo besar hinggap kat muka aku… Rupanya ape yang hidup aku lalui selama ni salah dan tak betul!

Rupanya duit aku adalah duit aku. Bukan milik sesiapa. Rupanya suami wajib tanggung semuanya termasuk makan minum, pakaian, perbelanjaan keluarga. Bukan aku yang perlu bersusah payah. Allahuuu. Aku tak tau atau aku tak sedar. Huhuhu. Dannn hati yang tawar selama ni jadi makin payau. Aku dah tak ikhlas.

Aku dah tak kuasa. Bermulalah kehidupan kami yang hambar. Tapi dia tak perasan.Bermulalah hidup aku di bawah dia di atas. Aku mula pindah home office aku dari dalam bilik, ke ruang bawah.

Aku tak mampu untuk selalu bertembung. Aku kira beberapa patah je sehari yang kami tuturkan. Bagi dia itu hanya biasa sebab dia lebih tumpukan pada game, y0utbe. Itu sahaja.

Anak2 memang tak pernah rapat dengan dia. So keadaaan itu tak jadi issue langsung sebab aku ada. Aku yang uruskan mereka. Akhirnya after few months of planning, aku nekad untuk akhiri pernikahan ini tanpa pengetahuan dia.

Aku mula berbicara dengan l4wyer. Aku akan mula kan setiap langkah perpisahan ini dengan berhati-hati dan hujung december ni aku nekad untuk keluar.

Aku dah mula cari rumah sewa. Aku akn bawa semua anak-anak untuk mulakan hidup baru nanti. Kenapa tanpa pengetahuan dia?

Sebab aku lebih pentingkan kestabilan emosi aku dari menjadi bidadari kiriman syurga lagi. Bila issue mula berbangkit, aku pasti akan ada ketidak tenteraman hidup aku selepas itu.

Berg4duh dan merayu akan jadi tajuk utama hidup aku selepas itu. Aku tak mahu sebab aku perlu bekerja demi meneruskan hidup ini.

Kestabilan emosi aku sangat penting dalam menangani kr1sis ini. Jadi, aku perlu keluar dari rumah ini tanpa pengetahuan dia. Dan kita jumpa sahaja di mhkamah ye buat suami yang bergelar biawak hidup.

Korang semua tolong doakan semuanya akan baik-baik sahaja ye. Semoga hidup aku selepas ini akan terus dipermudahkan oleh allah. Inshaaallah Aamiin.

Ohh seseorang yang aku minta izin untuk berkahwin tu masih single gais, masih menanti after 15 years kot. Doakan yang baik2 ye semua. Thank you.– Nananininunu (Bukan nama sebenar).

Reaksi warganet

Noor hazulizan – Move on sis.. Kdg2 prmpn bkn nk bermewah pun. Tu, duit mungkin salah satu sbb tawar hati. Klu duduk rmh, xringan tulang, xmembantu langsung si isteri apa guna hidup berdua.

Hidup rmh tangga semua kna share. Bkn duit saja tp tanggungjawab dlm rmh semua kna buat sama2. Klu dh rasa penat, ckp berkali2, asik nk bergaduh, ulang silap yg sama.

Isteri mna yg tahan. Bkn 1 hari tp hari2 nk mengadap benda yg sama. Wanita yg bekerja lg terbeban, dh la sama2 cari rezeki, dia tanggung sorg2 bab belanja, dlm rmh pun dia galas sorg. Xsemua mampu nk buat. Baik diorg bela ank sendiri dr biawak hidup.

Kakok jeruk – Baca yg atas2 tu rase syok dah..yg last bawah tu mmg mengundang k3caman pembaca nampaknya..sepatutnya xyah mention pun yg tu..

selesaikan 1,1 dulu sis..niat nak akhiri perkahwinan tu kena betul..jangan kerana ada yg menunggu tu.. takot nanti yg dikejar x dapat..yg dikendong berciciran.. kes cerrai ni bukan senang nak selesai kalau 1 pihak lagi x bg kerjasama…

risau takot suami sis baca nanti dia sabitkan sis ada sk4ndal x pasal je.. lagi panjang jadi kes..kalau nak terus kawen dengan penunggu lepas habis idah pun xpe tp diam2 dulu..

nanti bila kena k3cam kat sini emosi sis jugak yg terganggu.. apepun, selesaikan 1,1 tu paling penting..uruskan kes cerrai, hadhanah & nafkah anak2 dulu..

Irma hazwanis – Ramai yg kata tinggalkan suami time suami susah lah apa. Tp korg tak fhm erti dh tawar hati kot. Cuba korg bygkan suami korg jenis setiap hari tidurnya pukul 4-5 pagi ikut suka dia akan bangun pun ikut suka dia nak bangun kul berapa.

Anak2 dia xkisahkan apetah lagi bini. Dgn tanggungjawab pun dia abaikan mentang2 isteri dia kerja.

Entah lah, pasal perenggan last org tu tunggu 15 tahun tu aku xberkenan sbb nmpak sgt tt ni menaruh harapan ke apa haha. Tp bab biawak hidup tu aku fhm sgt perangai suami mcm tu. Siap pernah ade record currang lagi tu.

Ayusha omar – Tiada jaminan dlm hidup ni sis..sblm ni gaji byk,ada business tbe2 drop. Tu biasa.

Rezeki semua Allah yg tetapkn..suami just menyalurkn rezeki yg dtgnye dri Allah. Kalau sis bkehendakkn sesuatu..minta pd Dia. Bkn pd manusia. Kdg apa klebihan pd kita pn 1 ujian jgk.

Sekelip mata Allah nk tarik,kjb je..cth sng..tbe2 sis sakit kr0nik..c4ncer ke, mgkin yg sis h1na tu la yg akn jga sis..

Duit gaji 5angka pn dh x guna dh,pape pn doa,minta petunjuk dri Allah..smoga Allah permudahkn urusan sis.

Sumber : IIUM.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page.

Keluarga

Suami nak buat kejutan untuk istri Sanggup Naik Bas Ke Melaka,Tapi Berakhir Dengan Nasib Malang

Published

on

By

KETERUJAAN untuk memiliki kereta terpakai membuatkan seorang abang sanggup menaiki bas dari Perak ke Melaka untuk berurusan mengenai jual beli kenderaan tersebut.

Bagaimanapun seperti yang dikongsikan menerusi video aplikasi TikTok yang tular, ia berakhir dengan nasib malang apabila si abang menjadi mangsa penipuan atau scam oleh individu yang kononnya mengaku sebagai pemilik kereta.

Remaja yang mahu dikenali sebagai Alia berkata, kejadian berlaku pada 11 Januari lalu, hanya beberapa hari selepas abangnya berusia 25 tahun berkahwin pada 6 Januari.

Gadis berusia 17 tahun itu memberitahu, abangnya tertarik dengan iklan menjual kereta terpakai di laman sosial Facebook yang menawarkan model Satria Neo berharga RM9,000.

“Abang selama ini hanya pakai motosikal selain sebuah kereta Kancil. Pernah juga ada kereta lain tetapi dijual semula kerana sering mengalami masalah.

“Kereta Kancil tu pula abang bercadang untuk bagi kat mak untuk kegunaan keluarga bila beli kereta second hand (terpakai) tu,” katanya kepada mStar.


Kereta yang dijual oleh individu kononnya sebagai pemilik pada harga RM9,000.

Lebih mesra disapa Alia, katanya, dia menemani abangnya bersama seorang rakan menaiki bas dari Teluk Intan dan tiba di Ayer Keroh di Melaka pada lewat petang dengan perjalanan mengambil masa kira-kira tujuh jam.

“Setibanya di sana terdapat seorang lelaki yang dikatakan diupah oleh ‘penjual’ tu untuk menjemput kami di Melaka Sentral sebelum dibawa ke sebuah bengkel berdekatan.

“Di luar bengkel tersebut, kami ditunjukkan dengan kereta seperti yang diiklankan, malah dibenarkan untuk test drive (pandu uji) sebelum abang betul-betul berminat untuk membeli.

“Penjual tu minta kami untuk membayar separuh daripada harga jualan terlebih dahulu. Bagaimanapun, kemudian penjual tu bertukar fikiran dan mahu kami untuk menjelaskan bayaran penuh terlebih dahulu,” ujar pelajar Tingkatan Lima itu.


Abang Alia (kanan) sempat bergambar dengan individu yang didakwa menipu.

Menurut anak bongsu daripada lima beradik itu, mereka mula berasa curiga apabila mahu mendapatkan rekod dan butiran pendaftaran berkaitan kereta itu.

“Masa tu la dia kata kereta tu sudah diperiksa oleh pihak itu dan pihak ini. Malah, lelaki berusia 30an itu menganggap kami seolah-olah tidak mengetahui urusan jual beli kereta.

“Dalam rasa curiga tu juga, duit RM9,000 telah pun diserahkan. Entah bagaimana, kami seperti ikutkan saja apa yang disuruhnya, macam kena pukau,” tambahnya.


Laporan polis yang dibuat oleh abang Alia.

Alia berkata, mereka kemudian kembali ke bengkel dari bank untuk berjumpa lelaki berkenaan bagi mengambil kunci kereta namun kelibatnya tidak kelihatan.

“Bila kami masuk pejabat di bengkel, alangkah terkejutnya kami apabila lelaki di dalam pejabat itu adalah pemilik bengkel dan juga pemilik kereta Satria Neo yang sebenar tetapi mengakui mahu menjualnya pada harga kira-kira RM15,000.

“Pemilik Satria Neo tu beritahu dia didatangi seorang lelaki, iaitu orang yang sama berurusan dengan kami, dan memaklumkan bahawa rakannya iaitu kononnya kami dari Teluk Intan mahu membeli kereta tu. Sah! Abang kena tipu.

“Kami cuba hubungi lelaki yang kononnya pemilik kereta tu, tapi gagal. Mesej pun tak dapat. Abang hanya tergamam dan air matanya mengalir. Semuanya berlaku dengan sekelip mata,” ujarnya sambil menambah abangnya membuat laporan polis berhubung kejadian di Melaka, pada malam yang sama.


Alia bersama abangnya dan seorang lagi rakan pulang ke Teluk Intan dengan menaiki bas.

Memandangkan hari telah lewat untuk pulang ke Teluk Intan, katanya, mereka kemudian mengambil keputusan untuk bermalam di sana sebelum pulang keesokan paginya.

Menurut Alia, duit untuk membeli kereta itu adalah simpanan hasil titik peluh abangnya bertahun-tahun kerja sebelum hilang kerja akibat pandemik Covid-19 dan baru saja mendapat tawaran kerja sebagai pekebun pada bulan ini.

“Esoknya kami pulang menaiki bas dengan sehelai sepinggang. Kasihan abang… baru je kahwin, nak beli kereta tu sebab mahu buat kejutan untuk isteri, bawa jalan-jalan

“Perkongsian saya ini untuk menyedarkan masyarakat supaya lebih berhati-hati dan jangan terlalu mudah percaya dalam urusan jual beli bagi mengelakkan daripada ditipu,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Sumber : transformasipw

Continue Reading

Keluarga

Suami sudah tua, tiba2 nak kahwin dgn pucuk muda. Aku izinkan tapi Bila tiba giliran aku untuk bersama, ini reaksi suami

Published

on

By

Foto sekadar hiasan

Baca perlahan-lahan dan ambillah Pengajaran apa yg pernah berlaku kepada saya ini. Jadikan ini sebagai panduan.

Foto sekadar hiasan. Sepertimana kita semua sedia maklum, alam rumah tangga semestinya tidak lari daripada menerima ujian. Baik di awal perkahwinan mahupun selepas berpuluh tahun mendirikan rumahtangga.

Isu suami ingin kahwin dengan wanita muda bukanlah perkara baru yang kita dengar dalam masyarakat kitan. Menerusi laman KRT seorang wanita yang sudah berkahwin hampir 30 tahun berkongsi kisah suaminya yang berkahwin dengan wanita muda.

Setakat artikel ini ditulis, perkongsian nya telah mendapat 15k tanda like dan 1.3k share. Ikuti perkongsiannya dibawah.

Assalamualaikum. Saya sudah berkawin lebih 20 tahun dan menghampiri 30 tahun usia perkahwinan.

Dari mula perkahwinan segala ujian itu sudah menjadi biasa, ditelan dan dilalui dengan sabar. Hidup susah, serba tidak cukup itu berjaya di lalui dengan beribu ribu kecekalan hati.

Sebab tiada satu pun alam rumahtangga itu yang tidak di uji. Bertahan demi anak2. Hati jadi kuat kerana anak anak.

Sehingga lah hidup mulia berubah selesa. Senang dari hidup yang dahulu, muncul orang ketiga yang lebih muda dan manja.

Pada awalnye memang berasa sangat sedih kecewa dan putus asa. Tapi bila segala usaha untuk menghalang hubungan mereka tidak berjaya, hati ni jadi semakin rase redha, semakin tawar dan hanya fokus pada anak2.

Pernah juge menasihati suami,

“Anak2 dah besar, semue melangkah kaki ke universiti, alhamdulillah semue anak2 baik sikap dan bahasa. Ape awak nak lagi?”.

Dia just menjawap, perempuan yang baru ni buat die merasa muda dan ceria. Dan suami pula memang menginginkan anak perempuan, memandangkan anak dengan saya semua lelaki.

Isteri mana lah yang tak sedih, tapi sebab malas nak memanjangkan masalah, dan dengan usia menghampiri 50 ni, bukan masa lagi untuk berduka lara.

Saya izinkan, anak2 semue dah besar, suami pulak dah ade perempuan lain yang jaga. Ahamdulillah hidup saya terlalu banyak masa yang terluang.

Banyak perkara berfaedah saya bole buat, dari join kelas agama, kelas zumba dan bole buat rawatan kulit dan muka.

Dah hampir 3 tahun suami beristeri baru, hidup huru hara melayan kerenah isteri baru, bergaduh, anak2 meragam, berjaga tengah malam.

Dengan usia se tua itu sepatut nye dapat berehat, sekarang masih mengendong anak kecil. Melayan rajuk si muda.

Bila tiba giliran balik kerumah saya, suami mengadu. Sakit sane sini. Dalam hati saya bercakap, ‘PADAN MUKA’.

Orang yang tak tau bersyukur memang patut dapat balasan.😁👍

Reaksi warganet

Tinjaun di ruangan komen, kebanyakkan pembaca kagum dengan kecekalan si isteri dan menentang tindakan si suami yang sudah berusia tapi masih mahu menikahi wanita muda. Lihat apa kata mereka.

Filz Filzah –Tu lah. Patutnya dah umur umur begitu dah boleh honeymoon berdua dengan isteri, pegi masjid bersama, jalan2, happy2 berdua, sebab anak2 dah besar, banyak masa untuk di luangkan bersama.

Masa muda dulu sibuk keje, dan anak2 kecik kan. Sekarang, back to masa anak dia kecik balik. Yang bahagia dan happy, makcik.

Well done makcik..👍 Just focus on ur self, ignore them.

To pakcik, PADAN MUKA. Sendiri carik penyakit. Tanggung lah sendiri..😂😂

De Mie –Alahamdullilah, bangga saya dengan cerita puan. Cekal tabah redha semua demi anak2. Betul la tu, “PADAN MUKA”.

Si suami tu telajak perahu boleh diundur terlajak perbuatan, tanggungla sendiri🤭🤭

Dampa Alai –Kemaruk sangat nak khawin orang muda, tak sdar diri dah separuh abad, padan muka, orang dah umur tu goyang kaki jer enjoy sana sini ha ha ha, dia masih mengendung anak kecik. Semoga sis bahagia bersama anak2.

Nor Hatizah –Ye, patut dalam usia tu dah berlapang masa untuk diri ke masjid or melancong atau buat hobi masa muda yang dulu2 mungkin tak dapat buat atau jalan makan2 bersama anak yang dewasa dan seskali bermain dengan cucu.

Bukan malam tido di ganggu anak nak susu dan
kamar tidur wangi tapi berbau macam2 aneka bau minyak angin or dari buangan si anak.

Diqq Rezally Said –Puan saya 💛🧡❤💕💕 sangat dengan semangat puan. Tiada satu pun rumahtngga yang tidak diuji cuma nye bentuk ujian itu mengikut kemampuan kita.

Alhamdulillah puan berjaya melalui nye dengan tabah semoga puan terus dianugerahkan kesabaran dn kekuatan yang luar biasa dari Allah SWT aamiin

Ahmad Thani –Sekiranya kita bercakap dalam skop yang kecil, YA penuh dengan emosi, hanya pentingkan diri sendiri dan sebagainya. Boleh dilihat kepada komen2 yang dilontarkan.

Pertama, saya mahu jelaskan bahawa fitrah seorang lelaki sangat berlainan dengan perempuan, sangat2 berbeza. Allah maha mengetahui dan disebabkan hal itu Allah membenarkan lelaki berkahwin lebih ramai.

Kedua, perempuan bersifat “dilindungi” dan sekiranya dia sukakan seorang lelaki, tiada apa yang boleh menghalangnya sekali pun perlu menjadi madu, dan perkara itu boleh dilihat dengan kesetiannya.

Ketiga, sunnah berkawin ramai ini bukan melihat kepada bilangannya tetapi perlu merujuk kepada keadilannya.

Alahamdulillah, saya kekal dengan seorang isteri, saya sering berdoa agar kekal bahagia, saya tidak mencari yang lain dn diharap tidak akan jumpa jodoh lain. Maaf diatas perbezaan pendapat.

Sumber : Kisah Rumah Tangga.

Kami doakan semoga urusan wanita ini dipermudahkan. Buat para suami diluar sana, fikir fikir kan lah.

Yang baik itu kita jadikan tauladan. Yang buruk dijadikan sempadan. Apa pula kata anda, kongsikan. Moga bermanfaat buat kita semua.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Kredit: Keluargabahagia

 

Lepas Dah Halal Masa Mlm Pertama Isteri Tido Dlm Bilik Air. Rupanya Isteri Tak Boleh Nk Tahan Dgn Apa Yg Suami Buat Kt Dia. Akhirnya Terbongkar Ini Yg Suami Dia Buat Sampai Dia Nekad Mlm Pertama Dlm Bilek Air.

GAMBAR SEKADAR HIASAN.

Bini kedua ni selalunya perampas. So aku nak cerita dulu macam mana aku boleh dapat title ‘isteri kedua’. Umur aku masuk 25 tahun.

So korang nak tahu macam mana aku dapat title ni? Suami aku kena tangkap basah dengan madu aku iaitu kawan kerja dia sedangkan kitaorang dh bertunang dan tinggal lagi 3 minggu nak nikah.

Ya 3 minggu lagi gais. What a sad life. Aku dapat berita ni sebabkan aku dengan suami aku dan madu aku (kawan kerja dia kan) kerja satu company yang sama.

Cuma beza aku kerja dalam office. Dia dan madu aku banyak travel dan diaorang 1 team. Masa malam dia kena tangkap basah tu aku memang tak tahu lah kan cuma aku ada rasa tak sedap hati bila dia tak call atau msj aku 1 hari.

Esoknya aku masuk office petang sebab aku halfday. Bila aku masuk je semua orang dekat deptartment aku pandang aku dengan pandangan aku tak dapat tafsir.

Aku mula ingt aku ada buat salah. Tapi tetiba dapat call dr manager HR suruh jumpa dia. Dari situ la aku tahu suami aku dah bernikah dengan madu aku. Aku ?

Jantung aku gugur waktu tu. Tapi yang aku tahu air mata aku sikit pun tak jatuh gais. Cuma aku rasa remuk hati aku.

Rasa skit yang mana air mata pun tak mampu nak keluar. Oh ya masa kena tangkap basah tu diaorang tengah outstation la.

Macam mana boleh jadi macam ni ? Aku rasa aku yang terlalu baik hati. Hahahaha. Hurmm.

Baik hati macam mana ??? Aku dah lama tahu madu aku suka dekat suami aku. Sebab aku perempuan. Kita perempuan ni sense dia lain sikit kan. Boleh tangkap dengan cepat.

Tapi aku baik hati. Aku cuma cakap dengan suami aku. Hati2 jelah dengan madu aku tu. Jangan sampai tersuka bila dh kerja sama2 tu.

Tapi tak sangka la tangkap cintan jugak diaorang berdua ni. Aku tahu suami aku dulu suka tumpang kereta madu aku sebab suami aku pakai motor pergi kerja tapi kalau pergi luar negeri.

Suami aku banyak tumpang kereta kawan2 team dia. Jadi madu aku salah sorangnya lah. Pernah jugak sekali madu aku jemput suami aku bawak pergi balik kerja around 1 bulan kot sebab suami aku punya motor rosak.

Aku dengan rasa baik hatinyaaaaaa(sekarang baru rasa kebongokkan dia) okay je bila madu aku buat macam tu.

Katanya suami aku. Madu aku je yang sanggup nak jemput hantar dia. Aku ada fikir lain tapi aku tepis perasaan tu sebab aku rasa tu je jalan yang ada.

Yelah aku pun tak nak fikir panjang sangat sebab nanti boleh bawak gaduh pulak dengan suami. Aku tak nak cerita panjang sangat pasal ni. Tapi inilah jugak antara salah 1 sebabnya diaorang boleh bercinta belakang aku.

So next apa yang berlaku lepas diaorang nikah tu. Mak ayah aku nak batalkan semua majlis dan keluarga pihak laki pun redha kalau aku nak batalkan.

Tapi aku ? Baik hati lagiiiiiiiii(geram dengan diri sendiri) sebab nak jaga dua2 belah pihak punya muka.

Aku mintak teruskannnnnnn. Yes gais. Aku teruskan. Bongok sangat aku rasa. Aku tak tahu la kenapa aku boleh bertindak macam ni.

Cuma waktu tu aku banyak mengalah. Mungkin sebab aku tak dapat fikir panjang dah. Aku tak nak semua malu. Aku tak nak menyusahkan siapa siapa.

Jadi aku tetap teruskan pernikahan aku dengan suami aku.

Yupp tahun lepas bulan 1 aku sah jadi isteri kedua suami aku. Macam tu lah aku dapat title isteri kedua. Setelah 7 tahun bercinta 8 bulan bertunang. Akhirnya aku jadi isteri kedua. Pathetic thing happen in my life.

Aku sebenarnya dah tawar hati dengan suami waktu akad nikah. Aku rasa kosong. Bukan ini yang aku nak.

Aku betul2 tak dapat terima kenyataan aku kena hadapi benda ni. Tapi aku buat fake. Aku buat lagak aku yang aku OK. Tapi sedangkan semuanya tak ok. Malam lepas majlis. Aku terus buat beberapa perjanjian dengan suami.

Orang kata kalau ada 2 isteri ni. Kena adil kan? Tapi aku kategori baik hati + tawar hati aku cakap aku nak dia duduk dengan aku 1 hari je dalam sebulan.

Hari apa yang dia nak duduk tu ikut lah dia nak bila. Tapi selebihnya memang aku tak kasi dia masuk rumah.

Kami dah ada rumah sewa gais dan nasib baik rumah atas nama aku dan kunci semua aku pegang. So dia memang tak boleh buat apa. Nafkah tu ikut mana yang dia mampu. Aku pun tak kisah sangat sebab aku ada saving aku sendiri dan aku ada pendapatan tetap. Dan ada lain2. Malam dia dengar perjanjian aku tu. Dia nangis teruk. Dia mintak maaf sujud dekat kaki aku.

Aku tak nangis pun. Aku pandang dia macam tin kosong je. Lalu sepi je dekat telinga aku dengar dia teresak2.

Dan malam tu jugak aku sanggup tidur dalam bilik air gais. Sebab tak nak dia sentuh aku. Aku tahu aku dah jadi isteri yang derhaka masa first nikah. Tapi aku boleh buat apa. Aku pun manusia biasa. Yang sedang terluka hati dan perasaan.

Setahun lebih dah aku dengan suami aku macam ni. Kami memang macam orang asing. 1 hari yang dia duduk dekat aku tu hanya cukup syarat je.

Aku balik kerja dia tak balik lagi. Aku akan tidur bilik no 2 dengan kunci pintu. Aku tetap masak dan basuhkan baju dia.

Esoknya dia akan balik dekat madu aku. Aku sekarang lagi banyak berdikari. Semua aku uruskan sendiri. Suami pun bagi nafkah. Aku simpan je duit tu.

Sebab aku tahu madu dengan suami aku lagi memerlukan duit lagi2 madu dah nak hampir dengan due date.

So incase diaorang tak ckup duit. Aku boleh pulangkan balik duit suami aku tu. (Baik hati lagi kan aku ni ?) Penerimaan keluarga. Masa mula2 dulu. Mak ayah aku dengan adk beradk aku memang langsung tk nak pandang muka suami aku.

Apatah lagi nak berborak. Dan raya tahun lepas n tahun ni aku raya dengan family je tanpa suami. Aku kan isteri kedua. Korang faham jelah. Hahahaha. Apa boleh buat. Dah nasib.

Side mentua aku dengan ipar aku. Alhamdulillah diaorang semua syang aku. Mungkin sebab serba salah anak dan abang diaorang buat aku.

Tapi aku banyak kali cakap. Benda dah lepas jangan diungkit. Mak mentua aku manjang nangis je kalau jumpa aku. Peluk aku. Cium aku.

Aku tahu hati kecil mak mentua aku masih lagi rasa bersalah. Tapi aku nak diaorang redha je. Biar aku je rasa macam ni.

Masa first2 aku tengok family in law aku layan madu aku agk teruk. Tapi aku pujuk diaorang jangan buat macam tu sebab dia manusia jugak. Aku ?? Dari first sampai hari ni aku tak pernah bercakap pun dengan madu aku. Hahahahaahahahah.

Balik kampung suami pun. Aku akan tidur hotel dengan adk ipar perempuan aku. Mungkin sebab adik ipar aku sama baya dengan aku. Jadi aku selesa dengan dia.

Thankyou Ima for understanding me. Hehehe. And actually ayah aku ada cakap dengan suami aku. Kalau rasa tak mampu jaga dua isteri. Pulangkan balik anak dia. Suami aku terkedu sebab aku tak pernah pun nak mintak dilepaskan atau fasakh. Bagi aku biar dia sendiri tentukan Hak berpisah kan hak lelaki. Huhuhuhu. Aku ada jugak tunggu kata2 tu dr dia. Tapi tak ada pun so aku pun buat donno jelah.

Cuma bila bapak aku ada cakap macam tu dia ada tanya aku. Apa pilihan aku. Aku cakap terus terang pada dia. Aku pun tak rasa hubungan ni kekal sampai bila2.

Jadi aku serahkan kata2 tu dekat dia. Dia nampak faham tapi tak tahu la kan. Dia faham ke idok. Secara jujurnya. Aku pun tak ada rasa syang dengan dia. Hubungan kami atas nama suami/isteri je. Tapi bagi dia. Aku tak tahu la kan.

Aku sekarang masih lagi boleh bernafas sampai hari ni. Alhamdulillah. Allah bagi ujian ni pasti ada hikmahnya.

Walaupun ramai kata aku tak nampak ada suami tapi aku tetap jugak mintak kebenaran kalau nak keluar ke apa. Hubungan aku dengan madu memang tak pernah baik.

Madu pernah bercakap dengan aku tapi buat macam angin lalu. Aku tak jahat gais. Cuma aku tak rasa nak berbaik lagi.

Hati aku ni masih lagi berbekas. Mungkin sampai bila2 pun takkan pulih. Hubungan dengan suami pun macam dengan madu. Cakap benda yang perlu je.

Tak ada mesra macam orang lain. Masing2 banyak senyap kalau balik rumah mentua/kg dia.

Dia ada jugak banyak kali tarik perhatian aku. Tapi macam aku cakap kan . Aku rasa betul2 kosong. Apa je dia cuba buat tu semua aku pandang nothing. Empty.

Aku banyak dengan kehidupan aku sendiri je. Sikit pun aku tk sentuh kehidupan suami dan madu aku. So akhirnya.

Aku jadi macam ni lah. Seorang isteri kedua yang sedang bangun sikit sikit untuk jadikan diri ni kuat.

And korang boleh tak tolong doakan supaya hati aku terus kuat untuk berjalan kehadapan tanpa jatuh ? Macehhhh if you do that. Aku harap ada pengakhiran yang adil untuk aku. Huhu.

Untuk perempuan diluar sana. Mungkin hari ni hari korang buat macam tu pada orang macam aku tapi dunia sentiasa berpusing girlssss. Watch outttt.

Untuk yang seiring dengan jalan cerita aku. Jom lah kita sama2 naik menghadapi dugaan ni. Mungkin kesilapan kita yang lalu buatkan Allah jadikan ujian ni sebagai peringatan.

Siapa tahu ? Moga semuanya baik baik sahaja. Moga Allah sentiasa jaga kita. Aminn.

Untuk lelaki diluar sana. Aku tak tahu nak cakap macam mana. Tapi jangan se-ksa perempuan macam bin-atang. Kalau kau yakin kau nak.

Kau buat betul2. Kalau tak nak tak payah. Kan senang ? Jangan nak tunjuk handal sangat.

P/S: Hikmah poligami amat murni kerana ia sepatutnya mendekatkan lagi hubungan, sekali gus mengukuhkannya dan bukan menjarakkan hubungan kekeluargaan.

Jadidalam proses membina keluarga yang lebih besar ini saya berpandangan suami perlu mendapatkan persetujuan isteri pertama kerana hanya dengan cara itu matlamat poligami yang dianjurkan Islam dapat dicapai.

Bahkan, ia amat penting dalam memupuk persefahaman dan mengurangkan konflik di antara pasangan,”

Sumber : ceritaohsem / apampink

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Continue Reading

Keluarga

“Isteri aku gemok, pakai kereta besar mcm badan dia. Satu hari dia bwk ‘hantu penanggal’ blk rumah,”

Published

on

By

Luahan ini telah dikongsikan di laman media sosial sebelum ini dan kini disiarkan untuk pengajaran buat semua.

Hai min. Tlg hide profile. Saya guna fb adik saya. Saya ni umur 43, isteri umur 31. Kami kahwin dah 4 tahun tapi isteri jenis tak pandai menyimpan. Gaji saya 2100, gaji dia 6000. Kereta saya biasa je, kereta isteri saya pula besar macam badan dia. Memang la gaji besar tapi kalau bukit tinggi hari2 kena tarah, rata juga.

Saya tak pernah guna duit dia sebab saya ni jenis simple, makan dan pakai apa saja. Isteri pun macamtu, tak memilih makan.

Waktu kahwin dulu pun buat satu majlis nikah, makan2 simple je. Dia tak kemaruk nak ada pelamin atau kahwin grand, walaupun dia ada master, saya cuma ada PMR.

Tapi kalau shopping, macam dirasuk. Saya risau nanti kalau ada anak, dia masih dengan habit shopping. Kalau saya mti dulu macam mana masa depan dia, sapa nak guide dia.

Saya tau tu duit dia tapi min, bila saya simpankan nanti waktu dia minta kalau saya tak kasi nanti dia buat muka sedih.

Dia ni tiap2 bulan ada je tema dia. Kalau bulan tu kemaruk beli makeup, dekat berpuluh kali la keluar masuk Watsons, Guardian, Sasa. Rumah tu dah macam gudang lipmatte.

Lagi2 dia beli lipmatte yang satu kotak ada berpuluh batang tu tapi warna gelap2 macam hantu. Kalau bulan tu tema langsir, habis la semua Mr Diy dia masuk sebab nak cari langsir pattern sama. Kalau bulan tu tema pinggan mangkuk, habis la tiap2 minggu dia ajak ke Nilai 3. Kaison la, Madam King la.

Lepastu siap buat perjanjian lagi nanti bila habis PKP dia nak pergi Central Market sebab ada jual pinggan corak2 warna warni tu. Dah la rumah kami ni ada 3 kedai EcoShop, semua dekat2.

Lepastu ada Zon Jimat, Mr Save, Setia rm2. Ya Allah semua dekat2. Waktu saya tidur dia duk termenung la kat dapur tu fikir apa lagi nak deko. Tolong saya para isteri. Mcm mana nak nasihat budak byk duit ni.

Bila saya marah, dia kecik hati. Dia kata dia beli barang sbb nak release tension kerja. Saya faham kerja bank mmg tekanan. Mmg bonus dia paling sikit 12 ribu setiap tahun tapi dok tabur duit beli barang tu, sampai bila.

Alahai min, tolong la saya min. Dia serba serbi elok, pandai masak, pandai hias diri, pandai pulak tu bertukang. Tukul tu dah mcm kawan baik dia.

Sampaikan set screwdriver pun dia pandai beli sendiri, siap beli yg ada magnet. Kalau sofa ikea, rak ikea, trolley ikea, dia boleh pasang sendiri. Sekejap je. Kalah lelaki.

Waktu PKP kami duduk rumah, dia asyik beli set periuk je sampai berpuluh dah. Seronok dia masak daging mahal2. Saya kurang makan daging, udang sbb saya suka ikan bilis, ikan masin je.

Tapi apa benda Dessini beli sampai dua set, dia cakap best sangat pakai. Tak cukup beli kedai, beli Lazada. Shoppe. Mmg dia pakai setiap hari tapi geram tu Tuhan je tahu. Skrg dia tgh teropong jenama Carote, saya tgk harga dekat 3-4 ratus satu set.

Yang rm699 pun ada. Tefal dia dah bosan. Ada sekali tu saya balik awal sebab letih kerja, tgh syok baring depan tv tiba2 Poslaju sampai. Ha kau, kotak besar Ikea.

Dia beli balang Korken byk, dgn pinggan Oftast ya Allah dapur tu dah mcm gudang pinggan nak beli lagi buat apa. Dia nak cover line, dia ckp la dia ada beli sekali roller bulu kucing Bastis tu, sbb kucing kami fully indoor, roller mmg kena ada byk. Hmm..

Min, nampaknya tema bulan ni adalah tema baju. Dan tema rambut palsu. Setakat harini, dah 3 rambut palsu sampai dekat rumah.

Tadi gi dapur nampak rambut palsu sangkut kat botol air Pepsi. Ingatkan hantu penanggal. Dia cakap saja pakai waktu mengemas dapur. Hm..

Kisah ke 2 lebih mendebarkan, baca perkongsian di bawah

Assalamualaikum dan hi semua. Aku Khabib (bukan nama sebenar) seorang suami kepada seorang isteri dan tiga orang anak. Aku dan wife dah kahwin 12 tahun.

Mula-mula kawin,walaupun dua2 bekerja, hidup kami memang struggle. Lebih2 lagi masa tu dua2 tengah sambung belajar.

Dengan macam2 nak kena bayar, insurans kereta, sewa rumah, duit pengasuh anak, nafkah kat mak ayah dan juga yuran pengajian.

Walau susah, aku ada satu prinsip, yakni susah macam mana sekali pun, aku takkan usik gaji wife aku.

Lebih2 lagi dalam agama, ada 3 perkara yang menjadi tanggungjawab nafkah seorang suami, iaitu rumah, makanan dan 2 persalinan pakaian untuk setahun.

So untuk ketiga perkara ni aku pegang kemas2, gigit dengan gigi geraham, susah macam mana pun aku yang kena setelkan, bukan isteri.

Rumah aku bayar full (takde kongsi2) walaupun duduk rumah flat sempit, duit belanja dapur aku yang setelkan, insurans kereta dan juga hal2 lain.

Tak pernah aku minta kongsi bayar walaupun aku tahu wife aku pun ada income. Gaji dia, yang aku tahu ada portion yang dia berikan untuk mak ayah dia, berbelanja sikit2 dan selebihnya dia simpan.

Walaupun masa tu dia tahu duit gaji aku sentiasa habis, dan dia ada juga offer duit dia pada aku, aku memang akan tolak.

Ya, aku ada ego, aku takkan makan duit isteri. Bagi aku, kalau tak cukup duit isi minyak kereta (kereta buruk second hand je waktu tu), aku rela naik motor pergi kerja.

Kalau motor pun takde minyak, aku lagi rela kayuh basikal. Bagi aku, as a gentleman, memang tanggungjawab aku cari nafkah untuk keluarga.

Pendek kata, memang duit gaji utama aku masa tu memang 100% habis dekat keluarga. Nak duit poket lebih siket untuk diri sendiri, aku buat part time waktu malam. Kerja kuat, tapi bukan menumpang isteri.

Masa berlalu. Beberapa tahun lalu aku dah tamat pengajian peringkat tertinggi, dan sekarang bekerja di syarikat multinational. Gaji aku dah lima angka.

Wife aku pun sama, seorang pensyarah di IPTA tempatan. Rumah 2 bilik dah bertukar jadi 7 bilik, kereta buatan Malaysia dah bertukar kepada continental. Namun hingga sekarang prinsip aku masih sama.

Sehingga saat aku menulis ini pun, aku masih tidak tahu berapa gaji isteri aku. Duit dia adalah hak dia. Aku cuma pesan, dia nak beli apa dengan duit dia, dia punya suka cuma jangan membazir.

Dan kalau nak beli benda yang besar2 atau buat investment, wajib refer aku dulu (supaya aku tahu dan elak dari jadi mngsa penipuan). Alhamdulillah dia faham kehendak aku.

Hari ini, bila aku imbas kembali saat2 susah dahulu, dan apa yang telah aku kecapi hari ini, bagi aku rahsianya adalah bahagiakan keluarga dengan ikhlas.

Jangan takut tiada duit, sebab rezki Allah yang bagi, tugas kita cuma usaha, usaha dan usaha. Jangan bedal harta isteri.

Nabi bersabda: “Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya di antara mereka. Dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap isterinya.” (Riwayat Ahmad)

Benar, wanita diuji ketika susah, dan lelaki diuji ketika senang. Tak terkecuali dengan aku.

Bila senang tak semena2 ramai pula yang menggoda. Ada dara, dan ada yang janda. Masing2 sanggup untuk jadi kedua mahupun ketiga. Ikut nafsu, memang tergoda. Ikut iman, inilah ujian.

Apa yang aku ada sekarang sudah cukup membahagiakan, isteri dan anak2 yang sihat dan comel2, dan aku sama sekali tidak akan berkompromi dengan sesiapapun untuk anugerah dan amanah yang telah Tuhan berikan ini.

Pesanku buat para suami, jadilah Gentleman. Susah tak apa, yang penting usaha, usaha, dan usaha sampai jaya.. agi idup agi ngelaban

Ramai terkesan dgn perkongsian ini, apa reaksi warganet

Sha Hana, Maaf ya..inilah confession yg paling win. Sangat2 kelakar. Encik memang berbakat menulis dan bertuah sebab wife pun berbakat dalam serba serbi. Saya doakan kebahagiaan dunia akhirat buat Encik & wife yg comey. Part wig tu memang menghiburkan.

Uyu Hadi, Happy baca luahan tt ni…. mungkin tt stress.. tp wife die x…. Abam tt… tu cara wife abam tt transfer perasaan excitement die bam…labur duit utk kepuasan hati sendiri… reward die pd diri sendiri.

Mungkin melampau pd abam tp emosi wanita ni subjektif bam.. untung abam.. wife abam x ‘ganggu’ abam dgn kehendak die. Syukur la bam… sbb bnyk wife kat luar ni yg bergantung dgn suami utk puaskan hati dan nafsu mata mereka.

yg mn rata2nya terperuk rasa sbb x dpt nk shopping kat kedai eco pun. Bagus wife abam hias deco rumah.. abam pun dok dlm rumah yg sama… mesti cantik selesa kan? Wife abam make up… bior ler bam… puas die conteng muka… diam la tu.

Puas die beli brg bnyk… lps ni slow la tu… setakat mn la sgt maksimum limit shopping die tu… mn la taw koleksi yg terlebih bnyk tu nnt blh buat die pikir beli banglo pulak utk space yg lebih luas ? Enjoy your life bam…. semoga bahagia hendaknya.

Indah Suhana, Weiii dlm bayk maslaah krt..yg ni paling win..saya suka..saya suka..weiii best laa baca ni. bini hang sama pesyeng dng perangai aku juga laa weii..jenis aku pun smaa..kku dan gila beli periuk beliii periuk smpai tak tau mna nk simpan..kku dan gila beli cadar ..beliiiiiiii sebuman tu smpi 15 set cadar tilam weiii…sebijiik smaa..

aku ingt aku ja pesyeng lagu ni..rupanyaaa ada juga lagu ni weiiu. tuan tanah weii biar pi kat dia laa dia nk beli apa pun..nnti.sampi.satu masa dia tak beli dah..lagi pun dia byk duit pakai duit sendiri ok laa tu..

untunglaa tuan tanah..beza aku lak pakai duit laki. sebb aku suri rumah..aku bagi cadahn kat tuan tanah..apa kata tuan tanah cucuk2 dia supaya dia gila beli baragkenas bagsawan pula..

mo klu dan dia gila beli emas nnti dia keja beli emas..bukan apa beli emas untung..tuan tanah cucuk2 dia supaya dia gila emas pula.

Tuan tanah oii..nak tau tak jenis gini kan mmg dia rasa bahagia tau .sbb aku oun camtu..bila dapt beli barg yg suka tu ya allah bahagianyaa hidup mmg ilamg stresss ..biar pi kat dia laa ..bahagia cara dia camtu.aku tau laa sbb aku jenis gini.sungguh pun

Sri Hana, Dia ada duit sdiri n dia mmpu biarlh dia happykn diri dia dgn cara dia.. akn sampai satu masa nnt yg dia akn bhnti.. shopping n perempuan berpisah tiada.. hobi yg setiap lelaki kna tahu.. as long as dia x susahkn tt dan bli pn guna duit sdiri biarkn aje.. yg pnting nafkah tt utk isteri tu yg tt perlu ambil berat.. jgn duk asyik kira duit bini je.

Mas Ibrahim, Seronok baca. Dapat bayangkan rumah anda mesti meriah ya… Walaupun lom ada anak.. In shaa Allah berkat doa dan nasihat tak henti2 tapi nasihat cara yg lembut tapi tegas…

In shaa Allah ada anak nanti dia akan berubah sikit2… Pada itu anda simpan la juga duit gaji anda sikit.. Utk masa depan anda dan keluarga… Suatu hari dia pasti berubah.. Caya la.

Liya Wana, Alamak sy paham perasaan wife tt ni huhuu aku setiap bulan ada budget tp setiap bulan jg laa budget tu blh buang tong sampah akibat tabiat hobi shopping ni. sekali shopping hrmone kegembiraan tu melonjak naik tau .

Biarkan dia sb duit dia, mesti isteri tt ada simpanan tu jgn risau psl tu. Tp tt jgn lupa bg nafkah yg sepatutnya dgn dia even gaji dia besar k. Till jannah

Suraya Azlin, Abg…kj bank ni stress dia bkn kaleng2 bang. Salah satu cara mmg soping…kalau x soping..bercuti kt hotel. Abg jgn bimbang kalau abg m4ti dia xd simpanan. Sbb pekerja2 bank ni tau mana nk campak2 duit dia ni.

Kalau x tau…bos2 dia akan paksa buat bang. Insha Allah. Busuk2 asb mmg kena ada. Wajib. Bhahahaha… biarlah bang. Bese org bank ni jarang kisahkan gaji pasngan masing2.

Jgnlah abg susah hati ckp gaji abg lg kecik dr dia. Banker ni…cuti pn kena hadap bos..hadap cust. So masing2 ada cara nak release stresss. Xpela..jgn risau ye.

Nisa Halim, Itu cara wife awak release stress. Lagipun guna duit dia kan? Saya pun ada perangai mcm ni jugak. Kita letih kerja. Rasa puas bila dpt beli apa kita nak.

Bukan dia membazir beli benda tak berfaedah pun. Org perempuan ni awak tak perlu risau la. Kitaorg ada bajet utk shopping dan ada wang simpan utk emergency dan masa depan.

Sakura Kimura, Biarlah dia tt tu tanda kebahagiaan dia.. tp kalau dh terlalu banyak kene ckp kat dia kene bersedekah tt cari kat youtube ceramah ustaz2 berkenaan nafsu perempuan nie ada banyak salah satunye nie la shopping brg2.

kalau brg banyak beli tp x gune khas utk simpan je.. nanti esk2 brg tu bley bawak masuk ke neraka.. so kene terangkan kat wife tt tu.. lainlah kalau isteri tt banyak sedekah tu saham akhirat.. try la.

Sha Zaza, Aduh seronok pulak aku baca kisah tt ni. Ok apa bini kau, takde la hidup menyusahkan ko. Cuma boros la. Tp dia guna duit dia. Semua ok kot.

Pndai serba serbi. Ingt senang ke nk jumpa perempuan macam tu. harap tt bersabar ye. Tunggu tema dia seterusnya yer. Aku doakan jodoh korang kekal bahagia hingga jannah . Amiin. Tapi yg bab rambut palsu tu. sumpah lawak beb.

Rahma Dania, Sy terhibur baca cite tt ni huhu, xtau nk bg pndapat cemane sbb dy beli seme tu guna duit dy…duit suami duit isteri,duit isteri tetap duit isteri…

suatu hukum dan hakikat yg seakan tidak dapat diterima pakai kebelakangan ni asbab trend isteri bekerjaya tp kene igat, hukum tetap hukum. Syarak tetap syarak yg tidak akan ditelan zaman.

Linda Lin, layankn ajerlah tt… as long as bini tu lyan elok.. masak, kemas n jaga tt tu elok… biaq lah bg dia happy … dah bini awk tu cara happy nya mcm tu… nk wat lagu mana… kang klu disekat … tt gak yg susah nti…

cuma bgtaulh lembut2… nk brbelanja tu boleh… tapi menyimpan utk masa depan itu perlu… mana tau kot2 ada masa2 kecemasan perlu duit… takdelh kelam kabut.

Miyu Hana, Awak kalau nak nasihat dia mungkin sukar sebab itu memang duit dia. Jalan yang terbaik ialah beri dia agama. Agama Islam larang pembaziran.. jadi kesedaran perlu datang dari diri dia sendiri.

Bagi dia ilmu.. dengar kuliah agama sama2.. expecially bab beli barang yg tidak dipakai.. nanti ditanya Allah.. buat apa dengan duit yg dia dapat, berapa banyak yang disedekahkan, berapa banyak beli barang2 simpan..

dipersoal diakhirat kelak. Biar dia insaf dari ilmu yg dia dapat.. kesedaran perlu datang dari diri dia sendiri. Kuatkan diri, hormaati diri sendiri insya Allah orang akan hormat awak. Niatkan kerana Allah.. pasti Allah akan tolong.

Riena Diana, Terhibur.. Kalau sy bekerjaya, sy rase sy pun mesti mcm ni.. Sy pun bsr jg..hahahahaha..Wife tt bahagia cara dia.. Itu cara dia release stress..Sementara xde komitmen anak..

Ni la masa Dia nk ‘enjoy’ slps penat lelah berhabis mase blaja dulu utk kejar cita² skng… Bersyukur jg tu, dia blanja guna duit sendiri, serba serbi pandai plk tu.. Lainla kalau dapur berulat, kain baju bergunung ganang..

Pengotor.. Tt x perlu stress.. Pasti ade ‘simpanan’ kira² yg wife tt dh rangka… Ikhlas sy doakan semoga tt dan wife berbahagia sehingga syurga dan dikurniakan anak soleh solehah.. Aamiin..

Intan Yahya, Sabar lah yer tt. Ni dulu perangai saya juga. Lama2 rumah dah jadi macam gudang. Terlalu banyak barang. Nak apa semua ada. Dari periuk, pinggan mangkuk, kain baju, kitchen organizer, electronic, tv setiap bilik,

kitchen gadget, alat2 membakar kuih, skin care, makeup, kalau sasa, sephora dan faceshop tu pantang jumpa, mesti beli berbakul2. Lama2 sekarang ni saya dah tak tau nak beli apa.

Kalau pi shopping pun hanya sekadar cuci mata. Dah hiilang nafsu nak membeli bila teringat kat rumah yg hanya ada 4 orang pun rasa sempit dgn barang.

Sumber : mediakl

Continue Reading

Trending